Wednesday, 14 January 2015

Tips memilih buah delima

Tips memilih buah delima


Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela dan kulit buah delima tu tak merekah-rekah.


Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnya dahulu dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Isi buah delima boleh dikopek macam kita makan buah limau bali tu hehehe


Fakta mengenai Buah delima


Delima atau Punica granatum - sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh dan ia boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.


Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.

Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.

Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769.

Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.

Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.

Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.

Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.


Khasiat Buah Delima :

Melawan penyakit gout

Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak

Merawat ‘sinus’

Meningkatkan tenaga

Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan

Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya

Menormalkan fungsi hati

Menstabilkan peredaran darah

Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi

Mencuci darah kotor

Antioksida yang tinggi

Menstabilkan paras kolesterol

Mencegah penyakit jantung

Mencegah penyakit barah

Merangsang tenaga batin


Amalan makan buah delima setiap hari akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.




Jus Buah Delima

Ni jus delima kegemaran saya.. sedaapppp!! Boleh dibeli dimana mana kedai arab berhampiran anda. Hehehe saya tinggal di ampang, so memang senang nak cari kedai arab ni hehehe



Ni pati jus delima, kena bancuh dengan air masak atau air suam atau air sejuk. 


Kenapa saya suka Shaklee

Assalamualaikum wbt..


Bulan ni target 50 entri sebulan. Sebab tu kena banyak mencari ilmu, banyak membaca dan rajin menulis. Hehehe


Cabaran untuk diri sendiri, sebab nanti saya yang nak kaya.. bukan orang lain. Saya nak tolong ramai orang. Dan demi memenuhi impian saya yang satu tu, saya kena kaya. Mesti kaya. 


Sendiri nak kaya, sendiri la kena usaha kan, kenapa sendiri nak kaya tapi tak ada usaha kan.


Okay lari topik. Topik harini ialah Kenapa Saya Suka SHAKLEE.


Kenapa saya suka Shaklee??


1) Sebab Shaklee memang produk yang betul betul memberi kesan kepada saya


2) Sebab Shaklee memang terbukti paling best, kerana Shaklee dah ada hampir 100 tahun dalam dunia ni


3) Sebab product Shaklee membantu saya sihatkan badan, bantu saya elak penyakit bukan bukan


4) Sebab Shaklee lah, parents saya semakin cergas dan bertenaga ( part ni paling saya suka sebab saya sayaaaanngggggg abah dan umi saya hehehehe )


5) Sebab Shaklee bagi saya peluang untuk jana pendapatan tambahan, disaat orang lain terkontang kanting tengah bulan, saya pula dapat bonus. Ehehehe.. Tengah bulan pun saya boleh stabil dan rileks dan gembira






YOU ASK A BILLIONAIRE HOW HE MAKES MONEY...


And you ask me how can I be happy and smiling all day when everyone is afraid to approach tomorrow.


Just do what you love, and you cannot wait for tomorrow to come. ^_^



Tuesday, 13 January 2015

Vivix boleh bantu pelbagai penyakit

Assalamualaikum wbt


Harini saya nak share sedikit info berkenaan promosi shaklee untuk bulan Januari 2015.


Bulan Januari 2015 ni Shaklee Malaysia buat Promosi Buy 6 Free 1 untuk Vivix Shaklee dan juga Alfalfa Complex Shaklee!


Best gilaaa. Sebab selalu orang complain complain cakap Vivix mahal. Mahal pun diorang beli juga apa. Hehehe produk terbaik dipasaran kot. Memang terbukti boleh bantu sihatkan badan.


Siapa tak suka kan kalau badan sihat, jarang sakit, boleh bebas bersenam walaupun dah agak berusia. Plus point untuk ibu bapa kita, untuk pakcik makcik kesayangan kita dan juga atuk dan nenek kita yang comel lagi kiut tu. Hehehe


Ramai customer Vivix kami mula dapat kesan positif selepas seminggu je tau.


Lepas tu terus repeat order. Alhamdulillah.


Sebab mereka betul betul rasa keberkesanan dan betapa bestnya Vivix Shaklee ni, tu yang sanggup beli tiap tiap bulan.


Sebab mereka tahu, bila dah mula sakit, ubat ubatan , kos pembedahan dan kos merawat jauh lebih mahal dari sebotol Vivix tau..


Sempena promosi Buy 6 Free 1 January 2015 untuk Vivix Shaklee dan Alfalfa Complex, saya telah sediakan beberapa SET VIVIX + ALFALFA untuk bantu beberapa masalah berikut :


1) Membantu mengelakkan penyakit kanser
2) Membantu menurunkan kadar gula dalam darah
3) Membantu mereka yang kerap sakit belakang kepala
4) Membantu badan yang bertoksin
5) Mengurangkan sakit resdung
6) Membantu keputihan
7) Membantu bakar dan buang kolesterol
8) Membantu mengelak strok
9) Membantu mengelak gout
10) Membantu proses selepas bersalin
11) Membantu kesuburan
12) Membantu cepatkan penyembuhan selepas kemalangan
13) Awet muda
14) Membantu ibu menyusu
15) Membantu pesakit diabetic neuropathy
16) Membantu mengurangkan masalah pigmentasi
17) Membantu pesakit ekzema
18) Membantu mengurangkan jerawat



Terkejut tak betapa banyaknya Vivix dan Alfalfa boleh bantu ??



Saya boleh cadangkan je.. Lebih lebih kena jadi customer saya dulu baru saya guide dengan betul InsyaAllah..



Vivix dan Alfalfa hanya boleh bantu sihatkan dalaman kita. Bila kita sihat dalaman, insyaAllah penyakit yang kita takuti akan beransur pergi. InsyaAllah





Tips : Cepat sembuh demam

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (97.7–99.5 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan . Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.


Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.



Demam berbeza daripada hiperthermia luar kawal, biasanya dirujuk hanya sebagai hiperthermia, dari segi hiperthermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi titik set pengawalansuhu badan, akibat penghasilan suhu melampau/ pengawalan suhu yang tidak mencukupi.


Suhu badan mempunyai julat yang besar.

Demam biasanya dikatakan jika :

Suhu pada dubur adalah atau melebihi 37.5–38.3 °C (99.5–100.9 °F)

Suhu pada mulut (oral) adalah pada atau melebihi 37.7 °C

Suhu pada ketiak (“axillary”) atau pada telinga (“otic”) adalah pada atau melebihi 37.2 °C (99.0 °F)

Pada orang dewasa yang sihat julat bagi suhu mulut adalah 33.2–38.2 °C (91.8–100.8 °F),

bagi dubur ia adalah 34.4–37.8 °C (93.9–100.0 °F),

bagi selaput tympanik ia adalah 35.4–37.8 °C (95.7–100.0 °F)

dan bagi ketiak (“axillary”) ia adalah 35.5–37.0 °C (95.9–98.6 °F).[5]

Suhu badan mungkin meningkat selepas aktiviti berat tetapi ini tidak dianggap sebagai demam kerana titik set suhu badan adalah normal. Orang tua memiliki kurang keupayaan bagi menghasilkan haba badan, dengan itu suhu tahap rendah mungkin juga mewakili penyakit asas yang serius.





Tips : Cepat sembuh demam

1. Minum air dengan banyak.

Elakkan tekak kita kering dan sakit. Ia juga boleh mengelakkan hidrasi pada badan, air boleh bantu buang toksin dalam badan.


2. Wap Air dan Mandi Air Panas

Mandi air panas dipercayai boleh membantu hilangkan demam. Cara lain adalah dengan menggunakan wap air yang dimasukkan dalam besen, dan hidu wap panas itu. Ia boleh hilangkan hidung tersumbat. Dengan suhu tinggi itu, dipercayai ia boleh membantu mematikan virus melalui saluran pernafasan.


4. Sup Panas
Dari sumber orang barat, sup panas adalah salah satu cara tradisional untuk membantu baik dari demam. Selain ia mempunyai kandungan air yang tinggi untuk elak hidrasi, ia boleh membantu mengurangkan jangkitan virus melalui wap panas. Ada juga pendapat menyatakan bahawa ia juga boleh mengatasi masalah pernafasan ketika demam.


5. Gunakan wap humidifier
Humidifier bagus untuk tambah wap dalam udara. Rongga pernafasan pun akan bertambah lancar apabila guna humidifier, dan melegakan hidung tersumbat. Perlu diingat, penggunaan humidifier pun kena dipantau supaya tiada kulat disebar bersama wap.


6. Rehat
Orang demam perlukan lebih rehat. Kena rehat, rehat dan rehat. Badan yang cukup rehat boleh lawan virus dalam badan dengan lebih berkesan dan cekap. Sekiranya demam, anda disaran duduk rumah dan matikan telefon bimbit. Cubalah untuk rehatkan mental dan fizikal.


7. Kumur-kumur dengan air garam.
Sakit tekak akan menyebabkan demam semakin teruk. Kumur dengan air garam dipercayai boleh membantu mengurangkan sakit tekak. Larutkan setengah sudu garam ke dalam segelas air dan kumur sebanyak 5-6 kali.


8. Jangan merokok
Merokok akan menyebabkan demam bertambah teruk. Simptom demam seperti sakit tekak dan sakit kepala akan lebih memudaratkan jika merokok. Cuba jauhkan diri juga dari perokok kerana ia mungkin menyebabkan kesan yang lebih teruk dari merokok.


9. Kawal pemakanan
Makan makanan yang mengandungi vitamin C seperti sayur dan buah-buahan boleh membantu badan melawan virus punca demam. Vitamin C boleh menguatkan daya tahan badan kepada penyakit. Ia juga membantu sel darah putih untuk menentang virus.

Contoh makanan adalah:


~ Bawang putih
~ Madu
~ Peppermint
~ Oren, Lemon, Anggur
~ Parsli, Kobis Bunga
~ Makanan yang mengandungi mineral Zink


Rawatan demam dengan Shaklee

Vitamin C Sustained Released
Garlic Complex

cara makan hanya kepada customer kesayangan saya ^_^


Vitamin C juga mampu menguatkan sistem imunisasi seseorang, maka dia akan jarang demam. Wallahualam..



Doa sembuh demam panas



Doa Demam Panas

Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”
(sahih al-Bukhari, no. 3023)



Tuesday, 6 January 2015

Khasiat buah anggur muscadine dalam Vivix Shaklee

Assalamualaikum wbt..


Buah pisang, buah delima, kurma, buah anggur yang selalu disebut dalam Al Quran adalah buah-buahan syurga.


Tetapi harini saya nak fokus kepada buah anggur. Hehe


Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika.


Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman. Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia. Penanaman anggur di Malaysia cuma dimulakan sekitar tahun 1980'an.


Negeri Perlis adalah antara negeri yang maju dalam penanaman anggur. Ini kerana sifat semulajadi pokok anggur yang perlukan musim kemarau 3-4 bulan untuk menggalakan ia berbunga dan berbuah. Tanaman anggur perlukan cahaya matahari yang banyak dan curahan hujan yang kurang dari 800 mm setahun. Penyiraman atau hujan akan mengganggu kadar pengeluaran buah. Suhu yang sesuai antara 31 celsius dan suhu minima tidak kurang 21 celcius dengan kelembapan diperlukan lingkungan 75-80%.


Daun anggur itu sendiri boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangan dolma. Pokok anggur seringkali digunakan sebagai pokok makanan untuk sesetengah larva dari order Lepidoptera. Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Anggur



Anggur adalah sejenis tumbuhan yang hebat dan istimewa. Malah di dalam al-Quran ada disebut 6 kali tentang buah anggur. Anggur dikatakan antara buah yang dibawa dalam bahtera Nabi Nuh.


Ada pelbagai jenis anggur di dunia, dan salah satunya ialah anggur muscadine atau dikenali sebagai anggur muskat, yang dikatakan anggur paling istimewa. Wow bestnya.


Muscadine ,  adalah spesies yang berasal dari selatan Amerika Utara yang telah banyak ditanam sejak dari abad ke -16 . -Wikipedia-


Berry Muscadine muda kebiasaannya berwarna tembaga, dan perlahan lahan ia akan bertukar kepada warna ungu gelap kepada warna hitam pekat apabila masak . Anggur muscadine mempunyai kulit yang cukup keras jadi ianya susah untuk dimakan begitu sahaja. Anggur Muscadines bukan hanya boleh dimakan segar , tetapi ia juga boleh digunakan dalam membuat wain , jus , dan jeli .


Anggur Muscadine adalah sumber yang kaya dengan polifenol dan nutrien lain yang dikaji untuk manfaat kesihatan.


Dalam habitat semulajadi , anggur muscadine adalah tumbuhan yang penting untuk meningkatkan habitat hidupan liar. Ini kerana ia berfungsi dengan menyediakan perlindungan dan buah anggur muscadine boleh dimakan untuk pelbagai jenis haiwan.



Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom. Anggur hebat ini adalah satu satunya anggur di alam semulajadi yg mempunyai lebih satu kromosom, yg mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan ia berpotensi untuk memanfaatkn kesihatan, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan sumber antioksidan terbaik.


Anggur muscadine mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan ia hidup di kawasan ekstrem. Menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol.


Ia juga mengandung asid ellagik, sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.


Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial di zaman Mesopotamia (di antara negara Turki dan Iran).


Kini kita dapat nikmati kebaikan anggur muscadine atau muscat ini di dalam satu botol yang mudah dan penuh kebaikan.



VIVIX SHAKLEE




Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.


Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Penghasilan Vivix adalah berdasarkan kajian selama lebih 3 tahun dan Shaklee melaburkan jutaan Dollar US untuk tujuan kajiannya.



Tersenarai di atas adalah kebaikan, khasiat dan manfaat Vivix. Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.


Vivix bertindak dalam 4 cara :

1) Mempertahankan sel (cell defence)
2) Memberi tenaga kepada sel (cell energy)
3) Memperbaiki sel (cell repair)
4) Meningkatkan prestasi sel (cell performance)


Bulan January 2015 Shaklee buat BUY 6 FREE 1 VIVIX SHAKLEE


Memang murah!!


Kalau tak nak beli 6, beli 2 pun boleh


Buy 2 and get 5% OFF VIVIX SHAKLEE


Bestkannnnnn




Lagi Khasiat dan Kelebihan Buah Delima

Khasiat Dan Kelebihan Buah Delima 


Menurut kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh bahawa buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut.




Delima membantu untuk menghilangkan obesiti lemak, dan mengurangkan kebarangkalian pertumbuhan sel-sel adipos di perut mereka. Delima juga dikatakan dapat membantu mengurangkan asid lemak dalam darah, yang dikenali sebagai yang “Neva”. Selain itu, delima juga berupaya merendahkan tekanan darah dan juga membantu menghalang strok, serangan jantung dan penyakit buah pinggang. Banyak betul khasiat buah delima ni.


Para penyelidik pula menunjukkan terdapat faedah lain. Antaranya rawatan delima untuk demam bersuhu tinggi, sakit kepala, membantu penglihatan.


Jus delima digunakan pada kadar dua cawan sehari, dan akan membantu masalah hidung, mengaktifkan saraf , membantu keletihan dan menahan kesakitan.



Kelebihan Jus Delima Asli

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.


Delima Mengurangkan Berat Badan

Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan, Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan meningkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.


Delima Memberi dan Merangsang Tenaga Batin

Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima” kata penyelidik


Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Jus Buah Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”


Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung

Meminum Jus BuahDelima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda waktu malam. Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asi folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.


Delima Melawan Kanser Payudara

Kajian Penyelidik mendapati Jus Buah Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.


Delima Melawan Penyakit Jantung

Jus Buah Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.


Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.


Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolesterol

Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.


Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah

Jus Buah Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.



Foodilicious Kitchen, Shah Alam

Assalamualaikum wbt..


Akhirnya setelah berbulan bulan mengidam nak makan dekat Foodilicious Kitchen, saya dapat juga pergi semalam.


Kewujudan Foodilicious ni saya tahu melalui Instagram. Suka main click click, follow sana sini, tiba tiba terjumpa Instagram Foodilicous ni.


Gambar makanan makanan dalam Instagram Foodilicious ni tak payah cakapla. Memang nampak sedap! Lepas tu diorang rajin Re-post gambar gambar yang customer diorang tag. Hm lagilah saya tak sabar nak cuba.




Grilled Chicken Cajun RM13.90


7 Spices Lamb RM14.90



Ni Instagram Foodilicious Kitchen


Ada macam macam makanan wehhh!!


InsyaAllah lepas ni kalau berkesempatan ke Shah Alam saya akan pergi lagi untuk cuba menu lain


Foodilicious Kitchen, Shah Alam
Kompleks Anjung 7,
Seksyen 7, Shah Alam
Open Daily : Isnin - Ahad ( 6pm - 11pm )
Landmark : Belakang Unisel Shah Alam

Pengedar Shaklee, Cara Daftar Ahli dan Cara Beli Shaklee Online

Senarai Pengedar Sah Shaklee
  1. Pengedar Shaklee Alor Setar : COD Area Jitra / Alor Setar
  2. Pengedar Shaklee Jitra : COD Area Alor Setar / Jitra
  3. Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil
  4. Pengedar Shaklee Klang : COD Area Klang / Kapar / Meru / Setia Alam
  5. Pengedar Shaklee Seremban : COD Area Seremban / Seremban 2 / Panchor
  6. Pengedar Shaklee Ampang : COD Area Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / Sri Rampai
  7. Pengedar Shaklee Temerloh : COD Area Temerloh
  8. Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : COD Area Kuala Lumpur / Cheras
  9. Pengedar Shaklee USJ : COD Area USJ / Subang Jaya / Sunway
  10. Pengedar Shaklee Puchong : COD Area Puchong / Kinrara
  11. Pengedar Shaklee Kuantan : COD Area Kuantan
  12. Pengedar Shaklee Shah Alam / Subang Jaya : COD Shah Alam / Subang Jaya
  13. Pengedar Shaklee Miri : COD Miri / Brunei
  14. Pengedar Shaklee Cheras : COD Cheras / Ampang / Hulu Langat
  15. Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam : COD Klang / Shah Alam

  16. Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

    Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2016 ada di sini.


    Cara Beli Produk Shaklee Online

    Order Produk Shaklee Online melalui link yang disertakan di bawah
    1. Buy Shaklee Online Malaysia - For english user, buy Shaklee directly from Shaklee HQ
    2. Beli Shaklee Online Malaysia - Beli Shaklee daripada Pengedar Shaklee Bertauliah
    3. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...