Haiiiii.. sukanya nak cerita pasal impian diri sendiri. Suka bila nak jadikan impian dan angan angan menjadi kenyataan.
Saya tahu ramai antara kita ada angan angan. Nak pergi melancong. Nak kahwin dalam segala yang sempurna dan cantik serba serbi. Nak ada kerjaya dengan gaji lumayan dan banyaakkk lagi!
So nak cerita pasal impian saya.
1) KAHWIN
Sukaaaaa sangat! Bukan gatal tapi suka sangat hiasan masa majlis perkahwinan. Pelamin cantik. Hiasan lip lap lip lap. Segala urusan berjalan lancar. Pengantin mana tak suka kalau orang puji wedding dia paling vogue. Wedding dia macam artis sekian sekian. Haih saya suka berangan camtu. Hihi
Saya target nak kahwin 2015. Yela tahun 2014 ni pun umur dah menjangkau 26 tahun. Cantik sangat dah kalau kahwin time ni kan. So sekarang tengah kumpul duit. InsyaAllah target August 2015. Target je. Kalau cepat lagi best ^_^
2) RUMAH SENDIRI
Saya andaikan rumah atas nama saya ni tak adalah besar mana. Asalkan cukup untuk saya dan family kecik saya pun dah memadai. Ada berangan nak beli rumah sekarang dari abah. Dia memang nak jual dekat saya. InsyaAllah dapat beli rumah sekarang ni.
Sebab parents saya insyaAllah akan bermastautin di Kelantan. Tempat lahir mereka. Jadi akan merasalah kami 'balik kampung' hehe.
3) PERCUTIAN IMPIAN
Ya Allah kabulkan lah permintaan aku yang no 3 ni. Sebab dah lamaaaa sangat pasang niat nak bawak parents dengan adik adik bercuti luar negara. Selama ni parents dah banyak habiskan duit untuk percutian kami, maka this time biarlah saya pula yang belanja.
Saya teringin sangat nak pergi Paris. As most of my friends tahu.. saya sangat suka makan! Haha so tujuan nak pergi Paris ni sebab nak makan dessert!! Di samping nak tengok negara orang kan. Bila lagi nak merasa. InsyaAllah. Kabulkan permintaan dan impian aku yang ni ya Allah.
4) BEBAS HUTANG
Yesss. Memang nak bebas hutang. Saya ada 1 hutang je. Hutang kereta. Tapi mana tahu soon akan ada hutang lain. Memang nak sangat sangat bebas hutang. Nak tolong parents saya bebas hutang. Nak tolong adik adik saya bebas hutang. I love them so i want them to be like me. DEBT FREE! InsyaAllah.
5) MENGERJAKAN HAJI
Haa ini pun kalau boleh saya nak sponsor parents.. mertua.. dan adik adik.. apa lagi menyeronokkan dari pergi Haji sama sama dengan family tercinta. Mesti seronok sangat!
InsyaAllah InsyaAllah.
-----
Buat masa sekarang ni.. ini sahaja impian saya. Sebenarnya banyaaakkk lagi yang saya dah tulis. Tapi biarlah rahsia. Share dengan korang mana yang paling teringin je. Hehe
Tunaikan permintaan dan impian hambamu ini ya Allah.
No comments:
Post a Comment