Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah. Makanan semalam masih terngiang ngiang lagi.
Dalam keadaan macam ni laa yang tak sabar nak share dengan korang pasal Restoran Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Klang.
Ni sebenarnya plan makan makan dengan officemates. 7 orang dewasa. Staff sahaja. Boss takde. Haha lama jugak kami plan ni. Dari bulan Oktober 2014. Sebab duk tunggu gaji, lama sangat. Haha
Akhirnya tarikh 8 November 2014 dipilih. Kami ter-confuse sama ada nak makan di Bagan Lalang atau pun Tanjung Harapan. Sebab dua dua terkenal dengan Seafood.
Memandangkan hari sabtu adalah hari bekerja bagi sesetengah staff, maka kami pilih Klang sebab lebih dekat dan kurang penat kalau nak drive.
Perjalanan dari Ampang makan masa hampir 2 jam sebab kami sesat haha
Kami sampai dekat nak pukul 10pm. Time ni meja banyak dah kosong so kami bertujuh duduk je di tengah kedai. Nak pilih tepi muara, semua dah penuh. Tak apa lah.
Yang tak bestnya bila sampai lambat ni, banyak seafood yang dah tak fresh. Lebih malang, kalau habis T_T
Ketam dah habis. Sekian :(
Jadi kami pilih
^^^^^^^
Ikan Siakap Masak Sweet and Sour
Ikan pari bakar
Sotong celup tepung
Udang masak pedas
Lala masak pedas
Rojak
Telur dadar
Menu yang tak ada dalam gambar :
Tomyam ayam
Kangkung belacan
Udang celup tepung
^^^^^^^
Meja untuk 10 orang tu terus penuh hahaha padahal makan untuk 7 dewasa dan 3 kanak kanak
Banyak sangat laukkan.
Air order asing asing.
Paling saya suka sotong dia.. tak kenyal sangat tak lembik sangat. Batter dia rangup. Puas hati.
Makan sikit sikit slow slow sebab takut ending dia saya kekenyangan sampai tak boleh jalan.
So alhamdulillah taktik menjadi. Saya kenyang sangat tapi masih boleh kontrol jalan. Hahaha officemates lain semua dah sebu.
Makanan kitorang memang siap boleh tapau okay. Yelah pesen tamak haloba. Sotong 8 ekor, udang nearly 40 ekor atau lebih, ikan siakap seekor, ikan pari 2 potongan besar, lala 2 plastik, telur dadar, sayur dan rojak untuk 4 orang makan.
Alhamdulilah.. overall semua rasanya dalam rm454.00. Memang berbaloiiiiii!!!
Cubalah korang try pulak nanti. Hehehe. Kitorang tak book pun. Dan sebab sampai lambat..jadinya memang ada meja lebih.
So macam mana cara nak ke Muara Ikan Bakar ni?
Kami haritu waze je, taip Muara Ikan Bakar, insyaAllah jumpa. Tak jumpa juga cuba waze Northport (Malaysia) Bhd.
Bila dah sampai simpang 3 yang nampak Village Seafood tu, masuk kanan, dan terus je sampai nampak signboard MUARA IKAN BAKAR, lepas tu cari je parking, memang susah!! Hahaha Good luck!
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment