Saya cakap nanti la saya nak cari husband saya dekat luar kejap. Nak bincang macam mana. Haha jantung macam nak meletup rasanya. Nervous gila
Doctor cakap nanti dah jumpa husband bolehla masuk jumpa saya balik kita bincang lagi. Tapi meh saya nak check bukaan. Kot kot dah ada bukaan lagi senang nak decide. O_O
Dengan rela hati pergi baring dekat katil. Confident je tak ada bukaan lagi sebab hello mental tak ready, remember? Hahaha
Sekali dia check, ok puan maaf ye kalau sakit sikit. Rasanya macam dah buka 2cm ni puan. Good news ni. Meh saya tolong bagi dia bukak lagi bukaan ye. Sabar jelaa dia duk godek godek bawah tu haha
Pastu dia pesan, kalau ada keluar tanda bolehla warded esok ye. Saya cakap kejap nak bagitahu husband dulu. Lepas keluar bilik doctor tu saya cerita balik dari A - Z dekat husband. Ofcourse la dia pun terperanjat. Lagi pulak jalan dah buka 2cm kan. So masuk balik bilik doctor and cakap bolehla warded esok. And doctor pun prepare surat untuk warded esok. Kot kot bersalin 24.05.2017 boleh sama macam birthday mak saya hihi
So petang tu pergi office macam biasa pastu cerita dekat officemates apa berlaku semua. Hahaha diorang of course la excited tak sabar nak tunggu twins keluar. Saya bagitahu esok kena warded. Tapi pagi tu datang office dulu settle apa patut and suruh diorang doa yang baik baik untuk saya. Time tu mental dah ready sikit. Sebab dah buka 2cm kan nak taknak kenalah beranak jugak. Hahaha
Lepas tu bila dah balik rumah, malam tu nak kencing tiba tiba rasa ada benda keluar dari bawah. Tulah tanda yang doctor cakap pagi tadi. Kemain happy saya sebab tak lama lagi dah boleh jumpa twins. Hehehe (happyla sebab tak tahu sakit beranak cam mana kan hahaha)
Esoknya 23.05.2017 masuk office kejap, siap boleh breakfast and gelak gelak sebab nanti 2 bulan tak jumpa diorang ni. Rindu nak breakfast sama sama nanti. Buat kerja sikit and pesan apa apa yang patut. Boleh je contact lagi nanti through Whatsapp sebab belum beranak lagi pun kan.
2nd Class Hospital Ampang (Air-cond ) : RM160/day
Hari terasa begitu lamaaaaa. Hahaha.. Husband teman dari Zohor sampai lah Maghrib. Lepas tu mula la keboringan. Sakit pinggang, lenguh - lenguh tu biasa la. Sebab tak biasa dengan katil hospital kan. Dari mula warded lagi dah di aim oleh adik adik Practical sebab diorang nak buat report apa entahla. So ada lah belas - belas orang datang pegang perut, picit perut, golek - golekkan perut. Tak sakit so redha kan jelah diorang nak buat apa pun. Katanya untuk exam hari Khamis 25.05.2017 nanti.
Siap pesan, akak jangan beranak lagi 25.05.2017 tu nanti kitorang punya exam kena cerita pasal akak. Kalaula akak ni tahu kan dik bila babies nak keluar kannnnnnnnnnn.
Dalam sehari tu ada lah kot 3 kali nurse datang check perut nak check jantung baby ok ke idok. Sebab dalam perut ni ada dua, processnya jadi lama laa.. Yang pagi - pagi buta tu paling lama nurse check. Sebab baby kanan ni tidur. Sabor jela maknya kan. Yela pukul 3pagi mestilah baby tidur kan.
Bila dah warded ni pun ada lah sekali, dua kali, tiga kali doctor datang check bukaan. Haha. Dahla tak selesa diorang duk seluk seluk lepas tu static 2cm je dari pagi semalamnya. Sedih pun ada. Tapi doctor dah cakap since everything is okay, so diorang akan induce saya pagi 24.05.2017 tu. So bersedia lah dalam 10jam lepas tu insyaAllah boleh beranak. Wow excited lagi.
Tapi at the same time cuak jugak sebab ada baca orang cakap bila induce ni sakit dia double triple dari yang sakit normal tu. Sebab induce ni dia cakap macam paksa bersalin, bukaan akan lebih cepat buka sebab tu sakit berganda. Tapi apa saja untuk babies. Sebab diorang tak boleh membesar dalam perut ni. Tak muat hahaha
So bangun pagi subuh tu, mandi, solat dan doa semoga semua dipermudahkan. Masa ni tak nervous lagi. Rilek lagi. Ingat doctor cakap semalam nak induce pukul 7pagi. So kita ni get ready jela. Diorang memang dah explain siap siap macam mana prosedur induce tu. Senang bila kita faham, kita tak panic. Doctor baik, nurse baik. I like Hospital Ampang. Tetiba. Hahaha
Sebelum induce : Sempat lagi wish " Happy birthday umiiii. Semoga cucu2 umi tubek hari ni sebelum tengahari mcm katik hahahahaha " Tubek = keluar in kelantanese hehehe. Lepas tu umi balas " Tq, klong relax, semoga semua nya baik2 belako, InsyaAllah " rajin pulak search dalam Whatsapp haha
Tiba - tiba , nama 2 orang pun dipanggil untuk induce, saya dan kakak katil sebelah. Kakak sebelah ni lagi panic sebab dia cakap dah lama tak beranak. 7yrs ago. Takut nak beranak sebab tu la jarak dengan abang baby tu 7yrs haha.. Adui comel akak ni. Lepas dah masuk bilik doctor, doctor pun datang cakap okay siapa nak induce dulu? Kakak tu tunjuk saya. Hahahampeh kakkk. Saya pun tiba tiba nervous wey hahahahaha takpelah sebab dia lagi takut dan panic, saya pun redha jela untuk di induce T_T
Sebelum induce doctor check bukaan lagi T_T Doctor cakap kalau ada progress dari semalam even 1cm pun tak perlu induce, wow happynya!! Tapi panas ku sangkaan hingga ke petang.....rupanya masih 2cm lagi. So induce jela. Bila dia masukkan ubat tu rasa sakit sikit jela. Cuma tak selesa sebab rasa macam ada benda bawah tu. Dia saiz kecik je ubat induce tu.
Doctor cakap nanti pukul 1 dia akan check bukaan lagi. Lepas je keluar dari bilik doctor tu kena terus baring dekat katil tak boleh bangun untuk sejam. Kencing pun tak boleh! No! Hehehe
Dah cukup sejam baru bangun makan breakfast. Sambil - sambil breakfast tu borak dengan kakak katil sebelah tadi, Dia cakap dia tak sakit lagi. Kakak tu warded sebab baby dia dah overdue. Kenalan saya dekat Hospital ni mostly ibu ibu yang overdue.
So pukul 12 tu husband datang melawat, baru la happy sikit. Sembang sembang, sambil tunggu nak makan lunch pulak. Pastu nak kena check bukaan dah yahuuuu. Masa tu pinggang ada lah sengal sengal sikit. Tapi macam tak yakin je ada bukaan. Tapi tak apalah check je. 3cm yahuuu. Doctor cakap pukul 4ptg nanti boleh masuk labour room. Babiessss come to mamiiii.
Sambung makan lagi. Hahahahaha nak beranak kan kenalah makan banyak! Sambil tunggu labour room kosong jugak tu. Makan and layan contraction yang makin memunculkan diri. Makan lunch pun dah tak senang. Kejap bangun, kejap duduk. Duk gitu jela sampai betul betul dah tak boleh habiskan lunch sebab sakit pinggang melampau dah. Hahaha.
Akak sebelah tadi dari pukul 12 dia dah sengal and sakit sakit. Bila pukul 1 check bukaan tu dia dah 4cm or 5cm kot. Laju kan! So dia masuk labour room dulu around 2pm 3pm gitu, bila petang je husband saya nampak husband dia, tegur lah and husband akak tu cakap dah beranak!! Wow lajuuuu. Saya pun nak macam tu jugakkk ahahaha.
Pukul 5pm baru ada bilik kosong and saya ditolak ke labour room. Hehehe dah nak berjuang pun still happy happy senyum senyum! Sebab sakit tak power lagi bolehla senyum kan.
Bila dah masuk labour room tu terus nurse suruh baring sebab ada beberapa procedure lagi nak buat. Husband tak boleh masuk lagi time ni. Doctor datang nak masukkan wire apa entah dekat bawah. Katanya wire tu untuk check heart beat baby supaya lebih accurate. Dia nak sangkutkan wire tu dekat kepala baby yang bakal keluar dulu. Penyangkut tu ada rupa mata kail gitu. Small size je and dia cakap it wont harm the baby pun. So okay la. Baby 2nd diorang check manual je melalui perut belah luar ni.
Saya skip part mata kail tu okay. Taknak la cerita part dia struggle nak sangkutkan mata kail tu. You all imagine sendiri la hahaha Tapi nasib baik doctor perempuan. Sedikit sebanyak selesa la jugak. Tapi tuhan je yang tahu keadaan masa tu. Hahaha selepas beberapa minit berjaya jugak doctor sangkut.Alhamdulillah. Lepas tu doctor lain datang and pecahkan air ketuban. Untuk bagi bukaan lagi cepat. Nurse pun datang nak cucuk ubat untuk cepatkan lagi bukaan juga.
So sekarang kiri kanan monitor heart beat baby tepi katil. Hehehe seronok tengok heart beat diorang tak tahu kenapa. Sakit yang datang ni macam bearable sebab perasaan nak jumpa twins lagi berkobar kobar sampai tak ingat sakit contraction.
Settle semua procedur nak dekat Maghrib. Baru la nampak batang hidung husband. Hampir 2 jam jugaklah saya dalam tu sorang sorang dengan nurse dan doctor.
Elok Maghrib je husband keluar balik untuk solat. Then check bukaan, masa tu baru 4cm T_T last check 3cm tu pukul 1 kan. Lamanya rasaaaaaa. Aduiii. Lepas tu nurse bagi gas sedut untuk khayal tu. Dia cakap kalau tak tahan sakit contraction, sedut je dalam dalam gas tu and ulang sampai sakit tu hilang. Memang banyak kali la saya sedut sampai khayal and tertidur. Hahaha.
Asyik duk pandang jam pukul berapa la nak beranak ni. Rasa lama betul dalam labour room tu. Dari pukul 8pm, 9pm, 10pm , 11pm.. memang setiap jam berjaga sambil tengok jam. Pukul 9 @ 10pm camtu ada lagi doctor datang check bukaan. Dapatlah dengar perkataan 5cm.
Macam setiap 2 jam baru naik 1cm kan. T____T
Lepas tu pukul 11 kot rasa macam contraction sangat. Suruh husband panggil doctor and doctor cakap baru 7cm. Doctor cakap lambat lagi ni nak 10cm puan. Mungkin pukul 2 3 pagi nanti baru bersalin.Tak tahu nak nangis ke apa. Sambung sedut gas and tidur lagi hahahaha
Bangun balik pukul 12 kot masa ni dah sedih sebab tak sama la birthday babies dengan neneknya. Hahaha sedih sebab tu je. Pastu sambung sedut gas and tidur balik. Serious gas tu memang khayal and buat kita rasa tak sakit sangat. Ni untuk saya la sebab saya cepat tertidur. Hahaha kalau tidur memang tak rasa contraction tu
Pastu terbangun lagi pukul 2 pagi. Rasa nak terkeluar sangat sangat baby, mintak husband panggil doctor lagi and doctor check baru 8cm. Tapi dia cakap kalau you rasa nak teran you teran la. Tengok baby nak keluar ke tak. Are you kidding me doctor. Hahaaha doctor cakap betul lah, sebab baby you kecil je I scan 2kg plus je. 8cm insyaAllah boleh. Amboiii saya terus laa get ready nak push..tapi dua kali push tak keluar pun? Hahahaha pastu doctor cakap betulkan saya cakap pukul 3 tadi T_T okay so tunggu jela 10cm ye.
Then back to square one, sedut balik gas and tidur. Hahahahaha Tiba - tiba terbangun lagi around 3am, marah marah husband suruh pergi cari doctor lagi (penat asyik duk cari doctor je HAHA), padahal masa tu dengar doctor and nurse tengah nak sambut baby orang bilik sebelah. Diorang duk jadi cheerleader. Hahaha. Tiba tiba dengar orang perempuan jerit kuat gila. Cuak sayaaaaa. Nanti aku camtu ke kejap lagi?? hahahaha
Then segerombolan doctor datang kerumun saya, mungkin betul prediction doctor tadi saya akan bersalin pukul 3? Sebab sebelum ni doctor tu datang sorang je tak ajak doctor dan nurse lain. Haha
Saya tak dengar doctor cakap dah 10cm saya cuma disuruh bersedia ke posisi bersalin je. Masa ni baru nervous datang. Haaa baru betul takut. Hahaha Saya pun ada cheerleader lah!! Hahahaha ada 3 Doctor pakar, 2 nurse dan 2 budak practical. Semua perempuan sorang je lelaki. Semua jerit jerit suruh push. Nak ketawa pun ada okay? Hahaha Ada sorang doctor pegang perut saya dari luar untuk hold kan position baby kedua saya supaya dia tak bergerak or berpusing dalam perut tu sebab bila abang dia dah keluar dia ada banyak ruang dalam perut nanti. Sekali dengan doctor tu akan guide dia untuk ke bawah dan ready nak keluar pula. Hihihi
Get ready nak push. Memula macam tak reti nak push, tapi bila cheerleader semua cakap betul cara saya, terus la bersemangat nak push kuat - kuat. Hehehe. Dua kali push tak berjaya lagi, tapi Doctor lelaki tu cakap dah nampak kepala. So apa lagi kali ketiga push dengan semangatnya maka keluarlaaaa Khalifah Allah swt saya yang pertama. Baby boy :") Settle yang first, jangan lupa ada lagi sorang ye? Hahaha
Bila contraction datang, saya cuba untuk push lagi. Dua tiga kali push still tak ada perubahan, so doctor suruh rest sekejap. Doctor yang pegang perut saya tadi still tak lepaskan perut saya tau. Sampai menggigil dia sebab nak hold baby kedua. Huhu Masa semakin mencemburui, baby kedua still tak ada tanda nak keluar. Lepas tu doctor pakar terus seluk sebab nak tahu dekat mana posisi dia, dia masih tinggi lagi tak turun turun. Siap ada halangan sebab dia letak tangan dia dekat kepala T_T mentang mentang dah luas, badan dia doctor pegang tak bagi gerak, dia pergi gerakkan tangan pula?? Doctor cakap kalau dia posisi macam tu memang impossible untuk dia keluar normal. Huhu
Nak dekat 30minit tunggu baby keluar untuk normal delivery, dia masih tak ada tanda untuk turun. Tangan pun posisi sama, heart beat dia pun dah semakin turun T_T Doctor terus laju laju siapkan saya untuk czer.. Tak kisah la apa - apa asalkan baby okay.
Saya dalam mamai tu kena sign surat untuk czer lepas tu terus ditolak ke Bilik Pembedahan. Last memori saya dalam Bilik Pembedahan tu sebelum kena bedah, saya kena marah sebab saya mamai and duduk pun bergoyang goyang T_T pakar bius nak bius belakang saya jadi lambat. T_T dapat je cucuk saya terus tidur tak sedar apa.
Sedar bila nurse panggil suruh confirmkan gender baby, Boy :") dan saya tertidur semula. Hahahaha
Normal Delivery : RM150
Cesarean : RM400
Charge ni untuk 2nd class patient. Kalau 3rd class saya tak tahu berapa.
Bila kena tolak keluar dari bilik tu, saya sedar dan nampak husband saya hehehe masa tu tak tahu pukul berapa. Nurse tolak saya sampai masuk ward balik. Rasa macam jauh je bilik pembedahan dengan ward. Sampai ward, saya dah sedar 50% kot dapatla cakap dengan husband, tanya dia pukul berapa, lama tak masa operation tu, tengok baby tak, baby okay tak. Sebab saya tak dapat tengok muka babies, nurse tunjuk bebird je hahahaha. Masa tu memang kebas dari bahu ke kaki. Dapat cakap je. Okla tu kan. So semuanya selamat walaupun berbagai rintangan hehehehe. Orang lain lagi hebat kot rintangan diorang.. Alhamdulillah for the precious gift Ya Allah.
Baby first : 3.53 am, 2.38 kg (normal delivery)
Baby second : 4.29 am, 2.37 kg (emergency czer)