Wah untung jadi birthday girl
Ramai beratur nak belanja makan hihi
Setelah 3 hari berturut turut orang belanja Sushi King, maka hari ni kita tukar angin
Plan ni asalnya secara tak sengaja. Kawan ajak keluar dinner. Ajak pergi KLCC. Which is kinda weird. Ahaha sebab jarang sangat kitorang nak dinner dekat tempat ramai orang.
Dah berlegar sejam dalam KLCC.. Tapi tak masuk masuk kedai makan. Terus saya duduk dekat food court sebab lapar sangat. Dah syak dah diorang ada surprise. Sebab kenapa lama sangat pusing pusing dekat KLCC tapi tak duduk dekat restaurant atau pilih tempat dekat food court je. Hm
Kantoi laa plan nak surprise. Haha. Tiba tiba bestfriend saya sergah dari belakang. Poyo sangat.
Sebab dah lapar gila dekat sejam berpusing berlegar dalam KLCC, besfriend saya ajak dinner dekat Pepper Lunch Express dekat food court tingkat 4, KLCC
Facebook : PepperLunch Malaysia
Pepper Lunch Express,
Rasa Food Arena, Level 4,
Suria KLCC, 50088 Kuala Lumpur
Opening Hours Daily : 10am - 10pm
Rasa Food Arena, Level 4,
Suria KLCC, 50088 Kuala Lumpur
Opening Hours Daily : 10am - 10pm
Directions : From the main entrance of KLCC, go up to the 4th floor and head towards the food court at the end. Pepper Lunch will be on your left, inside the food court.
- dapat dari google -
Lagi satu..kalau jumpa Tutti Frutti dekat Ground Floor tu.. naik je escalator belakang Tutti Frutti sampai tingkat 4.. Pepper Lunch Express ni sebelah kiri dalam kawasan food court tu.
Wah bila tengok menu... amboii temptingnyaa.. yelah dari petang tahan lapar. Haha
So saya order BBQ Chicken Pepper Rice kalau tak silap. Tak sempat snap gambar sebelum sebab kawan saya cakap once dapat makanan kena terus gaul gaul bagi daging masak.
Sebab dia hidang dalam hot plate. Siap ada warning Caution Hot lagi okehhhh. Memang PANAS!! Boleh melecur lidah. Hahaha so siapa yang lapar sangat tak digalakkan makan dekat sini, sebab akan jadi tak sabar nak makan. Hahaha
Ni gambar nasi saya selepas digaul
Harga affordable. Sangat kenyang. Daging lembut. Sos sedap. Sup pun sedap. Overall memang puas hati..
Memang recommended! 5 bintang!
Ni pula pinggan selepas habis makan. Licin!
---------------------------------------
Ni ada few pictures yang saya ambil dari Facebook PepperLunch Express
Ni Salmon Pepper Rice
Ni Salmon and Chicken Pepper Rice
Teriyaki Chicken Omu Rice ( Omu tu telur )
Double Beef Pepper Rice
---------------------------------------
Harga menu dekat PepperLunch Express ni murah je. Dalam lingkungan RM10.90 - below RM30 per plate.
Ada kids meal juga. Tapi tak sempat nak snap.
No comments:
Post a Comment