Saturday, 23 August 2014

Resepi Congo Bars simple

Assalamualaikum..


Semalam hari paling rajin sedunia. Siang busy dengan bank dengan supplier dengan kerja office. Balik petang tu boleh pulak rajin lagi pergi Supermarket Hero beli barang nak buat Congo Bars hehehe imagine betapa semangatnya seorang Atifah.



Dah lama teringin nak makan Congo Bars ni. Since 2012 lagi dah ternampak orang lain buat and ada yang tempah. Bersepah - sepah resepi. Bersepah - sepah juga orang yang kita boleh order. Nak order tapi tak terorder tak tahu kenapa entah. Tu yang godek sendiri resepi dan semalam baru tergerak hati nak buat sebab esok ada open house di Dengkil dan terasa nak bagi tuan rumah buah tangan. Hehehe. So hari ni buat eksperimen lah.

Alhamdulillah saya sukaaaa Congo Bars yang saya buat ni. Adik - adik pun suka, parents pun suka.

Resepi ni saya pinjam kak Rima punya resepi


She is one of my favourite baker in the internet. She bakes delicious cakes.. everyday dishes and all. She is also a great photographer!( tak boleh tahan tengok gambar dia post!) So tempting. Sangat menusuk sanubari terus rasa nak try resepi tu tang tang tu jugak! Haha! TQ kak Rima!

Tanpa melengahkan masa meh la kita tengok bahan - bahan nak buat Congo Bars ni


Bahan - bahan

2 3/4 cup all purpose flour(saya guna 300gm tepung gandum biasa)
2 1/2 tsp baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened (saya guna 150gm Brand Anchor Unsalted)
1 lb. light brown sugar (+/- 450gm) (saya guna 250gm sahaja)
3 eggs
1 tsp vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips(+/- 325gm) (saya guna 1 cup kecil)
Badam cincang (saya bakar dulu 10 minit. Sukatan main campak je ikut suka)
Hirisan badam (untuk hiasan)

Cara - cara

Ayak tepung gandum bersama garam dan baking powder


Dalam satu bekas berasingan sebatikan butter dan fine brown sugar. Saya guna cara manual je sebab adunan ni tak keras sangat pun.


Bila gula dan butter dah sebati bolehla dimasukkan telur satu persatu. Adun sampai habis 3 biji telur. Lepas tu masukkan esen vanilla. Kacau lagi.


Kemudian boleh la dimasukkan tepung yang telah diayak tadi. Kacau sampai sebati. Time ni adunan akan menjadi semakin pekat. Tetapi tinggalkan sedikit tepung untuk salut chocolate chips dan kekacang. Lepas dah salut tu nanti masukkan balik baki tepung dalam adunan tadi.


Ha tips ni dapat dari Tv hehehe. Tujuan salut kedua bahan ni, adalah untuk memastikan chocolate chips dan kekacang tidak akan berada didasar loyang semasa proses membakar. 


Okay lepas tu boleh tuang adunan dalam loyang dan buat topping ikut suka juga. Haha

Kak Rima cadangkan bakar dalam loyang berukuran 13 x 9inci dan bakar pada suhu 170C selama 30minit atau sehingga atas dia nampak brownish. Saya bakar dalam loyang kecik sikit. Jadinya Congo Bars ni tebal. Dan masa untuk bakar pun bertambah sedikit.


Ha tu dia rupa setelah dipotong. Sempat keluarkan dari oven 10 minit je lepas tu terus tak sabar nak rasa. Hehehe apa - apa pun sedap sangat resepi Kak Rima ni. 

Esok nak buat lagi Yahoooo..

Bye

2 comments:

  1. macam senang je...menarik ni. nak try ah! awat tak habaq pernah buat????? sampai hati hang!

    ReplyDelete
  2. hahaha memang senang!! baru je buat 2 minggu lepaihh hahha

    ReplyDelete

Pengedar Shaklee, Cara Daftar Ahli dan Cara Beli Shaklee Online

Senarai Pengedar Sah Shaklee
  1. Pengedar Shaklee Alor Setar : COD Area Jitra / Alor Setar
  2. Pengedar Shaklee Jitra : COD Area Alor Setar / Jitra
  3. Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil
  4. Pengedar Shaklee Klang : COD Area Klang / Kapar / Meru / Setia Alam
  5. Pengedar Shaklee Seremban : COD Area Seremban / Seremban 2 / Panchor
  6. Pengedar Shaklee Ampang : COD Area Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / Sri Rampai
  7. Pengedar Shaklee Temerloh : COD Area Temerloh
  8. Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : COD Area Kuala Lumpur / Cheras
  9. Pengedar Shaklee USJ : COD Area USJ / Subang Jaya / Sunway
  10. Pengedar Shaklee Puchong : COD Area Puchong / Kinrara
  11. Pengedar Shaklee Kuantan : COD Area Kuantan
  12. Pengedar Shaklee Shah Alam / Subang Jaya : COD Shah Alam / Subang Jaya
  13. Pengedar Shaklee Miri : COD Miri / Brunei
  14. Pengedar Shaklee Cheras : COD Cheras / Ampang / Hulu Langat
  15. Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam : COD Klang / Shah Alam

  16. Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

    Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2016 ada di sini.


    Cara Beli Produk Shaklee Online

    Order Produk Shaklee Online melalui link yang disertakan di bawah
    1. Buy Shaklee Online Malaysia - For english user, buy Shaklee directly from Shaklee HQ
    2. Beli Shaklee Online Malaysia - Beli Shaklee daripada Pengedar Shaklee Bertauliah
    3. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...