Tuesday, 11 November 2014

Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Klang

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Makanan semalam masih terngiang ngiang lagi.

Dalam keadaan macam ni laa yang tak sabar nak share dengan korang pasal Restoran Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Klang.

Ni sebenarnya plan makan makan dengan officemates. 7 orang dewasa. Staff sahaja. Boss takde. Haha lama jugak kami plan ni. Dari bulan Oktober 2014. Sebab duk tunggu gaji, lama sangat. Haha

Akhirnya tarikh 8 November 2014 dipilih. Kami ter-confuse sama ada nak makan di Bagan Lalang atau pun Tanjung Harapan. Sebab dua dua terkenal dengan Seafood.

Memandangkan hari sabtu adalah hari bekerja bagi sesetengah staff, maka kami pilih Klang sebab lebih dekat dan kurang penat kalau nak drive.

Perjalanan dari Ampang makan masa hampir 2 jam sebab kami sesat haha

Kami sampai dekat nak pukul 10pm. Time ni meja banyak dah kosong so kami bertujuh duduk je di tengah kedai. Nak pilih tepi muara, semua dah penuh. Tak apa lah.




Yang tak bestnya bila sampai lambat ni, banyak  seafood yang dah tak fresh. Lebih malang, kalau habis T_T

Ketam dah habis. Sekian :(

Jadi kami pilih

^^^^^^^

Ikan Siakap Masak Sweet and Sour



Ikan pari bakar



Sotong celup tepung




Udang masak pedas



Lala masak pedas




Rojak



Telur dadar
Menu yang tak ada dalam gambar : 
Tomyam ayam

Kangkung belacan

Udang celup tepung

^^^^^^^

Meja untuk 10 orang tu terus penuh hahaha padahal makan untuk 7 dewasa dan 3 kanak kanak
Banyak sangat laukkan. 

Air order asing asing.

Paling saya suka sotong dia.. tak kenyal sangat tak lembik sangat. Batter dia rangup. Puas hati. 

Makan sikit sikit slow slow sebab takut ending dia saya kekenyangan sampai tak boleh jalan.

So alhamdulillah taktik menjadi. Saya kenyang sangat tapi masih boleh kontrol jalan. Hahaha officemates lain semua dah sebu.

Makanan kitorang memang siap boleh tapau okay. Yelah pesen tamak haloba. Sotong 8 ekor, udang nearly 40 ekor atau lebih, ikan siakap seekor, ikan pari 2 potongan besar, lala 2 plastik, telur dadar, sayur dan rojak untuk 4 orang makan.

Alhamdulilah.. overall semua rasanya dalam rm454.00. Memang berbaloiiiiii!!!

Cubalah korang try pulak nanti. Hehehe. Kitorang tak book pun. Dan sebab sampai lambat..jadinya memang ada meja lebih.



Ni ada lagi makanan tak sampai lagi. Udang celup tepung, sotong celup tepung, sayur kangkung belacan,

So macam mana cara nak ke Muara Ikan Bakar ni?

Kami haritu waze je, taip Muara Ikan Bakar, insyaAllah jumpa. Tak jumpa juga cuba waze Northport (Malaysia) Bhd.

Bila dah sampai simpang 3 yang nampak Village Seafood tu, masuk kanan, dan terus je sampai nampak signboard MUARA IKAN BAKAR, lepas tu cari je parking, memang susah!! Hahaha Good luck!




Sekian, terima kasih


Friday, 7 November 2014

Pepper Lunch Express @ KLCC

Wah untung jadi birthday girl

Ramai beratur nak belanja makan hihi

Setelah 3 hari berturut turut orang belanja Sushi King, maka hari ni kita tukar angin

Plan ni asalnya secara tak sengaja. Kawan ajak keluar dinner. Ajak pergi KLCC. Which is kinda weird. Ahaha sebab jarang sangat kitorang nak dinner dekat tempat ramai orang.

Dah berlegar sejam dalam KLCC.. Tapi tak masuk masuk kedai makan. Terus saya duduk dekat food court sebab lapar sangat. Dah syak dah diorang ada surprise. Sebab kenapa lama sangat pusing pusing dekat KLCC tapi tak duduk dekat restaurant atau pilih tempat dekat food court je. Hm

Kantoi laa plan nak surprise. Haha. Tiba tiba bestfriend saya sergah dari belakang. Poyo sangat.

Sebab dah lapar gila dekat sejam berpusing berlegar dalam KLCC, besfriend saya ajak dinner dekat Pepper Lunch Express dekat food court tingkat 4, KLCC





Pepper Lunch Express,
Rasa Food Arena, Level 4,
Suria KLCC, 50088 Kuala Lumpur
Opening Hours Daily : 10am - 10pm

Directions : From the main entrance of KLCC, go up to the 4th floor and head towards the food court at the end. Pepper Lunch will be on your left, inside the food court.

- dapat dari google -

Lagi satu..kalau jumpa Tutti Frutti dekat Ground Floor tu.. naik je escalator belakang Tutti Frutti sampai tingkat 4.. Pepper Lunch Express ni sebelah kiri dalam kawasan food court tu.
Wah bila tengok menu... amboii temptingnyaa.. yelah dari petang tahan lapar. Haha

So saya order BBQ Chicken Pepper Rice kalau tak silap. Tak sempat snap gambar sebelum sebab kawan saya cakap once dapat makanan kena terus gaul gaul bagi daging masak. 

Sebab dia hidang dalam hot plate. Siap ada warning Caution Hot lagi okehhhh. Memang PANAS!! Boleh melecur lidah. Hahaha so siapa yang lapar sangat tak digalakkan makan dekat sini, sebab akan jadi tak sabar nak makan. Hahaha



Ni gambar nasi saya selepas digaul

Harga affordable. Sangat kenyang. Daging lembut. Sos sedap. Sup pun sedap. Overall memang puas hati..

Memang recommended! 5 bintang!


Ni pula pinggan selepas habis makan. Licin!



---------------------------------------


Ni ada few pictures yang saya ambil dari Facebook PepperLunch Express



Ni Salmon Pepper Rice


Ni Salmon and Chicken Pepper Rice


Teriyaki Chicken Omu Rice ( Omu tu telur )


Double Beef Pepper Rice

---------------------------------------

Harga menu dekat PepperLunch Express ni murah je. Dalam lingkungan RM10.90 - below RM30 per plate.

Ada kids meal juga. Tapi tak sempat nak snap. 


Wednesday, 5 November 2014

Rezeki awal November. Set Kesuburan Set Menyusu Set Kurus Set Jerawat. Alhamdulillah

Satu malam tu tiba tiba je dapat PM dekat Facebook dari someone yang saya kenal.
Mula mula tanya pasal set jerawat basic. Kata dia sekarang muka teruk. Banyak jerawat batu. Sebab kerja tak menentu sekarang.


Saya suggest dekat dia Set Jerawat Basic. Iaitu Zinc Complex dan Sustained Release Vitamin C.
Lepas tu dia berniat nak tambah lagi. Untuk kurus katanya. Jadi saya tambah lagi Set Kurus Basic. Iaitu Lecithin dan Alfalfa Small. Lepas dah dekat 10 minit sesi soal jawab. Dia berminat.



Tapi dia cakap nak bincang dengan family dulu. Saya okay kan saja. Sebab kenal. Hehe. Dua tiga hari selepas tu, dia panggil saya ke rumah sebab katanya kakak dia pun berminat.
Kakak dia baru lepas operate caeser. Baby sekarang hampir 2 bulan. Katanya susu kurang. Terus saya cadangkan product mengikut bajet customer. Saya cadangkan Ostematrix dan Alfalfa. Lepas tu dia tanya ada tak untuk kurus dan sesuai dengan ibu menyusu. Eh mestilah ada saya cakap. Lecithin nama dia. Terus dia on! Hehe





Alhamdulillah urusan sangat sangat smooth dengan mereka. Masa ni masih peringkat perbincangan dengan family. Sebab katanya ada lagi family members yang berminat.


Alhamdulillah. Tak putus putus saya berzikir minta dipermudahkan segala urusan dengan mereka.


Sehari selepas tu saya di panggil lagi ke rumah mereka. Sebab abang dan kakak ipar kawan saya tu pun berminat. Ya Allah memang senyum je saya. Saya zikir lagi untuk lembutkan hati customer saya.
Kali ni mereka tanya untuk set kesuburan suami isteri pula. Terus saya cadangkan Zinc Complex dan Coq10 untuk suami dan GLA Complex dan Vitalea untuk isteri. Juga disertakan lagi dengan Set Kurus Basic.




Dengan izin Allah swt. Malam tu juga CLOSED DEAL untuk semua set dari mula perbincangan. Ya Allah happynya saya sebab dapat bantu satu keluarga untuk lebih gembira dengan perubahan yang bakal mereka alami nanti. InsyaAllah.


Alhamdulillah. Saya happy walaupun urusan nak closed deal makan masa. Lepas tu kawan saya pula nak urgent product tu semua.


Bayangkan balik kerja pukul 6 petang dan nak berkejar ke Shaklee Sri Rampai yang tutup pukul 7. Dengan jemnya.





Walaupun saya terkejar kejar ke Branch Sri Rampai lepas kerja. Dengan banyak halangan dari petang nak pergi beli tu. Tapi saya tak pernah rasa Shaklee ni membebankan saya.
Saya cakap dekat diri sendiri. Takpelah. Kalau tak ada rezeki aku hari ni aku redha. Yang penting aku dah bergantung kepada Allah SWT.


Memang sepanjang perjalanan tu ada je halangan. Jalan jem. Traffic light semua merah time saya lalu. Asyik tengok jam je. Mulut terkumat kamit zikir. Dalam hati tak payah cakap la apa doa semua saya ucap. Akhirnya alhamdulillah saya sampai juga ke branch pukul 6.40pm.
Kalau nak seribu daya. Kalau mahu seribu cara. Hehehe tiru ayat Master.



So kalau korang berminat dengan Set Set dekat atas ni atau ada pertanyaan pasal shaklee, boleh terus contact saya :



Monday, 3 November 2014

OMEGA GUARD : Buy 6 Free 1 November 2014

Waaaaaahhhh..!


Omega Guard kesayangan saya PROMOSI lahhhh bulan niiiiiiii *tulis panjang panjang sebab sangat excited*




Buy 6 Free 1 Omega Guard Shaklee November 2014


Dalam entri ni saya akan terangkan beberapa persoalan anda : 

-- Apa itu OMEGA GUARD?

-- Apa kebaikan OMEGA GUARD?

-- Siapa perlukan OMEGA GUARD?





Docosahexaenoic acid (DHA) and Eicosapentaenoicacid (EPA) are omega-3 fatty acids found in deep-sea, cold water, fish. DHA and EPA must be obtained through the diet and are known to reduce inflammation as well as assist nervous system and eye function.

Shaklee OmegaGuardTM is a dietary supplement containing fish oil. One serving of OmegaGuardTM provides 1000mg of omega-3 fatty acids including DHA and EPA.
- shaklee website -



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

-- Apa itu OMEGA GUARD?

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia kerana diperbuat dari ekstrak ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Ikan-ikan ini diperolehi dari perairan Negara Jepun. Omega Guard Shaklee ni 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Ini kerana sumbernya dari ikan asli yang terpilih bukan dari hati ikan.


Oleh kerana diperbuat dari sumber ikan yang terpilih, Omega Guard Shaklee memiliki tujuh jenis asid lemak Omega 3 yang semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.


Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA. Ia amat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA. Sumber EPA dan DHA adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan.


Satu kajian telah dilakukan terhadap minyak ikan di pasaran. Hasilnya menunjukkan bahawa minyak ikan Omega Guard Shaklee mengandungi EPA dan DHA yang paling tinggi membekalkan 900mg EPA dan DHA.


OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


-- Fungsi EPA

Mencegah kanser
Mencegah pembekuan darah
Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
Baik untuk pesakit jantung
Menghindar tekanan perasaan
Mencegah penyakit darah tinggi              

-- Tugas DHA

Mencegah asma
Meningkatkan daya seksual
Mencegah sakit kulit
Mengelakkan kanser payu dara
Mengelak kanser prostat
Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan



-- Apa kebaikan OMEGA GUARD?

Melindungi jantung
Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
Membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.
Memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS golongan wanita
Berfungsi melicinkan kulit dan kulit tampak kemerah-merahan
Menghalang salur darah dari tersumbat
Mencegah strok
Mengawal tekanan darah pada kadar normal
Mengurangkan ketegangan urat leher
Merendahkan serangan sakit kepala
Mengawal kolestrol dalam badan
Mengelakkan pembekuan darah pada tubuh badan
Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
Membantu membakar lemak
Menurunkan berat badan
Mencegah masalah obesiti
Risiko sakit jantung berkurangan
Mengelakkan serangan jantung bagi pesakit jantung
Membantu tumbesaran dan perkembagan otak bayi di dalam kandungan ibu
Menambah sistem imun tubuh badan, terutamanya kanak-kanak
Menyihatkan paru-paru
Menguatkan memori seseorang
Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema, proriasis dan lain-lain
Mengelakkan risiko demam hay, bronkitis, asthma, hepatitis dan SLE
Memperbaiki masalah buah pinggang
Menghalang kanser payudara, prostat, kolon dan paru-paru
Meningkatkan kesihatan hati selepas menjalani pembedahan
Meningkatkan fungsi pankreas bagi pesakit kanser
Menyokong kesihatan sendi-sendi badan
Mengelakkan penyakit gout
Memperbaiki masalah autism
Mengelakkan insomnia
Mengawal emosi



-- Siapa perlukan OMEGA GUARD?

** Ibu Hamil
Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

** Ibu Menyusu
Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

** Kanak-kanak
Minyak Ikan Omega Guard Shaklee untuk anak yang mudah dapat sakit semam, batuk dan selesema
Untuk pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
Memperkuat sistem imunisasi badan

** Mereka yang mengalami masalah berat badan
Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

** Sering dilanda masalah kesihatan
Sering batuk berkahak, selesema berterusan
Sakit-sakit sendi
Kolestrol tinggi
Sakit Stroke


Boleh hubungi saya kalau berminat dengan OMEGA GUARD SHAKLEE ^_^

Saya boleh deliver ke mana mana area AMPANG yang berdekatan saya : Taman Nirwana, Taman Cempaka, Taman Dagang, Pandan Jaya, Pandan Indah, Maluri, Taman Kosas, Bandar Baru Ampang, Ukay Heights, Ukay Perdana, Melawati, Taman Melati, Gombak, Sentul, dan sebagainya InsyaAllah.



Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Senyum :)

 image : google.com


Sunday, 2 November 2014

Tips Kuruskan Badan

Assalamualaikum..


Tiba - tiba je nak bagi tips kan. Haha tips kuruskan badan ni saya nak share sebab saya pun tengah dalam proses nak kuruskan badan. Cewah!

Jadinya banyakla menggoogle dan menggodek mana - mana tips yang wujud.

Dibawah ni kebanyakan tipsnya saya cuba cari yang mana bersesuaian dengan saya yang bekerja dalam office. Kerja saya banyaknya memerlukan saya dalam office, dan kadang - kadang kalau ada arahan mengezuts baru saya kena keluar dan berjalan kaki dibawah terik mentari T_T (pilu sikit)

1) JANGAN SKIP / LANGKAU SARAPAN PAGI


image : google.com

-- Ni tips yang semua orang pun tahu kan. Ke ada yang tak tahu? Kenapa jangan langkau breakfast? 

Ni pengalaman sendiri lah. Tfa ni kalau breakfast sangat berat ( contohnya : Nasi lemak sambal kerang dengan telur @ Nasi dagang dengan gulai ikan tongkol @ Nasi kerabu lauk daging salai dengan telur masin) amboi menu taknak kalah Haha! Ni contoh breakfast sangat berat untuk saya. Maka saya cenderung untuk lapar tengahari dalam pukul 11pagi T_T (nangis dekat bucu toilet)

Jadi apa solution saya? Breakfast saya akan makan bihun goreng @ roti putih 2 keping cicah teh susu @ nestum 3 in 1.. Kalau rasa lapar lagi, saya makan lagi biskut 2 keping dalam pukul 10 pagi. Air masak tak tinggal. Setengah jam sekali saya minum air masak @ air suam 2 3 teguk.

Then apa jadi? Bila lunch saya jadi tak gopoh nak terkam makanan. Wah gitu. Terkam. Haha.. Saya jadi lebih tenang untuk memilih mengikut diet. Alhamdulillah


2) BANYAKKAN MINUM AIR MASAK


image : google.com

-- Air masak ni suhu biasa la kalau boleh. Orang cakap kalau air sejuk berais, lemak terbakar kan. Ni saya tak pasti. Sama ada ais ni akan burn fats atau akan bekukan lemak? Haha.. Jadi nak selamat, minumla air masak yang suhu bilik. 

Nasihat saya, minum ikut berat badan. 

25kg / 1liter air

Contoh kalau berat tfa 60kg. 60kg /25kg = 2.4liter air sehari. Kalau lebih lagi bagus. Jangan risau pasal gemuk air. Sebab istilah gemuk air ni sebenarnya tak ada pun. Sebab lagi banyak minum, lagi banyak kita keluarkan ( Melalui air kencing atau peluh )

Nak tahu tak. Kalau kita banyak minum air, kita akan dapat elakkan diri kita dari lapar. Haa ni memang betul berlaku tau.

Cuma minum dengan cara yang betul. Lagi best kalau dapat minum dengan straw. Jangan bantai sekali teguk tu, terus 1 liter. Ni parah T_T. Buat jadual minum. Buat reminder pukul berapa kita nak minum. Dengan cara macam ni, kita akan sentiasa minum.


3) MINUM AIR MASAM @ BERLIMAU


image : google.com


-- Haa ni paling best. Limau ni kan masam. Benda masam ni selalunya dikaitkan dengan pembakaran lemak.

So kalau dekat rumah tu rajin - rajinkan lah perah limau dalam air suam ke air masak ke air teh o ke..

Kalau dekat kedai pun lagi bestla. Order je limau suam ke honey lemon panas ke. Pehh sedap. Lepas tu lemak pun terbakar.


4) LEBIHKAN LAUK PAUK DALAM MAKANAN SEHARIAN


image : google.com

-- Contoh kalau dekat opis ke dekat cafe tempat belajar ke, cuba ambik nasi separuh atau suku. Lepas tu direct ke hidangan sayur - sayuran. Ambik yang kebanyakannya hijau. Ambik 2 3 jenis sayur pun tak apa. Selit la tempe ke telur dadar ke.. Pastu baru ke hidangan ayam daging ikan. Bila pinggan dah penuh, nak letak protein pun sikit je. Janji ada ye dak. *Ni tips saya, sebab kalau pergi bahagian ayam ikan dulu, nanti rambang mata*

5) BANYAKKAN BERJALAN


image : google.com

Ha ni tips paling best kalau korang office / kelas dekat bangunan tinggi. Naiklah tangga. Jangan ajar diri guna lif. Guna lif bila perlu je. Contoh macam kena bawak barang sangat berat. Kalau berat sikit sikit tu takpe. Lemak lagi banyak terbakar bila naik tangga. Mula - mula memang mengah (Lagi - lagi saya ada asthma) Fuhhh penat boleh tahan.

Jantung berdegup macam nak terkeluar. Haaha. Tapi takpe.. 1st timer memang macam tu. Lepas dah biasa naik tangga, semua akan smooth. Tak naik tangga sehari rasa tak best. Haaa

Lagi satu, parking jauh dari destinasi. Lagi power kalau jalan tengahari, dengan cuaca panas. Haha.. Tak panas pun takpe. Janji jalan.

Masuk mall yang besar - besar ke.. Pusing je setiap level. Tu pun dah dikira bakar lemak. 




Shaklee Sri Rampai : Peta & Lokasi

Bagi yang tak tahu lagi dekat mana Branch Shaklee yang baru.. ni dia alamat terbaru


Shaklee Sri Rampai,
No 32 Jalan Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.

Tel : 03 4142 1067
Fax : 03 4142 1027



Peta ke Shaklee Sri Rampai
(google maps)

Opening Hours / Waktu perniagaan : 

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am to 07:00 pm

Sabtu (minggu 1st & 3rd):
10:00 am to 07:00 pm



Ni gambar dalam googlestreetview

Google street view ni dia snap masa awal Januari 2014. So masa tu Banner Shaklee tak naik lagi. Nanti kalau ada gambar branch Shaklee, saya letak baru :)


*update : 10.12.2014

Branch Shaklee Sri Rampai




Kalau rasa - rasa sesat, nanti boleh contact saya je : 



Pengedar Shaklee, Cara Daftar Ahli dan Cara Beli Shaklee Online

Senarai Pengedar Sah Shaklee
  1. Pengedar Shaklee Alor Setar : COD Area Jitra / Alor Setar
  2. Pengedar Shaklee Jitra : COD Area Alor Setar / Jitra
  3. Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil
  4. Pengedar Shaklee Klang : COD Area Klang / Kapar / Meru / Setia Alam
  5. Pengedar Shaklee Seremban : COD Area Seremban / Seremban 2 / Panchor
  6. Pengedar Shaklee Ampang : COD Area Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / Sri Rampai
  7. Pengedar Shaklee Temerloh : COD Area Temerloh
  8. Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : COD Area Kuala Lumpur / Cheras
  9. Pengedar Shaklee USJ : COD Area USJ / Subang Jaya / Sunway
  10. Pengedar Shaklee Puchong : COD Area Puchong / Kinrara
  11. Pengedar Shaklee Kuantan : COD Area Kuantan
  12. Pengedar Shaklee Shah Alam / Subang Jaya : COD Shah Alam / Subang Jaya
  13. Pengedar Shaklee Miri : COD Miri / Brunei
  14. Pengedar Shaklee Cheras : COD Cheras / Ampang / Hulu Langat
  15. Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam : COD Klang / Shah Alam

  16. Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

    Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2016 ada di sini.


    Cara Beli Produk Shaklee Online

    Order Produk Shaklee Online melalui link yang disertakan di bawah
    1. Buy Shaklee Online Malaysia - For english user, buy Shaklee directly from Shaklee HQ
    2. Beli Shaklee Online Malaysia - Beli Shaklee daripada Pengedar Shaklee Bertauliah
    3. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...