Tuesday, 1 November 2016

PROMO SHAKLEE NOVEMBER 2016

November 2016 yang awesome!!


==========



Siapa yang nak kurus

Siapa yang nak detox

Siapa yang nak limpahkan susu ibu

Siapa yang nak gantikan panadol dengan yang lebih menyihatkan

Siapa yang nak kurangkan eczema

Siapa yang nak cepat sembuhkan demam dan selsema 



========== 


Lecithin buy 4 at price of 3

Vitalea for Children buy 4 at price of 3

Alfalfa (S) & (L) buy 4 at price of 3

Nutriferon buy 7 at price of 6 



#tsunamishaklee
#superstarshaklee
#TEAshaklee
#lifeamazing

========== 



Boleh hubungi nombor yang tertera

Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Atifah
017 3466 579


Tuesday, 10 November 2015

November 2015 Promo : Sustained Release Vitamin C ; Pengalaman saya

Assalamualaikum wbt..


Untuk November 2015 ni Shaklee Malaysia buat promosi untuk Sustained Release Vitamin C.


Sustained Release ni kalau dibahasa melayu kan bermaksud, lepasan secara berterusan. Apa pulak la yang lepasan secara berterusan ni kan? Ha ni la nak bagitahu betapa specialnya Shaklee develop vitamins dia sampaikan ada teknik perlepasan secara berterusan.



Okay 1 tablet Vitamin C Sustained Release ni ada 500mg Vitamin C. Yang sememangnya minimum pengambilan sehari untuk kita manusia biasa. Kita boleh ambil sehingga 2000mg Vitamin C setiap hari. So boleh ambil 4 biji setiap hari.



Pelepasan secara berterusan ni, kalau nak explain dengan cara mudah, Bila kita telan 1 biji Vitamin C SR Shaklee, 100mg Vitamin C akan dilepaskan setiap jam. Jadi Vitamin C SR ni bekerja selama 5 jam dalam badan kita. Haaa best kan! 


Kalau anda penggemar Vitamin C Chewable, ni nak bagitahu, 1 biji tablet Vitamin C Chewable tu hanya 100mg Vitamin C sahaja. Jadi kena makan 5 biji setiap 1 jam untuk dapatkan 500mg Vitamin C untuk badan untuk sehari. Selalunya Vitamin C Chewable ni untuk mereka yang susah nak makan Vitamin tablet. Yang susah nak telan ubat =P dan untuk kanak - kanak sebenarnya. Hehe





Kalau boleh, tukarlah kepada Vitamin C Sustained Release ya. ^_^



Pengalaman saya dengan Vitamin C Sustained Release ni, saya dah jadi kurang selsema. Kalau tidak, memang setiap bulan mesti akan selsema punyalah. Memang jenis antibodi tak berapa kuat. Kalau ada orang sekeliling saya yang selsema atau bersin berterusan, mesti dalam 4 - 5 jam selepas tu saya pun selsema sekali. Begitulah betapa lemahnya antibodi saya.



Sekarang saya dah jadi penggemar Vitamin C ni sebab letak dekat tepi monitor, jadi setiap kali buat kerja memang akan pandang botol Vitamin C Shaklee. Jadi automatik tangan akan capai dan telan 1 biji selepas breakfast around 10am dan juga 1 biji selepas lunch around 3pm.



Okay takat tu je cerita saya dan Vitamin C Sustained Release yang best ni. Assalamualaikum ^_^





Monday, 24 August 2015

A La Carte Buffet Dinner at China Treasure Sime Darby Convention Centre

Assalamualaikum wbt

After so many months. I am back people!! Busy tahap gaban!

So we shall start new entry after 5 months (?) with food entry. Hahaha


Kali ni dinner di China Treasure, Sime Darby Convention Centre. 

Kebetulan memang tengah cari tempat makan untuk celebrate anniversary yang ke-9 perkenalan. Cewah. So carila yang agak agak luar biasa tapi masih under budget. 

Saya buka Groupon.com untuk cari deal yang berbaloi baloi. Knowing me, I really loves groupon because for me it is worth it. For food deal especially. Ngehehe. So I found this voucher from rm120 jadi rm58 je. Siapa taknak! Lagipun halal fine dining. 

So I take a look at the menu. It is really really really worth it! Looks like all the menu are my fav food!! Hahaha

Terus rakus rakus click 'buy' ! Hahaha


Call for booking and I was really excited for the dinner.


The Sime Darby Convention Centre building was really easy to find. Just a little confusion for the restaurant it self. Luckily there's a few waiter are preparing for the tomorrow event i guess. So I ask one of them to guide us to China Treasure. It is on the 1st floor of the Convention Centre. Can easily access by lift or escalator.
Once we arrived, the manager I think guide us to our table and gave us the menu sheet. I already had in my mind what I want to eat since my partner gave 100% decision to me as he will eat anything that I order. 

Even he ask me to choose the drink either. Small matter. Done with the ticking. And now we wait.
Since we arrived around 8.20pm, the place already pack with 3 families I think. I love the decorations of the restaurant. There is a big aquarium for their fresh fish. Soon to be catch for our steamed tilapia . Muehehe

The food arrived after 15minutes. Cepatkan? Mungkin sebab kami je yang baru order. Orang lain dah tengah makan pun. Hehe

Mind you, the kitchen closed at 9pm everyday. So sila datang awal untuk puaskan hati dan puaskan perut.

Sila tatap gambar makanan kami di bawah. Restoran tu penuh dengan lampu kuning dan deco pun banyak warna gold, so gambar pun jadi kuning. Hahaha ( don't blame the camera )

Ni favourite saya. Suka salutan dari kuning telur masin tu. Addicted 

Ni pun sedap! udang fresh. cuma leceh nak kena kopek kulit je hehe

Ya ampun. Ni lembut sangat! first time makan daging rusa. Recommended

Sebagai penggemar ikan, saya recommend dish ni! isi dia fresh. kan saya cakap dia ada aquarium dalam restaurant tu

untuk ini, saya rasa biasa biasa je. mungkin sebab saya bukan penggemar itik. Hehe tapi sos dia not bad. rasa manis manis. Daging dia tebal dan padat!

Ni sup dia pekat. isi tak kedekut. banyak isi ketam dan scallop. untuk 2 orang makan memang banyak

hidangan ni dia bagi free. sebab kami makan menggunakan voucher groupon. udang dia fresh dan besar gilaa.. walaupun penat nak kupas kulit tapi saya puas hati. hehe. sos dia pedas manis macam tu.

This is how my plate looks like all the time.
Dari atas ikut arah jam, prawn cereal and oat, salted fish fillet, itik, daging rusa, ikan tilapia!


Kami order Jasmine Green Tea in a teapot. cukup untuk 2 orang. dapat 2 cawan sorang. RM9.60 including GST.


Jadi jumlah kami makan haritu RM58 + RM58 + RM9.60 = RM125.60


Overall, puas hati sebab kenyang sangat. cuma sedih sikit tak sempat merasa signature dish dia. Egg yolk bun. Ramai orang cakap best. Takpe takpe. Next time ada lagi groupon untuk dinner atau dimsum, pasti kami beli lagi. Hahaha



China Treasures , 
Address: Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Phone:+60 3-2089 3788




Wednesday, 11 March 2015

PROMO MARCH 2015 : ESP, ZINC COMPLEX, VITALEA FOR CHILDREN

Assalamualaikum wbt..


Semalam cuba selfie dekat office, guna front camera. Guess what, muka dah tak banyak parut. Hehehe


Masalah saya, muka teruk berjerawat, berminyak dan banyak parut. Dan ini pun ada lagi nampak gelembung gelembung si jerawat nak tumbuh lagi T_T


Takpelah, saya berharap lepas ni jerawat tu hanya false alarm. 


Okay nak cerita macam mana muka dah semakin okay.. Saya start ambil Vitamin C dan Zinc Complex. Dua ni adalah Set Jerawat Bajet untuk muka berminyak. Untuk pengetahuan semua, kalau muka berminyak memang senang sangat jerawat nak tumbuh. 


Oleh itu, kerapkan basuh muka. Kalau boleh setiap kali ambil wuduk, basuh muka. Kalau rasa leceh nak cuci dengan pencuci muka tu, guna je air paip tu. Cara dia mula mula basahkan muka, dan tenyeh setiap pelusuk muka dengan air paip tu. Ulang 2 kali insyaAllah muka tak berminyak. Tapi kena buat setiap kali ambik wuduk. Supaya jadi rutin dan muka pun bersih dari bintih putih tu. Hehehe


Okay melalut. Sebenarnya nak cerita PROMO SHAKLEE untuk MARCH 2015.


MasyaAllah best best best


Apa dia PROMO MARCH 2015 tu??


ESP SHAKLEE
ZINC COMPLEX SHAKLEE
CHEWABLE VITALEA FOR CHILDREN SHAKLEE


Wahhhh!!


Paling best mestilah ESP (Energizing Soy Protein) kan!!


Okay jom jom jom dapatkan Product Promo bulan March 2015 ni



Monday, 9 February 2015

Kelebihan dan kebaikan minum air masak

SEBAB PERLU MINUM AIR MASAK





Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.

Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-

Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)


Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).


Air tidak dinafikan merupakan sebatian kimia yang paling penting di atas muka bumi. Ia merupakan tunjang kepada kehidupan. Ia juga merupakan faktor utama mengapa bumi terpilih di antara planet-planet yang lain sebagai kediaman mutlak untuk semua jenis hidupan, memandangkan bumi adalah antara planet yang terlembab dan kaya dengan air. 70.9% daripada permukaan bumi adalah air.


Sejarah juga telah menunjukkan, terbentuknya tamadun-tamadun besar adalah disebabkan oleh air. Wujudnya tamadun Mesapotamia adalah disebabkan wujudnya Sungai Tigris, manakala hidupnya tamadun Mesir kuno adalah disebabkan hidupnya Sungai Nil yang sentiasa mengalir sepanjang tahun tanpa henti. Ia merupakan asas keperluan nombor satu manusia! Kita mungkin boleh hidup selama sebulan tanpa makanan, tetapi tanpa air, kita mungkin akan mati tak sampai seminggu!


Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat daripadanya. Menyuruh seseorang itu untuk minum air bukan bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, kopi tarik, atau segala jenis minuman yang manis-manis. Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, nampak rupa fizikalnya seperti air, dan rasanya juga seperti air. Air apakah itu? Tentulah ianya “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong”.

Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong dengan secukupnya.


1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin atau kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (ia akan dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).


2. Sifar Kalori @ Zero Calorie
Sebab dia kosong, jadi memang tiada tambahan lemak, tiada tambahan kolesterol dan sebagainya. Minum lah sebanyak mana pun, tiada apa yang terjejas, malah semakin baik dan elok untuk tubuh badan.


3. Sumber Alkali termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic atau asid. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkali semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.


4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.


5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.


6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.


7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.


8. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.


9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.


10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan.




Thursday, 5 February 2015

BFF TRIP : Langkawi Island, Malaysia - Part 2

Nak baca episod sebelum ni tekan sini - Part 1


Flight kami dari KLIA 2 pukul 6.25ptg 15 November 2014 dan landed di Langkawi International Airport pukul 7.15pm. Cuaca dari KL hujan renyai renyai. Sampai sana pun dah Maghrib dan tak nampak laut pun. Nampak lampu je dari atas. Sedihhh T_T .. 


Dah sampai dalam kawasan airport tu, banyak kaunter perlancongan yang bukak. Sekali pandang macam tempat beli tiket bas pun ada. Banyak promotion yang bersesuaian untuk sesiapa yang jadi pelancong di Langkawi.


Kami sempat ambik banyak pamplets dan catalogue. Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan rupanya di Langkawi ni. Saya ingat Mahsuri dan Tasik Dayang Bunting semata - mata. Maafkan daku T_T


Sampai di pintu hadapan airport pulak kami disapa oleh ramai orang yang memberi khidmat kereta sewa. Memang banyak! Dan bising sikit. Haha



Nasib baik kawan kitorang memang dah ada book dengan sorang brader ni, so keluar je dari main door airport tu, terus je la cari brader tu. Sebab dia memang dah tunggu kitorang. Dia sediakan Myvi Putih untuk kami berempat, mula mula ingat muat la kan Myvi sebab kitorang 4 orang je kot! Rupanya lupaaaaa.. Luggage kami. Hahaha ni memang lawak T_T


Myvi Putih / Auto / 1 hari RM90


2 beg je muat dekat bonet Myvi tu, lagi 2 kena pangku. Terus dah imagine nanti last day macam mana? Chocolate? Souvenir? Hahahaha takpelah kami pasrah hahaha


Kitorang sewa Myvi tu 3 hari .. Sebab kitorang sampai pun dah lepas Maghrib. Lepas ni flight balik KL nanti pkul 7 lebih juga. So total RM270 la kitorang bayar. Tak ada deposit sebab kawan kitorang dah memang kenal lama dengan company tu. Hehe


Keluar je dari Airport kitorang terus ke Hotel yang telah di booked. Kitorang pilih Simfoni Resort. Nama je Resort ye, tapi dia jauh dari pantai, hehehe dekat dengan Pekan Kuah. Rasanya dalam 10 minutes drive ke Pekan Kuah yang famous tu.

Simfoni Resort
Lot 1-13, Bandar Kuah,
Jalan Taman Pelangi,
07000 Kuah,
04 - 969 8989
(Landmark : Belakang Langkawi Parade Megamall)

Kalau korang dari jalan besar, InsyaAllah tak terlepas simpang dia, sebab ada signboard besaaarr dengan lampu lagi. Cuma kalau siang mungkin tak perasan. Hehehe


Masuk bilik je terkejut sebab not as expected sebab masa kitorang usha hotel ni through online, kitorang imagine biasa - biasa je sebab serious murah weh. Ni pun ambil dari Groupon. Kebetulan sangat!

Kitorang stay dekat Simfoni Resort ni 15 November 2014 - 17 November 2014. Check in pukul 8malam, check out pukul 10 pagi sebab nak ke motel seterusnya!


Simfoni Resort 2 hari tu RM300 je untuk 4 orang ( 3 hari 2 malam). Bilik dia MasyaAllah sangat selesa. Mini apartment concept. Plus, it is very comfortable, very cosy, very clean and neat. Cuma jauh sikit nak menapak sebab bilik kami hujunggggg sekali. Tingkat 3 boleh naik lif. Hehe Interior hotel dari Lobby ke Lift ke bilik pun just nice and pretty.


Banyaknya cerita pasal Hotel. Padahal Part 1 dah ada gambar gambar kan.


Okay lepas dah letak beg dan rehat sekejap, kitorang keluar balik sebab nak ternak lemak. Padahal dekat Putrajaya Central siang tu pun dah makan dah.


Disebabkan kawan kitorang sorang tu memang kerap ke Langkawi , so dia suggest untuk makan malam di Veena Restoren. Saya tak pasti lokasi dekat mana, tapi area Pekan Kuah jugak la.


Kitorang order nasi putih 4, sotong goreng tepung untuk 2 orang makan, tomyam campur untuk 2 orang makan, telur dadar, sayur campur. Sotong dengan tomyam dia memang banyak! memang macam order untuk 4 orang makan. Fuhh kenyang gila kami malam tu. Total makan malam tu RM71.20. Divide by 4 cuma RM 17.80. Berbaloi sebab sedap dan kenyanggggg!

Veena Restaurant, 
Jalan Persiaran Mutiara atau lebih dikenali dengan nama Trimula.
credit : here





Lepas tu kami terus balik hotel untuk rehat dan merilekskan perut yang kekenyangan. Hehehehe

Wednesday, 4 February 2015

Sakit Sendi - Cerita elakkan tulang reput dan kebas kaki

Assalamualaikum wbt..


Hari ni terpanggil untuk share tentang sakit sendi. Memandangkan saya pun pesakit yang sakit sendi (?) hahaha


Nak cakap yang saya pun selalu / kadang - kadang / pernah / sedang sakit sendi hahahaha. Ikut suka sendi ni la dia nak sakit bahagian mana pun. Tapi yang selalunya sakit sendi dekat lutut dengan sakit sendi dekat area siku dan lengan.


Macam lenguh kot? Memang tak selesa, asyik nak stretching je. Setiap 5 minit akan bangun betulkan pinggang dan exercise tangan. Hm pinggang pun tak selesa juga kadang kadang. Haha banyaknya penyakit hamba Allah sorang ni T_T


Ni belum kahwin dah sakit macam - macam, kalau dah kahwin lepas tu beranak pinak nanti macam mana pula? T_T


Nasib baiklah saya cepat kenal Shaklee ni, so senanglah kalau nak makan supplement apa - apa just tengok pamplet je, lepas tu terus start enjin kereta and GO! Ala Sri Rampai je.. dekat je. Kalau malas nak drive, click click je lepas tu nanti Shaklee poskan. Alahai mudah sangat bila ada Shaklee online ni!


Eeee menyimpangnya cerita!


Okay so apa yang saya consume bila saya dah start sakit lutut, sakit pinggang, lenguh lenguh badan ni??


Saya hanya consume OSTEMATRIX dan OMEGA GUARD. 





Mula - mula dulu makan Omega Guard sebab nak redakan Asthma, tup tup lutut dan kaki macam dah jaraaaangggg cramp!


EH? PENANGAN APAKAH INI? 


Lepas tu saja - saja la belikan Umi Abah OSTEMATRIX sebab katanya OSTEMATRIX ni boleh prevent Osteoporosis? Osteoporosis ni mengikut kefahaman saya, adalah penyakit tulang reput!





Ehhhh saya sayang Umi Abah saya sebab tu saya taknak tengok diorang susah nak solat, susah nak jogging, susah nak naik tangga. Saya tak suka parents saya sakit. 


So saya sediakan payung sebelum hujan = OSTEMATRIX!


Saya pun makan juga lah OSTEMATRIX ni. So apa yang saya perasan, lutut saya dah jarang berbunyi, kaki dan betis saya jaraaanggg cramp atau lenguh lenguh.


Lepas tu pinggang saya semakin okay. Kalau dulu bila lama sikit basuh pinggan dekat sinki, ha mulalah nak mencari tempat duduk sebab nak betulkan pinggang. Ni tak tau kenapa. Tiba tiba je terus sakit dekat area pinggang ni kalau 5 minit fokus basuh pinggan dekat sinki tu.


Serious macam orang tua kan??!!! T_T


Lagi 1, bila consume OSTEMATRIX ni, kita jadi senang tidur malam. Haaa kalau siapa siapa yang rasa selalu terjaga tu mungkin boleh cuba OSTEMATRIX ni. Tapi bila dah terjaga tu maksud dia ALLAH SWT kejut suruh ingat Dia. Hehehe solat sunat 2 rakaat dulu lepas tu baru tidur balik okay? *Tiba tiba bagi nasihat hahaha





Kalau berminat dengan SET SENDI SHAKLEE, boleh roger roger saya yer. Saya beri consultation terbaik hanya untuk customer saya yang tersayang InsyaAllah





Pengedar Shaklee, Cara Daftar Ahli dan Cara Beli Shaklee Online

Senarai Pengedar Sah Shaklee
  1. Pengedar Shaklee Alor Setar : COD Area Jitra / Alor Setar
  2. Pengedar Shaklee Jitra : COD Area Alor Setar / Jitra
  3. Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil
  4. Pengedar Shaklee Klang : COD Area Klang / Kapar / Meru / Setia Alam
  5. Pengedar Shaklee Seremban : COD Area Seremban / Seremban 2 / Panchor
  6. Pengedar Shaklee Ampang : COD Area Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / Sri Rampai
  7. Pengedar Shaklee Temerloh : COD Area Temerloh
  8. Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : COD Area Kuala Lumpur / Cheras
  9. Pengedar Shaklee USJ : COD Area USJ / Subang Jaya / Sunway
  10. Pengedar Shaklee Puchong : COD Area Puchong / Kinrara
  11. Pengedar Shaklee Kuantan : COD Area Kuantan
  12. Pengedar Shaklee Shah Alam / Subang Jaya : COD Shah Alam / Subang Jaya
  13. Pengedar Shaklee Miri : COD Miri / Brunei
  14. Pengedar Shaklee Cheras : COD Cheras / Ampang / Hulu Langat
  15. Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam : COD Klang / Shah Alam

  16. Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

    Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2016 ada di sini.


    Cara Beli Produk Shaklee Online

    Order Produk Shaklee Online melalui link yang disertakan di bawah
    1. Buy Shaklee Online Malaysia - For english user, buy Shaklee directly from Shaklee HQ
    2. Beli Shaklee Online Malaysia - Beli Shaklee daripada Pengedar Shaklee Bertauliah
    3. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...