PCOS
Apa itu PCOS? Saya rasa masih ramai lagi di sekeliling kita yang tidak tahu mengenai PCOS. Macam mana ia terjadi. Ada ke cara untuk merawat PCOS dan sebagainya. Saya, sebagai contoh baru sahaja pertama kali mendengar mengenai PCOS sejak menjadi ahli Shaklee awal tahun baru ni.
Jadi setelah beberapa kajian melalui internet dan pembacaan dan pertanyaan dengan orang sekeliling, dapat saya kumpul sedikit info mengenai PCOS dan bagaimana seorang pesakit PCOS juga mampu untuk hamil.
PCOS (Polycistic Ovarian Syndrom) juga dikenali sebagai hyperandrogenic anovulation yang merupakan gangguan endokrin yang paling biasa di kalangan kaum wanita. Dikatakan ada bukti yang kukuh bahawa ia adalah sebahagian besarnya berpunca daripada penyakit genetik. PCOS akan menjadi salah satu penyebab seseorang itu kurang subur.
sumber : google.com
Simptom pesakit PCOS
~ Antaranya ialah haid tidak teratur dan mempunyai masalah ovulasi yang berkaitan dengan kemandulan.
~ Ketidakseimbangan hormon juga biasanya akan menyebabkan pertumbuhan jerawat yang kerap dan juga akan berdepan dengan masalah kegemukan.
~ Ingin diingatkan bahawa, sindrom adalah berbeza di kalangan wanita.
~ Ultrasound menunjukkan kedua belah ovari terdapat cyst-cyst kecil.
~ Terdapatnya ciri-ciri “hyperandrogenism” sama ada secara klinikal atau ujian darah. “Hyperandrogenism” adalah keadaan dimana seseorang itu mempunyai paras hormon androgen / testosterone(hormon lelaki) yang tinggi dalam darah. Secara klinikalnya,wanita ini cenderung untuk mempunyai masalah jerawat, alopecia( botak ) dan hirsutism( terdapat bulu-bulu halus berlebihan di muka, dada dan perut). Testosterone juga menunjukkan parasnya tinggi.
Apakah antara ujian-ujian yang dilakukan untuk menguji PCOS?
~ Paras serum hormone LH,FSH,Testosteron,Prolaktin,Tiroid
~ Ujian bagi hyperandrogenism adalah hormone DHEA dan SHBG
~ Ultrasound pelvis
Bagaimana Shaklee membantu meningkatkan tahap kesihatan untuk memiliki zuriat?
GLA Complex
~ GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kadar kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut,
~ GLA juga membantu meningkatkan lendir serviks (iaitu lendir yang bewarna putih telur ) yang berkualiti untuk melalui proses kesuburan. Cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari.
~ Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA akan ditukarkan kepada prostagdalin E1.
-- sebahagian info yang ditulis adalah dari artikel Dr Suhaimi.
Jika berminat dengan product yang berkenaan, sila hubungi saya di :
No comments:
Post a Comment