Tuesday 28 October 2014

Vision Board Saya : Apa Impian Saya

Haiiiii.. sukanya nak cerita pasal impian diri sendiri. Suka bila nak jadikan impian dan angan angan menjadi kenyataan.


Saya tahu ramai antara kita ada angan angan. Nak pergi melancong. Nak kahwin dalam segala yang sempurna dan cantik serba serbi. Nak ada kerjaya dengan gaji lumayan dan banyaakkk lagi!


So nak cerita pasal impian saya.


1) KAHWIN
Sukaaaaa sangat! Bukan gatal tapi suka sangat hiasan masa majlis perkahwinan. Pelamin cantik. Hiasan lip lap lip lap. Segala urusan berjalan lancar. Pengantin mana tak suka kalau orang puji wedding dia paling vogue. Wedding dia macam artis sekian sekian. Haih saya suka berangan camtu. Hihi

Saya target nak kahwin 2015. Yela tahun 2014 ni pun umur dah menjangkau 26 tahun. Cantik sangat dah kalau kahwin time ni kan. So sekarang tengah kumpul duit. InsyaAllah target August 2015. Target je. Kalau cepat lagi best ^_^

2) RUMAH SENDIRI

Saya andaikan rumah atas nama saya ni tak adalah besar mana. Asalkan cukup untuk saya dan family kecik saya pun dah memadai. Ada berangan nak beli rumah sekarang dari abah. Dia memang nak jual dekat saya. InsyaAllah dapat beli rumah sekarang ni.

Sebab parents saya insyaAllah akan bermastautin di Kelantan. Tempat lahir mereka. Jadi akan merasalah kami 'balik kampung' hehe. 

3) PERCUTIAN IMPIAN 

Ya Allah kabulkan lah permintaan aku yang no 3 ni. Sebab dah lamaaaa sangat pasang niat nak bawak parents dengan adik adik bercuti luar negara. Selama ni parents dah banyak habiskan duit untuk percutian kami, maka this time biarlah saya pula yang belanja. 

Saya teringin sangat nak pergi Paris. As most of my friends tahu.. saya sangat suka makan! Haha so tujuan nak pergi Paris ni sebab nak makan dessert!! Di samping nak tengok negara orang kan. Bila lagi nak merasa. InsyaAllah. Kabulkan permintaan dan impian aku yang ni ya Allah.

4) BEBAS HUTANG

Yesss. Memang nak bebas hutang. Saya ada 1 hutang je. Hutang kereta. Tapi mana tahu soon akan ada hutang lain. Memang nak sangat sangat bebas hutang. Nak tolong parents saya bebas hutang. Nak tolong adik adik saya bebas hutang. I love them so i want them to be like me. DEBT FREE! InsyaAllah.

5) MENGERJAKAN HAJI

Haa ini pun kalau boleh saya nak sponsor parents.. mertua.. dan adik adik.. apa lagi menyeronokkan dari pergi Haji sama sama dengan family tercinta. Mesti seronok sangat!

InsyaAllah InsyaAllah. 


-----

Buat masa sekarang ni.. ini sahaja impian saya. Sebenarnya banyaaakkk lagi yang saya dah tulis. Tapi biarlah rahsia. Share dengan korang mana yang paling teringin je. Hehe


Tunaikan permintaan dan impian hambamu ini ya Allah.

Monday 27 October 2014

Set Kesuburan Shaklee untuk Wanita Berat Badan Berlebihan atau Berisi

SHAKLEE VS KESUBURAN

================

Kebelakangan ini carian di Google berkenaan Shaklee dan Kesuburan melonjak melebihi 4000 carian sebulan

macam mana kami tahu?

adalah rahsianya

ini menggambarkan betapa kesedaran pengguna terhadap bagaimana supplement dan makanan tambahan membantu dalam mengatasi masalah kesuburan telah semakin meningkat

MALANGNYA

kebanyakan pengedar Shaklee mengambil sikap GENERALIZED atau PUKUL RATA terhadap masalah kesuburan

HAKIKATNYA

Masalah kesuburan adalah isu yang paling sensitif dan amat exclusive,

Terlalu banyak punca masalah kesuburan yang memerlukan penyelesaian berbeza antara seorang individu dengan seorang individu yang lain

keywords di sini ialah : UNIK dan TIDAK BOLEH PUKUL RATA






contoh di dalam gambar : adalah Set Kesuburan untuk pengguna yang ada masalah berat badan berlebihan

dengan presumption (we presume that) mereka berkemungkinan ada PCOS

jadi inilah gabungan produk untuk mereka

dengan cara pengambilan yang sudah tentu tidak sama dengan pengguna lain

jadi sudahkah anda faham mengapa kami tidak reveal cara makan secara terbuka?

kerana cara makan untuk dia sudah tentu tidak sama dengan cara makan untuk saya

dan jika kami reveal cara makan secara terbuka

dan diambil pula oleh pengedar shaklee yang tidak berapa faham

ini bukankah akan menganiayai pengguna yang dapat maklumat yang tidak tepat?

kerana itu dalam Shaklee ini

consultation itulah nilai sebenar

bukan produk yang anda boleh dapat dengan harga yang murah dari pengedar shaklee lain

dengan kami

harga adalah harga yang bernilai sebenar

- neniji ku , 2014 -



--------------------------


Haa sekarang faham kan kenapa ramai SID tak bagi harga diskaun la..harga adik beradik la..harga kawan - kawan la..


Sebab kami dilatih KHAS untuk meng-consult anda, para pelanggan kami dengan cara yang betul. Sebab tu walau anda beli harga retail dengan kami pun..anda tidak akan pernah menyesal..terkilan..sedih dan sebagainya..

Sebab kami layan anda dari A - Z.

Sebab kami mengikuti segala perkembangan anda..dari mula anda beli.. segala perubahan yang anda alami.. sakit ke pening ke muntah - muntah ke..positif effect ke negative effect ke..


---------------------------------



Omega - Membantu dalam proses pembakaran lemak. Membantu mengurangkan kadar lemak di dalam badan. Membakar segala lemak tepu yang berada di dalam badan.

Lecithin - Sebagai pengemulsi lemak. Lecithin membantu memastikan lemak berada didalam digestive system dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental. Membantu membakar lemak yang baru kita makan.

Alfalfa - Membantu membuang lemak - lemak yang terbakar dari penggunaan Lecithin dan Omega.

ESP - Membantu mengenyangkan dalam tempoh masa yang lama. Jadi automatic kita akan kurang makan.

Vivix - Membantu dalam proses kesuburan. Tapi kena stop sejurus selepas disahkan mengandung.

GLA - Membantu memperbetulkan kitaran haid wanita. Membantu wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur


---------------------------------


Jika berminat dengan Set Kesuburan Shaklee ini, boleh hubungi saya dinombor yang tertera :





Saturday 25 October 2014

Shaklee bantu penyakit sembelit : Atasi dengan Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum..


Nak cerita sikit.. berkenaan sembelit.

Ahli keluarga saya selalu mempunyai masalah nak buang air besar. Lebih dikenali sebagai sembelit.. Dari pakcik.. makcik.. abah saya sendiri.. sepupu pun ramai yang selalu ada masalah ni. Baru - baru ni adik adik saya pun sama.. Lepas tu saya perasan, saya juga mempunyai masalah yang sama..


Keturunan Haji Mokhtar agaknya. Haha..


Okay so back to the topic..

Boleh ke shaklee bantu penyakit sembelit ni? Ehh mestilah boleh!


APA ITU SEMBELIT


Sembelit.. bahasa inggerisnya ialah constipation. Sembelit berlaku apabila anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras dan anda jarang membuang air besar. Sembelit dikatakan terjadi sekiranya anda membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu.

Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ianya ialah satu tanda penyakit. Orang yang sembelit jugak selalunya berasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut).


Anda mengalami sembelit sekiranya mempunyai simptom-simpton seperti di bawah:

-- Kurang membuang air besar – kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu

-- Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras

-- Meneran semasa buang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.

-- Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar. Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.



Ni dari google.. Contoh pembuangan air besar yang normal dengan pembuangan air besar yang agak sukar.. Sembelit.


Punca Sembelit?

-- Kurang minum air masak atau air kosong

-- Pemakanan tidak seimbang – pola pemakanan yang kurang serat dan air.. Kurang pengambilan buah buahan dan sayur sayuran

-- Pengambilan ubat-ubatan atau jamu yang panas juga boleh menyebabkan sembelit.

-- Kurang bersenam atau pergerakan.

-- Sering bertangguh untuk ke tandas walaupun dah dapat aura untuk membuang air besar. Bertangguh akan membuatkan anda tidak selesa dan mengakibatkan desakan untuk membuang air besar semakin berkurangan.

-- Berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang mengandung-hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan sembelit. Disamping itu, janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit.


Bagaimana atasi SEMBELIT dengan SHAKLEE




1) Ostematrix

Bagaimana Ostematrix membantu dalam mengatasi masalah sembelit?

Kandungan utama di dalam OSTEMATRIX :

-- Kalsium
-- Magnesium
-- Vitamin D
-- Boron
-- Manganese
-- Copper
-- Zink

Bahan yang membantu dalam mengatasi masalah sembelit adalah MAGNESIUM

Bagaimana magnesium membantu mengatasi masalah sembelit?

Ostematrix mengandungi Magnesium yang bertindak melembutkan najis. Bila najis lembut, senanglah nak membuang, kan? Untuk kesan yang lebih optimum dan berkesan, boleh amalkan sekali dengan Alfalfa.


Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.

Efek ini berlaku melalui dua mekanisme:

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2. Magnesium 'menarik' air - ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.

Disebabkan magnesium akan 'menarik' air, anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplement OSTEMATRIK.


ANDA NAK ELAKKAN SEMBELIT? JOM CONSUME OSTEMATRIX! Kalau nak bantu ibu bapa boleh.. bantu adik beradik boleh.. makcik pakcik boleh.. atok nenek.. semua lah!

Kanak kanak umur 13 tahun pun dah boleh makan OSTEMATRIX ni tau. Murah pulak tu. RM61 je. Ada 120 biji sebotol. Saya selalunya share dengan parents, kira 3 orang makan kan.. sebulan pun cukup.. Sebab kami tak makan hari - hari , namun hasil tetap puas hati! Jom HUBUNGI SAYA di nombor yang tertera dibawah :




Thursday 23 October 2014

SET BERSALIN SHAKLEE : PENGALAMAN SAHABAT KAMI PUAN AIZZAH DARI PENANG

Assalamualaikum wbt..


Share ilmu juga insyaAllah dapat ganjaran pahala kan? Hari ni nak cerita berkenaan SET BERSALIN SHAKLEE. Lagi tentang set bersalin Shaklee. Set ni terlampau best sampai banyakkkk info yang saya nak share. Benda best kalau tak share, jadi tak best la kan. Hehee..

Set Bersalin Shaklee ni ada banyak. Ada untuk yang bersalin normal.. bersalin pembedahan.. ada yang kurang bajet..ada yang nak full set.. Tapi yang pasti.. basic kombinasi vitamin kami sama sahaja. Kami telah sediakan banyak set sebab nak memudahkan anda makan vitamin mengikut bajet dan melalui pengalaman dan nasihat dari pihak kami juga..

Tak susah dan tak pening pun. Anda cuma jawab beberapa soalan dari pihak kami, dan kami yang akan suggest mengikut keperluan anda. InsyaAllah pihak kami akan berikan perkhidmatan dan servis yang terbaik pernah anda dapat. ^_^

Hari ni saya nak share tentang pengalaman kawan Shaklee kami yang amat berpuas hati dengan Set Bersalin Shaklee

Beliau ambil set untuk ibu berpantang. Alhamdulillah beliau sukakan perubahan pada diri beliau setelah mengamalkan set tersebut. Perubahan positif yang dirasakan amat ketara berbanding dengan kelahiran bayi pertama dan kedua sebelumnya.

Ramai yang takut nak percaya sebab kita dah biasa dengan herba dan jamu semasa berpantang. Ada juga yang berasakan macam tak cukup je kalau berpantang dengan Vitamin Set Bersalin Shaklee. Alhamdulillah kali ni kami bawakan kisah indah penuh gembira seorang ibu yang berasa amat puas hati dengan Set Bersalin Shaklee.



Puan Aizzah Zack dari Penang berkongsi berkenaan Set Bersalin Shaklee dalam blog beliau :

http://hargasetbersalinpremium.blogspot.com/2014/03/pengalaman-pertama-menggunakan-set.html



Jom kita baca pengalaman bahagia beliau menggunakan Set Bersalin Shaklee semasa berpantang.


-----------------------------------------------

Saya menggunakan Set Bersalin Premium Shaklee ini ketika saya bersalin anak yang ke-3. Sebenarnya pada mulanya saya pun seperti kebanyakan ibu dan bakal ibu (mengandung anak sulong) yang risau dan pening untuk mencari vitamin atau jamu yang sesuai untuk digunakan ketika berpantang. Semua ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan juga untuk diri sendiri.

Seperti yang semua ibu sedia maklum, bersalin dan untuk pulih seperti sediakala bukan mudah. Ada sesetengah ibu yang mengalami tekanan ketika berpantang disebabkan tekanan yang datang dalam pelbagai bentuk seperti : Kurang tidur - itu sudah semestinya bagi ibu-ibu yang berpantang Anak kecil meragam - kurang susu, kembung perut antara yang sering dialami oleh newborn baby.

Terpaksa menguruskan anak-anak yang lain yang pelbagai ragam - bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri di rumah Luka bersalin yang lambat sembuh - terutama yang bersalin cara pembedahan Situasi di luar jangkaan - bagi ibu-ibu yang bersalin anak sulong yang tidak pernah menjangka akan berhadapan dengan situasi yang meletihkannya Apa pun bentuk tekanan yang dihadapi oleh para ibu faktor penyebab haruslah diberi perhatian yang lebih.


Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak Sulong.

Pengalaman saya bersalin dan berpantang anak sulong memang benar-benar mengejutkan saya. Sebagai bakal ibu yang tidak pernah melalui situasi bersalin dan berpantang sudah pasti saya tertanya-tanya bagaimana rasanya sakit bersalin. Rasa teruja yang terlalu tinggi menyebabkan saya jadi tidak keruan bila berhadapan dengan tanda untuk bersalin dan ketika itulah keluarga memainkan peranan penting dalam menenangkan saya yang dalam kesakitan.

Saya rasa sakit kontraksi sekitar pukul 10.00am dan dimasukkan ke wad sekitar pukul 3.00pm. Kontraksi jadi semakin kuat sekitar 7.00pm sehingga 11.00pm tapi bukaan masih 1 cm. Ketika itu, Allah SWT saja yang tahu bagaimana situasi saya yang tidak pernah menjangkakan sakit bersalin seperti yang telah dirasakan.

Sekitar pukul 4.00am, dalam menahan rasa sakit tiba-tiba saya rasakan letupan kecil seperti belon pecah diperut dan pada masa yang sama kain dan katil saya basah. Rupanya waktu itu air ketuban saya pecah, dalam kesakitan saya mampu lagi tersenyum kerana merasakan pengalaman itu sangat menarik. Walau bagaimanapun bukaan baru 1.5 cm.

Memang ketika itu saya hanya mampu menangis menahan kesakitan, dalam fikiran ketika itu bukaan 1.5cm pn dah rasa sakit macam ni apalagi bukaan 10cm, yang terbayang ketika itu hanya wajah ibu ketika melahirkan saya. "ya Allah ya Tuhan ku lindungilah ibu ku ya Allah". Tepat pukul 8.30am, saya dimasukkan ke labour room setelah bukaan 4.5cm.

Ketika itu memang saya sudah tidak bertenaga lagi dan apa yang lebih merisaukan saya ketika itu ialah saya tak mampu untuk meneran. Lalu saya meminta epidural diberikan agar kesakitan menjadi kurang dan saya mampu untuk bertenang ketika bersalin. Alhamdulillah, epidural ketika itu benar-benar membantu saya mengurangkan kesakitan yang saya alami. Tepat 1.00pm saya sudah tidak mampu bertahan dan merasakan kesakitan yang semakin kuat sehingga epidural pun dirasakan sudah tidak mampu menahan kesakitan itu dan ketika itulah saya diminta untuk meneran. Seperti yang saya jangka, saya sudah tidak bertenaga untuk meneran dan 10 minit berlalu baby masih belum dapat keluar.

Ketika itu saya terdengar kata-kata bidan lagi 5 minit saya tak bersalin juga mereka terpaksa vakum baby keluar. Masa yang sama juga suami yang sedari awal berada disisi memberi sokongan meminta saya meneran sehabis baik dan kata-katanya ketika itu masih segar dalam ingatan, "Mama, kali ni teran sekuat-kuatnya...kesian kat baby" Mendengar permintaan itu saya pun menarik nafas sepanjang yang saya mampu ketika itu dan bila mendengar suara bidan meminta saya meneran, saya pun mengerah sisa tenaga yang ada meneran sekuat yang mungkin dan akhirnya setelah 26 jam bertarung dengan kesakitan akhirnya tepat 1.15pm saya selamat melahirkan baby boy seberat 2.7kg.

Belum habis rasa trauma bersalin, situasi berpantang juga sangat membuatkan saya terkejut. Ketika itu baby sering menangis malam. Air susu kurang menyebabkan anak sering meragam dan turut mengalami masalah sembelit serta kembung perut. Ketika itu Allah SWT saja yang tahu betapa saya tertekan. Luka jahitan lambat sembuh sehingga memakan masa 20 hari untuk sembuh. Masa tu saya memang tak lalu minum pati ikan haruan dan bergantung sepenuhnya dengan pil ikan haruan untuk sembuh. Badan pula memang rasa sakit dan tidak bertenaga.

Malah sehingga hari ke-40 pun saya masih lemah dan ketika itu saya cuma makan pil jamu. Masa berpantang anak sulong saya langsung tidak melakukan sebarang kerja rumah dan lebih banyak berehat dan berbaring, tapi badan tetap lemah dan tak bertenaga. Makan pula memang tak lalu dan kadang-kadang diserang gastrik dan sembelit. Memang kalau nak kata saya tertekan, memang saya mengaku saya sangat tertekan ketika itu. Walaupun sehingga habis pantang tenaga saya masih tidak pulih.


Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak ke-2.

Apabila anak sulong saya berusia 8 bulan, saya disahkan hamil sekali lagi. Masa tu saya tak tau nak kata apa sebab trauma bersalin dan berpantang anak sulong masih terasa. Tetapi apa yang membuatkan saya menerima berita tersebut dengan gembira dan hati terbuka ialah Allah SWT ingin memberikan rezeki yang tidak ternilai yang tak semua insan dapat iaitu zuriat.

Oleh sebab itu saya terus mempersiapkan diri dengan kekuatan mental, rohani dan jasmani agar saya mampu berdepan dengan apa jua situasi yang bakal saya hadapi. Alhamdulillah, di awal kehamilan saya tidak mengalami alahan teruk sama seperti hamil anak yang sulong. Walau bagaimanapun, ketika kandungan mencecah 7 bulan turun tanda awal bersalin menyebabkan saya diberikan suntikan untuk membantu paru-paru baby matang dan doktor meminta saya berehat dirumah tanpa membuat sebarang kerja berat dan ketika kandungan mencecah 8 bulan doktor mengesahkan baby sudah memasuki laluan dan bila-bila masa boleh bersalin.

Ketika saya rasa berdebar dan berdoa semoga anak saya lahir cukup bulan. Alhamdulillah doa saya dan keluarga dimakbulkan Allah SWT apabila genap usia kandungan saya 38 minggu turun tanda awal bersalin. Saya dimasukkan ke wad pukul 9.00 malam yang mana ketika itu bukaan adalah 2cm. Sekitar pukul 12.30am, saya merasa kontraksi semakin kuat dan doktor mengesahkan bukaan dah 5cm dan saya dimasukkan ke labour room.

Memang bersalin kali ke-2 ni bukaan agak cepat apabila sekitar pukul 2.00am bukaan dh masuk 7cm. Sekitar pukul 2.45am bukaan dah penuh dan sekitar pukul 2.55am saya selamat melahirkan anak ke-2. Walau bagaimanapun, kesakitan yang dialami memang tak mampu ditanggung sehingga diluar sedar saya menjerit kesakitan. Ketika itu doktor memberikan saya gas etonox agar saya mampu menahan kesakitan, tapi kesakitan tersebut membuatkan saya jadi tak tenang dan tak mampu menyedut gas tersebut dengan baik akhirnya saya sendiri rasa mabuk dan hampir pitam.

Saya tak pasti pula keadaan suami ketika itu melihat keadaan saya kerana saya sudah tak mampu untuk bercakap dengannya dan hanya menjerit kesakitan. Setelah selamat melahirkan anak ke-2, pengalaman berpantang kali ini berbeza sedikit dengan pengalaman anak sulong. Kali ni anak kurang meragam, kurang menyusu dan lebih banyak tidur.

Walau bagaimanapun, baby tak mengalami sembelit dan kembung perut kerana lebih banyak menyusu badan. Namun susu badan pula yang sedikit dan menjadi kering selepas habis berpantang. Ketika pantang kali ni saya mengambil jamu Indonesia yang mana penggunaanya amat rumit dan meletihkan.

Walaupun agak bertenaga sedikit berbanding berpantang sebelumnya, namun luka jahitan juga lambat sembuh dan saya terpaksa berulang-alik ke hospital akibat jahitan terbuka. Kali ini saya langsung tak mengambil pil ikan haruan dan bergantung sepenuhnya dengan jamu tersebut. Berpantang anak ke-2, saya terpaksa menguruskan anak sulong.Walau turut dibantu ahli keluarga tapi saya tetap keletihan dan merasa sedikit tertekan.


Pengalaman Bersalin dan Berpantang Anak ke-3 Menggunakan Vitamin Shaklee.

Masuk bab ni memang saya sangat teruja dan tak sabar untuk bercerita. Setelah hampir 3 tahun berlalu, saya disahkan hamil anak ke-3. Ketika itu saya dan suami la insan yang paling gembira sekali. Seperti sebelumnya, di awal kehamilan kali ini juga saya tidak mengalami alahan yang teruk sama seperti kehamilan pertama dan ke-2, yelah mungkin sudah rezeki saya.

Walau bagaimanapun, apabila kehamilan saya mencecah usia 29 minggu saya terpaksa dimasukkan ke wad akibat reduce fetal movement (baby kurang gerak). Akibat kes yang sama juga sekali lagi saya dimasukkan ke wad ketika kehamilan mencecah 32 minggu.

Ketika itu, hanya Allah SWT yang tahu betapa risaunya saya ketika itu. Akibat kes tersebut, saya mula membuat persediaan awal. Saya juga mula mencari jamu yang sesuai untuk berpantang. Apa yang pasti, saya tak mahu jamu yang saya guna masa berpantang anak sulong dan ke-2. Dalam pening mencari jamu yang sesuai,

beberapa orang rakan mencadangkan saya mengambil vitamin Shaklee. Disebabkan baru pertama kali mendengar nama vitamin tersebut dan kurang keyakinan yang vitamin boleh digunakan ketika berpantang. Saya mula mencari info tentang vitamin tersebut dan akhirnya penerangan kak salwa tentang Shaklee berjaya meyakinkan saya untuk membeli Set Bersalin Premium Shaklee

Ketika kehamilan mencecah 8 bulan, saya menghadapi masalah gastrik, kurang bertenaga dan kurang selera makan. Keadaan tersebut membuatkan saya risau tentang keadaan baby dalam kandungan. Akhirnya sekali lagi saya bertanyakan kak salwa pasal Set Kehamilan Shaklee. Apa yang membuatkan saya gembira bila mengetahui yang set kehamilan turut berada di dalam set bersalin yang telah saya beli. Hal tersebut sekurang-kurangnya telah membantu saya berjimat .

Walau bagaimanapun timbul keraguan tentang kesannya kepada baby dalam kandungan. Namun saya beranikan diri untuk mencuba. Apa yang menakjubkan lepas 2 hari makan vitamin mengikut cara pemakanan yang betul akhirnya tanpa saya sedari masalah gastrik saya hilang dan kembali bertenaga. Selera makan juga kembali pulih dan menjadi semakin berselera untuk menjamah apa jua hidangan.

Apa yang lagi membuatkan saya teruja bila baby dalam kandungan semakin aktif dan apabila saya membuat pemeriksaan antenatal di klinik, Hb saya yang sebelum ini paling tinggi 11 berjaya naik hingga 13. Menakjubkan bukan terutama bagi saya yang tak pernah menjangkakannya.

Apabila kehamilan mencecah 38 minggu, sekali lagi saya terpaksa masuk wad akibat kes yang sama iaitu baby kurang gerak dan ketika itu doktor pakar terpaksa mengambil keputusan melakukan induce ke atas saya. Ketika itu Allah SWT saja yang tahu perasaan saya. Rasa takut membuak-buak lebih-lebih lagi bila teringat kata-kata rakan yang induce ni sakit daripada bersalin tanpa induce.

Namun ku gagahkan juga diri berdepan situasi tersebut. Sebelum diinduce saya sempat bersarapan dengan 2 keping roti dan ESP serta vitamin Shaklee. Saya diinduce pukul 2.00pm dan mula merasa sakit kontraksi pukul 3.00pm. Apa yang menarik, saya rasa kesakitan kali ni lebih kuat berbanding bersalin anak ke-2 tapi saya masih mampu tenang dan tak sedikit pun menjerit.

Hanya air mata yang mengalir dan melihatkan keadaan tersebut jururawat terus memberikan saya gas etonox untuk menahan kesakitan. Sekali lagi saya rasa menakjubkan bila saya dengan tenang mendengar penerangan jururawat bagaimana menggunakan gas tersebut dengan berkesan. Sangat terharu bila saya berjaya menggunakan gas tersebut dengan berkesan dan memang sangat-sangat membantu mengurangkan sakit saya dan saya menjadi semakin tenang.

Pukul 4.15pm, saya meminta suami disisi memanggilkan doktor bila saya rasa sudah tidak mampu bertahan dan doktor tidak menyangka bukaan sudah penuh dan dah sedia untuk keluar. Ketika itu, doktor memberi penerangan bagaimana nak meneran dengan cara yang betul dan yang menakjubkan saya masih mampu mendengar penerangan tersebut dan berjaya meneran dengan penuh bertenaga.

Akhirnya pukul 4.30pm saya selamat melahirkan baby girl seberat 3.4kg. Walaupun kelahiran kali ini seberat 3.4kg berbanding anak sulong 2.7 dan ke-2 seberat 2.8, tapi apa yang membuatkan saya gembira dan bersyukur sangat kelahiran kali ini lancar tanpa sebarang luka dan ia memang pengalaman yang sangat menakjubkan.

Proses kelahiran yang pantas, penuh bertenaga, melahirkan baby seberat 3.4kg tanpa sebarang luka dan jahitan sesungguhnya itu adalah hadiah yang tidak terhingga dari Allah SWT dan sesungguhnya saya sangat-sangat bersyukur kerana dipermudahkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha dan segala kejayaan hanya dengan izinNya jua. 

Selesai bab bersalin, kini masuk fasa berpantang. Sekali lagi Shaklee memberikan keseronokan berpantang yang memang sangat mengujakan. Selepas sehari bersalin saya terus mengambil vitamin set bersalin dan saya ikut jadual pemakanan yang telah disarankan. 

Selepas 3 hari berpantang memang saya rasa bertenaga semula walaupun tidur tak cukup. Baby tidak meragam dan tak kembung perut. Air susu banyak dan pekat. pengurusan makan vitamin tidak rumit berbanding pengambilan jamu dan tidak meletihkan. Cuma bezanya hanya perlu minum air yang banyak kalau tak kemungkinan kita akan berdepan dengan healing crisis. 

Apa yang lebih menarik saya tiada masalah sembelit dan badan cepat kurus berbanding makan jamu. Rahim juga cepat kecut dan yang menariknya semasa membuat pemeriksaan postnatal Hb saya juga pekat iaitu 12.5. Kulit juga semakin berseri dan tidak pucat. Walaupun saya terpaksa mengurus anak-anak ketika dalam pantang tapi saya tak keletihan dan sentiasa bertenaga. 

Saya juga tidak mengalami tekanan dan sentiasa rasa tenang walaupun berdepan dengan pelbagai karenah anak-anak. Kesimpulannya Shaklee memang menakjubkan dan tidak salah saya katakan di sini yang setiap lapisan masyarakat perlu memiliki Shaklee untuk kesihatan yang optimum.

-----------------------------------------------

Allahuakbar.. bestnya baca cerita kak Aizzah ni. Buatkan saya rasa bersalin tu perkara yang paling best dan tak menyakitkan. Dia berjaya yakinkan kita, bila ikhtiar dengan Vitamin Shaklee ni banyak Positifnya. Alhamdulillah. Semoga anda yang bakal bersalin nanti mengalami pengalaman macam kak Aizzah ni InsyaAllah


Jadi kalau anda berminat nak makan dan cuba Set Bersalin Shaklee, boleh hubungi saya. Kalau ada sebarang pertanyaan mengenai Set Bersalin Shaklee pun jangan segan segan untuk hubungi saya. InsyaAllah saya bantu sebaiknya.




Tuesday 21 October 2014

Bagaimana saya menjaga kesihatan orang tua saya

Assalamualaikum wbt

Saya menulis topik ni sebab saya aware dengan kesihatan orang tua saya.. menjadi orang dewasa yang berumur 50 dan keatas pastinya sukar. Susah nak jadi selalu sihat. Susah nak bergerak kesana kemari.

Namun alhamdulillah. Saya dah mula bagi makanan tambahan kepada orang tua saya. Dan saya amat gembira dengan perubahan mereka.

Jika sebelum ni mak saya selalu sakit lutut.. maka saya ikhtiarkan dia dengan Ostematrix.



Begitu juga dengan ayah saya. Pernah kemalangan kecil dengan motosikal. Terus jadi sakit pinggang. Saya juga ikhtiarkan beliau dengan Ostematrix.

Alhamdulillah dalam seminggu saya boleh nampak perubahan mereka.

Hari hari saya akan pastikan mereka telan 2 biji Ostematrix sebelum tidur. Dah tidur pun saya kejut. Hehe

Alhamdulillah dengan izinNya.. saya dapat tempat kerja dekat dengan rumah parents saya. Jadinya dapat saya tengok mereka hari hari depan mata saya. Saya cukup tak suka kalau diorang start sakit. 

Saya faham kalau dah menjangkau 60tahun biasalah manusia akan start sakit..
Sebab tu lah saya cuba ikhtiar dengan makanan tambahan lain.. seperti Vitalea..




Vitalea ni tak sempat saya nak minta diorang makan sendiri sebab saya bekerja dari pukul 8.30am. Jadi apa yang saya buat.. setiap hari minggu saya akan suap diorang Vitalea. Dapat lengkapkan nutrisi pada hari minggu pun jadi lah. Janji telan. Hehe

Bukan diorang tak boleh makan sendiri.. cuma biasalah.. orang tua ni.. busy dengan kegiatan masing masing.. meeting dengan surau la.. meeting dengan persatuanla.. mak saya kadang kadang ada tempahan kuih muih.. roti jala.. dan lain lain.. haa aktif kan parents saya.. hehe sebab tu jadi lupa nak makan Vitalea pada hari biasa. Saya pun busy dengan kerja office.. jadi tak dapat call untuk jadi reminder. Takpa lah.. weekend kan ada..

Tu je yang saya nak share perihal orang tua saya. Apa yang penting saya nak bagitahu dekat korang.. saya amat puas hati dengan tahap kesihatan kedua orang tua saya. 

Mereka tiada kencing manis yang serius.. tiada darah tinggi.. tiada sakit jantung dan lain lain penyakit yang kebiasaannya menjadi 'kawan baik' kepada mereka yang seusia. 

Alhamdulillah.

Jom bantu orang tua kita sihat. Dapat pahala lagi.


Tuesday 14 October 2014

Set kanak kanak Shaklee

Assalamualaikum.. harini sedikit tentang set kanak kanak shaklee.. Zaman sekarang ni, saya perasan ramai dikalangan kanak kanak akan menghidap penyakit asthma ( lelah ), eczema, kerap demam dan selsema. Ramai juga antara mereka yang tidak cukup zat kerana terlampau memilih makanan.





Saya disini cuma boleh mencadangkan.. lain - lain atas usaha ibu bapa sendiri untuk berusaha melakukan perubahan keatas anak anak dan dengan izin Allah swt juga, kanak - kanak akan kembali sihat dan aktif. InsyaAllah.





1. Meal Shakes ( Kanak - kanak berumur 1 - 3 tahun )


-- Minuman berperisa vanila yang lazat dan pastinya disukai oleh kanak - kanak
-- Menyediakan 24 Jenis vitamin , mineral yang diperlukan
-- Rendah lemak dan rendah glisemik
-- Sumber protein dan kalsium
-- Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
-- Meningkatkan sistem imunisasi kanak kanak.
-- Meningkatkan selera makan kanak kanak.
-- Membekalkan nutrien kepada sel - sel
-- Memabantu mengurangkan masalah eczema
-- Membantu tumbesaran
-- Kulit tidak mudah berparut. Jika berparut, akan cepat hilang. InsyaAllah.
-- Membantu mengatasi masalah sembelit anak.
-- Membantu memulihkan kulit dan mencantikkan tekstur kulit.
-- Menjadikan anak lebih sihat,bertenaga dan aktif sepanjang hari..
-- Mengatasi alahan semasa mengandung dan membuka selera bg ibu yang tiada selera makan.
-- Bagi ibu yang menyusukan, mealshake juga membantu melancarkan penyusuan ibu....


2. OmegaGuard ( Kanak - kanak berumur 1 - 3 tahun )


-- Mengandungi minyak ikan dari sumber ikan terbaik
-- Satu hidangan Omega Guard menyediakan hampir 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA & EPA
-- DHA & EPA boleh membantu mengurangkan keradangan(berkaitan dengan sakit kulit), menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan mata.
-- Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
-- Membantu meningkatkan daya tumpuan semasa proses pembelajaran
-- Meningkatkan sistem imunisasi
-- Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
-- Membantu sistem peredaran darah supaya teratur
-- Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.


3. Chewable Vita-C @ 100mg per tablet ( Kanak - kanak berumur 4 tahun keatas atau mereka yang dah boleh mengunyah )




-- Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
-- Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
-- Membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang kanak - kanak. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
-- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
-- Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan


Okay. setakat ni 3 supplement ni yang paling sesuai untuk kanak - kanak berumur dari satu tahun dan keatas.. Bagi peringkat umur lain, ada lagi supplement yang boleh mereka makan.. Contohnya B Complex, Ostematrix, Nutriferon, Vitamin E, Vitalea dan lain -lain. Tapi kena dapat advise dari Shaklee Distributor dulu ^_^


Jadi kalau nak ambil satu set ni, Meal shakes, Omega Guard dan Chewable Vitamin C.. harganya cuma RM287.25. Tidak termasuk pos. Ketiga - tiga ni InsyaAllah tahan 2 bulan lebih kalau untuk seorang kanak kanak. Kalau nak harga ahli, meh PM saya meh.. Jimat 20%. Ha kira laa.. Hehe..




Monday 13 October 2014

Kurus dan langsing dengan Shaklee : Testimoni saya dengan Set Kurus Basic

Assalamualaikum wbt..


Suka saya nak share pengalaman saya kurus dengan Shaklee.. Kurus je langsing belum lagi. Hahaha


Sekarang pun masih dalam proses menguruskan badan.. bukan kurus sangat la.. dapat kurangkan berat pun jadi lah..


Masalah saya bermula bila saya mula bekerja.. Tahun 2008.. Yelah first time dapat pegang duit banyak kan.. Setiap kali gaji makan best.. Bukan kata tunggu gaji je.. Even lunch pun mewah. Mewah dari segi lauk la.. Maklumla.. orang tak ada commitment kan.. Bantai je nak makan apa pun..


Sampai la kawan kawan tegur.. Saudara mara tegur yang saya ni dah berisi.. terkejut juga laa.. padahal memang dah tahu kan makin gemuk. Pipi ni macam pau. Gebu semacam. hahaha


Jeng jeng jeng.. masa untuk bertukar.. saya mula search pasal product untuk kurus.. Saya pernah beli SDII kalau tak salah saya.. Sempat la 1 tin. Lepas tu tak boleh tampung. Sebab mahal. Haha..


Teh kurus pun banyak dah saya cuba. Kureng berkesan. Sebab lambat. hahaha


Lepas tu research pasal pil kurus.. Tak ingat brand.. Tapi banyaaaakk laaahaaii produk kurus dipasaran masa tu. Celaru fikiran nak pilih yang mana paling bagus.. Mana paling cepat kurus.. Ha kau.. Time nak ternak lemak makan bertahun - tahun.. Lepas tu nak buang lemak tepu nak cari produk yang kurus dalam masa seminggu. Gila kau.. hahaha


Lepas tu ternampak Mak Shaklee saya duk promote promote pasal Shaklee.. Ternampak set kurus shaklee.. Start research balik.. Set kurus basic.. Set kurus lengkap.. Macam macam testimonial..


Penat juga la saya duk tengok testimoni orang yang dah berjaya kurus.. Saya scroll berhari - hari.. Sebab saya nak pastikan pilihan saya tepat. Sebab masa tu saya belum jadi ahli Shaklee lagi. Makanya harga set kurus shaklee amatlah mahal bagi saya..


Sekali tetapkan hati nak cuba Set Kurus Basic Shaklee.. Lecithin dan Alfalfa Complex. Syaratnya kena banyak minum air masak..




Saya pun cuba lah.. Cukup sebulan.. Saya timbang.. hilang 2kg.. Syukur la.. Orang lain cakap sikit.. Bagi saya okay dah.. Selagi boleh turun..


Terus daftar ahli.. Dan dapatla beli set ni bulan seterusnya dengan harga yang murah sikit.. Hehehe..


Total lost sekarang baru 5kg.. Sikit lagi la bagi saya.. Lemak tepu kot. Hahaha.. Takpe.. Sekarang masih continue.. Tak nak letak gambar lagi. Sebab tak ada gambar pun. Hahaha..


Berat sebelum ni 64kg.. tinggi 150cm je.. Sekarang 59kg plus minus.. Ni saya tak diet nasi tau. Hari - hari makan macam biasa.. Banyakkan air masak je.. Exercise lagi la tak ada..


Cuba kalau saya diet sikit.. senam sikit.. mesti lagi best. Takpe sekarang kita senaman tangga dekat office je. Hahaha


Ni memang testimoni sendiri. Alhamdulillah.. Bukan dapat kurus je.. Jerawat kasar pun hilang.. Jerawat tumbuh kadang - kadang.. Asma pun jarang menjengah. Alhamdulillah..


Makan untuk kurus tapi dapat manfaat lain. Siapa nak bagi? Shaklee ni usaha.. Allah swt yang bagi saya happy macam ni. Hehehe


Kalau minat nak slim down ke.. nak hilangkan berat ke.. bolehla contact saya untuk pertanyaan lanjut..


Lepas office hour saya insyaAllah boleh hantar by hand kepada anda sekitar Bandar Baru Ampang, Ampang Jaya, Taman Melawati, Taman Melati, Maluri, Ampang Point, Pandan Jaya, Pandan Indah dan sekitar..




Saturday 11 October 2014

Menambah pendapatan sampingan : side income tolong bantu kita

Assalamualaikum wbt..


Sedikit tentang isu semasa. Bajet 2015. Anda suka dengan apa yang anda dengar? Adakah ianya akan membebankan anda? Atau adakah ianya membantu anda?


Dari segi apa? Kewangan? Pinjaman? Bonus?


Saya jujurnya sebagai pekerja swasta.. dengan gaji yang biasa biasa jumlahnya.. dengan perbelanjaan yang semakin meningkat setiap bulan.. terasa amat sempit.. dengan pelbagai perbelanjaan dari segala segi.. bunyi macam puitis.. tapi saya rasa anda yang sama situasi.. mesti faham.. pasti memahami..

Ni cerita saya yang belum berumah tangga.

Cerita yang sudah berumah tangga pula bagaimana ceritanya? Yang punya anak bagaimana? Yang masih punya ibu bapa yang perlu diberi sedikit sumbangan tiap bulan?

Persoalan saya. Cukup ke tiap bulan gaji tu? Bagaimana anda manage gaji anda? Jika anda masih mampu makan mewah tiap bulan.. jika anda masih mampu membeli sedikit barangan yang di impikan.. jika anda masih mampu berbelanja lebih setiap kali tengah bulan..  untunglah anda..


Cerita saya.. dengan Shaklee.. syukur Alhamdulillah.. semenjak saya terjebak dengan bisnes Shaklee.. saya jarang berhutang.. saya jarang susah hati.. saya masih mampu tersenyum bila tengah bulan menjelma..

Jujur lagi saya cakap.. Shaklee ubah hidup saya.. Shaklee ubah persepsi saya.. Shaklee bantu saya senyum selalu.. Shaklee bantu saya untuk bantu orang ramai..

Tak banyak.. tapi saya cukup.. Alhamdulillah

Paling saya suka.. bila dapat bantu orang.. bantu orang supaya keluar dari comfort zone.. sebab saya pun mula keluar dari zon selesa saya.. hanya untuk bantu orang ramai..

Happy bila dapat tolong orang jadi sihat.. dapat bantu ibu bapa supaya pulih dari sakit.. dapat tengok orang senyum..

Anda nak bantu diri sendiri? Bantu ibu bapa? Bantu ahli keluarga tersayang?
Untuk selalu sihat.. untuk selalu kaya dan berjaya.. untuk jadi hamba yang taat.. untuk jadi hamba yang Allah swt selalu pandang?

Saya sayang keluarga Shaklee saya.. sebab kami betul betul macam family besar.. kami ada atok.. nenek.. moyang.. atas atas dari moyang pun kami ada.. semua sihat walafiat.. semua kaya.. semua berjaya.. semua selalu pentingkan agama Islam.. yang last ni paling penting.. sayangkan agama Islam.. sering nasihatkan satu sama lain tentang agama Allah yang 1 ni..

Kalau anda berminat nak join kami.. jomlah.. tak paksa.. saya cerita je. Hehe..

Kalau terbuka hati bolehlaa tegur saya.. hikhik..



APA KELEBIHAN JADI AHLI SHAKLEE

1) Anda dapat diskaun untuk setiap produk shaklee. Jimat hampir 20%. Ni lah yang ramai customer duk meminta - minta dengan saya.. Nak minta saya jual harga ahli.. Tapi taknak jadi ahli.. Rugi la.. Bayar RM65 untuk seumur hidup tau. Selagi Shaklee ada, selagi tu anda boleh beli guna ID anda. Tak suruh berniaga pun.

2) Dapat masuk group rahsia kami. Ha apa lah rahsia tu kan.. Dalam group ni akan diberi banyak tips - tips macam mana nak mulakan perniagaan Shaklee. Malah kita akan selalu dibantu oleh mereka yang tak lokek ilmu, Akan share macam mana cara makan paling efektif untuk setiap supplement. Ni orang lain pun tak dapat kecuali customer sayalah.

3) Kalau anda beli produk tiap - tiap bulan dan kebetulan melebihi 150UV, anda automatik akan dapat bonus pada bulan hadapan. Haa ni kalau rajin beli untuk diri sendiri.. tolong belikan untuk kawan atau saudara mara guna ID Shaklee kita.. Takkan tak dapat bonus kan.



MACAM MANA NAK JADI AHLI SHAKLEE

1) Bayar RM65 (yuran ahli) + RM10 ( kos pos Starter Kit Shaklee). Dalam starter kit tu akan ada product guidance.. Ada catalogue Produk.. Dan business manual untuk mulakan perniagaan dengan Shaklee.

atau

2) Beli produk shaklee sampai cukup 200UV dalam satu resit.. ni lebih kurang RM650 - RM700 plus minus.. Automatik dapat keahlian percuma.. Siap dapat rebate lagi bulan depan plus minus RM30 atau lebih!


Haa apa tunggu lagi.. Better late than never orang putih cakap. Hehehe


Kalau berminat nak jadi ahli atau ada apa - apa pertanyaan mengenai Shaklee.. boleh hubungi saya di nombor yang tertera..





Saya tak makan orang. Saya makan kek je. Hihi




Assalamualaikum..

Monday 6 October 2014

Promosi Oktober 2014 : Buy 6 free 1 ESP Shaklee

Assalamualaikum..

Salam Aidiladha.. Macam mana raya baru ni? Mesti ada yang sempat balik kampung kan.. Entah - entah ada lagi yang sambung cuti. Untungnya badan..

Saya raya dekat KL je, memandangkan Aidilfitri haritu dah balik Kelantan. Juadah raya yang sempat disediakan hanyalah Nasi Dagang dengan lauk gulai ikan.. dan gulai ayam.. Mujur sepupu sepapat datang beraya.. Bertambah meriah laa sebab ada yang bawa Nasi Kerabu.. Ada yang bawa puding caramel.. Nyum.. Lama tak berkumpul ramai - ramai macam ni.. Sampai ke maghrib la rumah penuh. Tetamu tu kan rezeki. Cewah.

Habis sudah kenangan makanan sempena hari raya korban.. Marilah kita sambung cerita pasal Promosi Oktober 2014 Buy 6 free 1.. Apa yang Buy 6 free 1 ni? Dah 7 Oktober baru nak ceritakan.. Biasalah orang busy..

Sibuk sangat dekat office, dengan meetingnya.. nak siapkan report lagi.. 


Haaa best tak. Bulan ni promosi ESP lagi. Ya Allah.. Baru je bulan Mac haritu promosi kan.. Ingat tak.. 

Bulan Oktober 2014 ni Shaklee repeat lagi Promosi Buy 6 Free 1 ESP SHAKLEE..


Saya sangat teruja. Sebab saya salah seorang peminat tegar ESP Shaklee ni.. Apa ESP dah buat pada saya? Semestinya terlampau banyak positif..


1) Membantu mencerahkan tona kulit. Especially bahagian lengan, peha dan muka..

2) Membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat ( ini sangat betul, bilamana ada sekali tu saya terskip ESP almost sebulan. Ya Allah jerawat saya bagai mencurah ke ladang gandum. Wah gitu haha) Tapi betul, memang saya sangat menyesal skip ESP haritu.. Sekarang dah start balik. Alhamdulillah jerawat beransur hilang..begitu juga dengan parut jerawat. Alhamdulillah. 

3) ESP juga membantu mengelakkan jerawat belakang badan. Ni pun saya rasa perubahan pada diri saya. Happy!

4) Membantu mencantikkan tumit.. Ya masa saya terskip haritu, hm terus merekah tumit ni. Menyesal skip!

5) Membantu saya untuk tidak mengalami low blood pressure. Orang low blood pressure ni, tak boleh skip meal.. tak boleh kalau tak ada makanan atau minuman manis sebagai breakfast.. kalau tak nanti mudah pitam..Alhamdulillah.. bila breakfast ESP pagi - pagi.. saya tak perlukan teh tarik atau nescafe tarik sebagai breakfast.

6) Membantu saya ketika puasa. Bulan puasa haritu, saya sahur ESP dan makan lauk sahaja ( konon diet :P ).. dan 10 minit lepas tu saya minum Performance Drink. Alhamdulillah. Perut tak lapar.. Apatah lagi berbunyi.. 

7) Membantu mengenyangkan untuk jangkamasa yang lama.. Sesuai kalau nak diet.. Saya berjaya turun beberapa kg bila amalkan ESP dan time tu memang niat nak kurus. Berjayaaa..



Haa itu antara pengalaman saya dengan ESP Shaklee. Kalau nak cerita pengalaman customer saya sendiri? Banyaaakkkkk sangat pengalaman manis mereka tau. Nanti saya buatkan entri lain..



Berminat tak dengan ESP SHAKLEE?? Mesti dah banyak baca testimoni orang ramai kan.. Kalau ada pertanyaan apa - apa mengenai ESP SHAKLEE, jangan segan untuk contact saya..



Testimoni Sendiri : Ostematrix Shaklee membantu mengurangkan sakit lutut

Assalamualaikum wbt..


Hari ni hari busy. Berkejar dari Ampang ke Shah Alam untuk hantar tender. Dengan pagi sebelum tu hectic sikit.. Nak kena siapkan paperwork. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Cuma perjalanan balik tu je. Federal Highway jem menggila. Baru pukul 11:30 pagi kot. Sampai office pukul 12:40.. Kemain lama.





Kalau dulu dah risau dah kalau drive lama - lama.. Kaki kanan ni macam tak boleh bagi kerjasama. Hahaha.. Sakit dekat kawasan lutut. Lepas tu cramp seluruh kaki. Kebas yang lama pulak tu. Ya Allah, sakit dia Allah je yang tahu.. Lagi cuak kalau tengah drive sorang sorang. Dapat pulak dekat kawasan tak familiar. Mana nak mintak tolong orang kalau jadi apa - apa? Allahuakbar. Janganlah jadi macam tu. Cuak!


Saya pernah sekali..beberapa bulan lepas. Sebelum kenal Shaklee. Drive area Kampung Pandan. Bila berhenti dekat traffic light, terus kaki tak rasa apa. Alhamdulillah time tu keluar dengan kawan - kawan. Terus minta salah sorang drive kan.. Nasib baik ada kawan. Kalau sorang - sorang? Cuak boleh tahan.




Tapi segalanya berubah setelah saya kenal Shaklee. Saya teruja nak cuba Ostematrix Shaklee. Sebab testimonial dah banyak sangat. Macam - macam testimonial dengan Ostematrix Shaklee ni.


Ada yang dah berkurangan sakit sendi, kurang sakit lutut, nak solat pun selesa katanya, lagi - lagi kalau mereka yang berusia. Senang nak buat haji atau umrah sebab boleh jalan sendiri tanpa bantuan orang atau bantuan kerusi roda. Happy tak? MESTILAH!


Saya pun terus order satu Ostematrix Shaklee untuk diri sendiri dan untuk parents saya. Parents saya Alhamdulillah walaupun usia mereka masing - masing dah mencecah umur 50-an hampir ke 60-an, mereka masih kuat dan masih boleh jogging. Alhamdulillah. Tapi saya bagi juga diorang makan Ostematrix Shaklee ni.


Persediaan apa - apa. Lebih baik mencegah dari merawat kan?


Berbalik kepada sakit kaki saya tadi, setelah hampir 2 minggu makan Ostematrix Shaklee, saya dah tak rasa kebas mahupun sakit - sakit kaki seperti sebelum ni. Alhamdulillah. Syukur sangat.





Sakit lutut pun dah tak ada. Ye saya tahu umur muda lagi, Kahwin pun belum. Dah sakit macam - macam. Sakit lutut saya selalu tiba - tiba je dia datang. Sakit mencucuk, sampaikan nak sujud pun seksa. Sakit dekat bahagian tempurung lutut bila nak sujud tu. Terpaksa tahan. Sakit dia pun Allah swt je yang tahu.


Tak tahu datang dari mana punca, Memang tiba - tiba. Nak kata saya jatuh ke terlanggar bucu apa - apa ke memang tak ada. Pelik tetapi benar. Tapi tulah, sebab saya usaha ikhtiar dengan Ostematrix ni, memang dah lama tak rasa sakit kaki dan sakit lutut.






Lagi satu.. Sakit gigi.. pun dah tak ada.. Umur macam sekarang ni tengah sibuk gigi bongsu nak tumbuh kan. Sakit dekat area belakang mulut boleh buat tak tenang nak tidur, tak boleh fokus kerja.


Alhamdulillah sangat - sangat. Sejak consume Ostematrix Shaklee ni, saya dah tak banyak sakit macam orang tua tu. Hahaha.. Bukan bergantung dengan Supplement, tapi memang saya kurang ambik makanan dan minuman yang high in Calsium. Kalsium kan penting untuk sendi, untuk tulang, untuk gigi dan banyak lagi. Untuk ketinggian pun ye jugak. ( Sebab tu tinggi saya 150cm je :P )


Kalau kenal Shaklee dari zaman sekolah, mesti saya dah cecah 160cm dah kan! Haha


Okay lah.. kalau ada antara anda yang ada sakit macam saya, dan nak ikhtiar dengan Ostematrix ni, amatlah digalakkan dan dialu - alu kan. Ni memang testimoni saya sendiri tau. Bukan main kutip or pinjam mana - mana,. Saya sangat berpuas hati dengan Ostematrix ni.



Harga untuk sebotol Oxtematrix Shaklee ialah RM61.. dan ada 120 biji.. kalau makan 2 biji setiap hari, boleh tahan 2 bulan. Sebulan cuma RM30.50 je.


Jom Whatsapp / Telegram / SMS saya di



Chocolate Chip Blondies a.k.a Congo Bars : By Ina Garten Recipe

Assalamualaikum..


Harini sempat eksperimen lagi satu resepi untuk Congo Bars ataupun lebih dikenali sebagai Chocolate Chip Blondies.


Sebelum ni, Congo Bars saya , saya guna resepi Kak Rima. Nama blog dia http://www.bisousatoi.com/ . Sedapppp! Puas hati. This time saja je nak try resepi dari orang berlainan. Tak jauh beza pun resepi Ina Garten dengan Kak Rima ni.


Bahan - Bahan :

1/2 pound (2 sticks) unsalted butter, at room temperature (saya guna 230gm Anchor Unsalted butter
1 cup light brown sugar, lightly packed (anggaran dalam 128gm)
1/2 cup granulated sugar (sama dengan castor sugar)
2 teaspoons pure vanilla extract
2 extra-large eggs, at room temperature
2 cups all-purpose flour
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon kosher salt (garam biasa pun boleh)
1 1/2 cups chopped walnuts 
1 1/4 pounds semisweet chocolate chunks, such as Nestle's (saya ganti dengan chocolate chip)




Cara - Cara : 

1) Panaskan oven pada suhu 350 darjah Celsius. Sediakan baking tray 8 x 12 x 12 inch. Griskan dengan butter dan tepung diseluruh permukaan tray

2) Dalam satu bekas ( Bekas A ), adun butter, brown sugar dan castor sugar hingga sebati. (saya guna senduk biasa je tak guna hand mixer)

3) Bila butter dan sugar dah sebati, masukkan telur satu persatu. Adun lagi.

4) Masukkan vanilla extract dan kacau lagi.

5) Dalam bekas lain ( Bekas B ), ayakkan bersama tepung gandum, baking soda dan garam.

6) Lepas tu, masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam bekas A, masukkan sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.

7) Masukkan walnuts ke dalam adunan. Kacau sebati

8) Akhir sekali masukkan chocolate chip. Kacau lagi.

9) Masukkan adunan ke dalam tray yang sudah di gris tadi. Hiaskan dengan lebihan chocolate chips, walnut dan apa - apa yang disukai. Macam saya hias dengan M&M dan chocolate chips hihi

10) Bakar selama 15 - 25 minit, bergantung kepada warna bahagian atas congo bars tu. Saya bakar dalam 25 minit. Lain oven lain time masak dia. Jadi kena sangat berhati - hati dengan congo bars ni. 




Tips : Saya tutup api oven dalam minit ke 25 walaupun atas dia masih kelihatan putih, saya biarkan lagi congo bars dalam oven dan buka sedikit penutup oven selama 5 minit untuk bagi dia lebih brownish di bahagian atas. 


Jangan takut kalau atas dia masih putih dan tepi tray sudah kelihatan brown sikit. Sebab Congo Bars ni kek yang agak leceh. Tak boleh overbaked nanti dia keras


*****************************************


Di bawah ni Chocolate Chip Blondies a.k.a Congo Bars yang dah dipotong untuk adik saya bawa ke asrama. Tangan tak reti potong biasalah :P


Sedap pula bila gigit tu and terasa crunchy M&M dalam tu. Nyummehhh.



You girls should try this recipe. Sedap dan sangat senang nak cari bahan dia. Good luck!! ^_^

Friday 3 October 2014

ESP untuk elak rambut gugur dan lambat beruban?

Betul ke Energizing Soy Protein Shaklee mampu mengelakkan rambut gugur dan lambatkan penampakan uban? Penampakan gitu. Haha

Sempena bulan Oktober 2014 ni. Walaupun harga minyak naik, tetapi harga ESP ni turun!!

Turun bersyarat la.. Bukan turun suka - suka. Kena beli 6 canister dan anda akan dapat free 1 canister berharga RM150..

Lagi tips best.. kalau anda dapat ajak beberapa kawan untuk sama - sama cukupkan korum untuk ESP ni.. Cari 7 orang yang nak beli 1 can sorang.. Anda dah dapat harga murah tau. RM150 darab kan dengan 6 canister dan bahagi 7.. dapatlah harga RM129 seorang. Wahh jimat RM 21 seorang tau. Haaa.. bukan selalu nak dapat ESP harga jimat macam ni..









Wow. Sangat WOW!


Okay cerita part uban dan rambut gugur. Ada ke cara berkesan untuk elakkan kedua dua tu? MESTILAH ADA!

Semua mesti teruja kan. Yelah siapa suka kalau muda - muda lagi rambut dah gugur dan menampakkan tanda - tanda botak. Terutamanya kaum lelaki.

Sama juga dengan uban. Allah, saya fobia betul dengan uban. Bukan fobia tapi geram. Asyiklah rasa nak tarik. Kalau sehelai dua tu boleh la tahan, cuba kalau segenggam? Tak ke botak juga? Haha

Jangan - jangan ada antara kita yang perangai cenggini bila nampak uban.



Hahaha saya mungkin muka cenggini bila nampak uban. Takpun sengaja belek - belek rambut depan cermin semata cari uban. Sampai sakit leher dibuatnya.


Jadi berbalik kepada tajuk entri tadi. Betul ke ESP sehebat itu? Ada apa dalam ESP sampai boleh melibatkan rambut kesayangan kita? Hikhik..


Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee Corporation telah diiktiraf di seluruh dunia kerana Shaklee telah menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas ESP dan sumber protein yang digunakan adalah sangat berkualiti tinggi yang mana ianya diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan.

Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap 1 tin ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah sebagai pem-booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

ESP Shaklee sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.



ESP TINGGI KANDUNGAN PROTEIN? JADI APA KAITANNYA ??


Protein merupakan komponen penting rambut kita. Yang sebenarnya, 90% struktur rambut dikomposisikan oleh protein. Jadi mana kita nak dapat protein? Adakah makanan sehari - hari kita cukup kandungan proteinnya?


Protein sebenarnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan lain - lain lagi. Tetapi ketahuilah bahawa protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak terutama hasil masakan yang bergoreng.


Protein adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.


Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein dan ditambah pula dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.



SEBERAPA PENTINGNYA PROTEIN KEPADA MANUSIA ??


Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT.

Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi dan neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%



RISIKO KEKURANGAN PROTEIN ( Secara umum ) :

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)


KESIMPULANNYA, makanlah banyak - banyak protein demi menjaga kecantikan rambut dan elakkan dari kerap gugur, juga melambatkan proses penuaan ( nampak uban lah tu maksudnya ) haha



Bulan Oktober ni bulan promosi Buy 6 Free Energizing Soy Protein. Banyak testimonial yang berpuas hati dengan ESP. Bukan juga untuk rambut. Malah untuk lain - lain. InsyaAllah.




Pengedar Shaklee, Cara Daftar Ahli dan Cara Beli Shaklee Online

Senarai Pengedar Sah Shaklee
  1. Pengedar Shaklee Alor Setar : COD Area Jitra / Alor Setar
  2. Pengedar Shaklee Jitra : COD Area Alor Setar / Jitra
  3. Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil
  4. Pengedar Shaklee Klang : COD Area Klang / Kapar / Meru / Setia Alam
  5. Pengedar Shaklee Seremban : COD Area Seremban / Seremban 2 / Panchor
  6. Pengedar Shaklee Ampang : COD Area Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / Sri Rampai
  7. Pengedar Shaklee Temerloh : COD Area Temerloh
  8. Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : COD Area Kuala Lumpur / Cheras
  9. Pengedar Shaklee USJ : COD Area USJ / Subang Jaya / Sunway
  10. Pengedar Shaklee Puchong : COD Area Puchong / Kinrara
  11. Pengedar Shaklee Kuantan : COD Area Kuantan
  12. Pengedar Shaklee Shah Alam / Subang Jaya : COD Shah Alam / Subang Jaya
  13. Pengedar Shaklee Miri : COD Miri / Brunei
  14. Pengedar Shaklee Cheras : COD Cheras / Ampang / Hulu Langat
  15. Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam : COD Klang / Shah Alam

  16. Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

    Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2016 ada di sini.


    Cara Beli Produk Shaklee Online

    Order Produk Shaklee Online melalui link yang disertakan di bawah
    1. Buy Shaklee Online Malaysia - For english user, buy Shaklee directly from Shaklee HQ
    2. Beli Shaklee Online Malaysia - Beli Shaklee daripada Pengedar Shaklee Bertauliah
    3. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...