Assalamualaikum wbt
Tadi saya dapat message dari seorang kenalan. Bertanyakan product kalsium untuk anaknya yang berumur 5 tahun.
Beliau berkata gigi anaknya mudah reput. Jadi dia bertanya jika ada supplement untuk mengelakkan gigi anak semakin reput dan juga untuk kuatkan gigi anak.
Seperti yang kita tahu, gigi kanak kanak berumur 5 tahun dan kebawah kebanyakannya gigi susu. Gigi kekal akan mula tumbuh bermula dari umur 5 tahun dan keatas. Jumlah gigi susu adalah sebanyak 20 batang. Jika sudah berumur 13 tahun, selalunya gigi kekal sudah tumbuh kesemuanya 28 batang.
" Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak di negara kita antara paling banyak mengalami masalah kesihatan mulut, khususnya pereputan dan kehilangan gigi, serta menjalani rawatan tampalan.
Dr Teo berkata, pereputan gigi kanak-kanak biasanya bermula dari atas (hujung gigi) manakala bagi orang dewasa masalah pereputan berlaku di celah-celah gigi.
Bakteria dalam mulut akan bertindak ke atas makanan yang tertinggal atau terselit di celah gigi, ini akan menghasilkan lapisan melekit berwarna putih kekuningan yang di panggil plak.
“Jika gigi tidak dibersihkan dengan baik, lapisan bakteria ini akan terus membiak. Apabila kita makan makanan bergula atau berkanji, bakteria akan menghasilkan asid untuk menyerang enamel (lapisan luar gigi). Kehadiran plak akan memudahkan asid melekat pada enamel, lama kelamaan menyebabkan gigi reput dan berlubang. " - google,com
sumber : google.com
Jadi bagaimana caranya untuk menjaga gigi susu kanak - kanak dari reput :
1) Terhadkan makanan manis untuk kanak - kanak. Bukan kata tidak boleh, tapi kurangkan kuantiti.
2) Jangan biarkan kanak - kanak yang menyusu botol, untuk tidur sambil menyusu. Susu tu sebenarnya manis. Galakkan mereka untuk minum susu dari cawan bermula dari umur 2 tahun.
3) Kenalkan kanak - kanak dengan doktor gigi. Mulakan jika kanak - kanak sudah mula tumbuh gigi susu. Dalam lingkungan 1 tahun dan keatas
4) Ajar kanak - kanak yang bermula dari umur 2 tahun untuk menggosok gigi menggunakan ubat gigi berflorida
5) Boleh dipraktikkan, selepas kanak - kanak minum susu, ibu bapa mengelap bahagian gigi kanak - kanak dengan kain lembab.
6) Semasa mengandung, ibu harus banyakkan pengambilan kalsium. Kerana difahamkan gigi kanak - kanak sudah terbentuk dari dalam kandungan lagi.
No comments:
Post a Comment