Saturday 24 January 2015

Mee Tarik Warisan Asli : Danau Kota PV128 Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt


Dua minggu lepas saya berkesempatan berkunjung ke Mee Tarik Warisan Asli ni. Saya first time pergi Mee Tarik yang dekat PV128 Danau Kota ni. Sebab sebelum ni saya selalu pergi branch Sungai Besi lama tu.

Mula mula try Mee Tarik dekat Sungai Besi tu mungkin 2 tahun lepas. Kebetulan kena jumpa consultant area Sungai Besi lama, cari parking tak jumpa so pusing pusing laa area tu. Tetiba ternampak banner besar Mee Tarik Warisan Asli.


Excited betul! Hehehehe


Lepas jumpa consultant terus jalan kaki pergi makan situ. Perut dah bernyanyi nyanyi :p


Memang sukaaaa sangat. Jatuh cinta dengan Mee Tarik ni sebab mee dia tu memang dah ada flavor yang cukup. Bagi saya laa. Hehehe


Jadi bila dengar Mee Tarik Warisan Asli ni ada buka cawangan baru dekat Danau Kota, lagilah excited. Sebab agak dekat la kalau banding dengan cawangan Sungai Besi tu.



Gambar tak boleh rotate T_T


Interior inside


Tu dapor diaaa ehehehehe



Ni menu adik saya. Kuey teow asing, dengan lauk daging.


Potato beef mee tarik. Portion dia banyakkk! Nyummm.


Nasi with Chicken and mushroom. Banyak juga portion dia..


Gerenti tak menyesal. Dengan harga yang murah anda dapat portion banyak dan sangat mengenyangkan.

Next time saya nak cuba Toothpick Lamb!!



gambar from google hehe tq akak sherrina. pinjam gambar ^_^

Wednesday 21 January 2015

Vivix Shaklee : Pengedar Shaklee Ampang

Vivix Shaklee melambatkan penuaan pada tahap selular level





4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Selular


1) KEROSAKAN DNA

- Setiap hari, setiap sel tubuh badan manusia diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA

- Serangan serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, lalu menghasilkan satu typo yang bermaksud kesilapan dari yang asal yang akan mengganggu fungsi sel badan manusia dan sekaligus akan memendekkan umur anda.


2) PENGAWALAN GENETIK

- Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selluar

- Ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan di dalam Vivix Shaklee membantu mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang akan menolong melambatkan proses penuaan.


3) PENGELUARAN TENAGA YANG KIAN MENURUN OLEH SEL SEL

- Mitochondria (penjanaan tenaga) didalam sel membantu menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel akan turun menurun

- Ramuan di dalam Vivix Shaklee membantu menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.


4) PENIMBUNAN PROTEIN AGE

- Penimbunan protein AGE ( Advance Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan menggangu keutuhan sel dan panjang umur.

- Ramuan di dalam Vivix Shaklee adalah 10 kali lebih kuat dari Resveratrol (kandungan unik didalam Anggur Muscadine) yang membantu melambatkan pembentukan protein AGE



Monday 19 January 2015

Alfalfa Shaklee : Pengedar Shaklee Ampang

Apa itu Alfalfa Shaklee??



Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California, Amerika Syarikat yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos / baja bebas kimia. 




Alfalfa juga dikatakan dikenali sebagai ' raja segala tumbuhan'. Hebat kan? 




Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.




Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ianya telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun Alfalfa yang telah matang juga dikatakan kaya dengan klorofil.  Daun daun ini telah dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. 



Daun daun yang telah dikeringkan tadi akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum ianya dipadat menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.




Manfaat Utama Alfalfa Shaklee :


1) Mencuci hati, darah dan usus

2) Membantu melawan alahan

3) Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut

4) Membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol

5) Melawan tumor

6) Membantu melegakan keletihan

7) Mencegah dan membantu merawat atritis



Wednesday 14 January 2015

Tips memilih buah delima

Tips memilih buah delima


Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela dan kulit buah delima tu tak merekah-rekah.


Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnya dahulu dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Isi buah delima boleh dikopek macam kita makan buah limau bali tu hehehe


Fakta mengenai Buah delima


Delima atau Punica granatum - sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh dan ia boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.


Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.

Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.

Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769.

Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.

Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.

Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.

Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.


Khasiat Buah Delima :

Melawan penyakit gout

Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak

Merawat ‘sinus’

Meningkatkan tenaga

Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan

Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya

Menormalkan fungsi hati

Menstabilkan peredaran darah

Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi

Mencuci darah kotor

Antioksida yang tinggi

Menstabilkan paras kolesterol

Mencegah penyakit jantung

Mencegah penyakit barah

Merangsang tenaga batin


Amalan makan buah delima setiap hari akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.




Jus Buah Delima

Ni jus delima kegemaran saya.. sedaapppp!! Boleh dibeli dimana mana kedai arab berhampiran anda. Hehehe saya tinggal di ampang, so memang senang nak cari kedai arab ni hehehe



Ni pati jus delima, kena bancuh dengan air masak atau air suam atau air sejuk. 


Kenapa saya suka Shaklee

Assalamualaikum wbt..


Bulan ni target 50 entri sebulan. Sebab tu kena banyak mencari ilmu, banyak membaca dan rajin menulis. Hehehe


Cabaran untuk diri sendiri, sebab nanti saya yang nak kaya.. bukan orang lain. Saya nak tolong ramai orang. Dan demi memenuhi impian saya yang satu tu, saya kena kaya. Mesti kaya. 


Sendiri nak kaya, sendiri la kena usaha kan, kenapa sendiri nak kaya tapi tak ada usaha kan.


Okay lari topik. Topik harini ialah Kenapa Saya Suka SHAKLEE.


Kenapa saya suka Shaklee??


1) Sebab Shaklee memang produk yang betul betul memberi kesan kepada saya


2) Sebab Shaklee memang terbukti paling best, kerana Shaklee dah ada hampir 100 tahun dalam dunia ni


3) Sebab product Shaklee membantu saya sihatkan badan, bantu saya elak penyakit bukan bukan


4) Sebab Shaklee lah, parents saya semakin cergas dan bertenaga ( part ni paling saya suka sebab saya sayaaaanngggggg abah dan umi saya hehehehe )


5) Sebab Shaklee bagi saya peluang untuk jana pendapatan tambahan, disaat orang lain terkontang kanting tengah bulan, saya pula dapat bonus. Ehehehe.. Tengah bulan pun saya boleh stabil dan rileks dan gembira






YOU ASK A BILLIONAIRE HOW HE MAKES MONEY...


And you ask me how can I be happy and smiling all day when everyone is afraid to approach tomorrow.


Just do what you love, and you cannot wait for tomorrow to come. ^_^



Tuesday 13 January 2015

Vivix boleh bantu pelbagai penyakit

Assalamualaikum wbt


Harini saya nak share sedikit info berkenaan promosi shaklee untuk bulan Januari 2015.


Bulan Januari 2015 ni Shaklee Malaysia buat Promosi Buy 6 Free 1 untuk Vivix Shaklee dan juga Alfalfa Complex Shaklee!


Best gilaaa. Sebab selalu orang complain complain cakap Vivix mahal. Mahal pun diorang beli juga apa. Hehehe produk terbaik dipasaran kot. Memang terbukti boleh bantu sihatkan badan.


Siapa tak suka kan kalau badan sihat, jarang sakit, boleh bebas bersenam walaupun dah agak berusia. Plus point untuk ibu bapa kita, untuk pakcik makcik kesayangan kita dan juga atuk dan nenek kita yang comel lagi kiut tu. Hehehe


Ramai customer Vivix kami mula dapat kesan positif selepas seminggu je tau.


Lepas tu terus repeat order. Alhamdulillah.


Sebab mereka betul betul rasa keberkesanan dan betapa bestnya Vivix Shaklee ni, tu yang sanggup beli tiap tiap bulan.


Sebab mereka tahu, bila dah mula sakit, ubat ubatan , kos pembedahan dan kos merawat jauh lebih mahal dari sebotol Vivix tau..


Sempena promosi Buy 6 Free 1 January 2015 untuk Vivix Shaklee dan Alfalfa Complex, saya telah sediakan beberapa SET VIVIX + ALFALFA untuk bantu beberapa masalah berikut :


1) Membantu mengelakkan penyakit kanser
2) Membantu menurunkan kadar gula dalam darah
3) Membantu mereka yang kerap sakit belakang kepala
4) Membantu badan yang bertoksin
5) Mengurangkan sakit resdung
6) Membantu keputihan
7) Membantu bakar dan buang kolesterol
8) Membantu mengelak strok
9) Membantu mengelak gout
10) Membantu proses selepas bersalin
11) Membantu kesuburan
12) Membantu cepatkan penyembuhan selepas kemalangan
13) Awet muda
14) Membantu ibu menyusu
15) Membantu pesakit diabetic neuropathy
16) Membantu mengurangkan masalah pigmentasi
17) Membantu pesakit ekzema
18) Membantu mengurangkan jerawat



Terkejut tak betapa banyaknya Vivix dan Alfalfa boleh bantu ??



Saya boleh cadangkan je.. Lebih lebih kena jadi customer saya dulu baru saya guide dengan betul InsyaAllah..



Vivix dan Alfalfa hanya boleh bantu sihatkan dalaman kita. Bila kita sihat dalaman, insyaAllah penyakit yang kita takuti akan beransur pergi. InsyaAllah





Tips : Cepat sembuh demam

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (97.7–99.5 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan . Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.


Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.



Demam berbeza daripada hiperthermia luar kawal, biasanya dirujuk hanya sebagai hiperthermia, dari segi hiperthermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi titik set pengawalansuhu badan, akibat penghasilan suhu melampau/ pengawalan suhu yang tidak mencukupi.


Suhu badan mempunyai julat yang besar.

Demam biasanya dikatakan jika :

Suhu pada dubur adalah atau melebihi 37.5–38.3 °C (99.5–100.9 °F)

Suhu pada mulut (oral) adalah pada atau melebihi 37.7 °C

Suhu pada ketiak (“axillary”) atau pada telinga (“otic”) adalah pada atau melebihi 37.2 °C (99.0 °F)

Pada orang dewasa yang sihat julat bagi suhu mulut adalah 33.2–38.2 °C (91.8–100.8 °F),

bagi dubur ia adalah 34.4–37.8 °C (93.9–100.0 °F),

bagi selaput tympanik ia adalah 35.4–37.8 °C (95.7–100.0 °F)

dan bagi ketiak (“axillary”) ia adalah 35.5–37.0 °C (95.9–98.6 °F).[5]

Suhu badan mungkin meningkat selepas aktiviti berat tetapi ini tidak dianggap sebagai demam kerana titik set suhu badan adalah normal. Orang tua memiliki kurang keupayaan bagi menghasilkan haba badan, dengan itu suhu tahap rendah mungkin juga mewakili penyakit asas yang serius.





Tips : Cepat sembuh demam

1. Minum air dengan banyak.

Elakkan tekak kita kering dan sakit. Ia juga boleh mengelakkan hidrasi pada badan, air boleh bantu buang toksin dalam badan.


2. Wap Air dan Mandi Air Panas

Mandi air panas dipercayai boleh membantu hilangkan demam. Cara lain adalah dengan menggunakan wap air yang dimasukkan dalam besen, dan hidu wap panas itu. Ia boleh hilangkan hidung tersumbat. Dengan suhu tinggi itu, dipercayai ia boleh membantu mematikan virus melalui saluran pernafasan.


4. Sup Panas
Dari sumber orang barat, sup panas adalah salah satu cara tradisional untuk membantu baik dari demam. Selain ia mempunyai kandungan air yang tinggi untuk elak hidrasi, ia boleh membantu mengurangkan jangkitan virus melalui wap panas. Ada juga pendapat menyatakan bahawa ia juga boleh mengatasi masalah pernafasan ketika demam.


5. Gunakan wap humidifier
Humidifier bagus untuk tambah wap dalam udara. Rongga pernafasan pun akan bertambah lancar apabila guna humidifier, dan melegakan hidung tersumbat. Perlu diingat, penggunaan humidifier pun kena dipantau supaya tiada kulat disebar bersama wap.


6. Rehat
Orang demam perlukan lebih rehat. Kena rehat, rehat dan rehat. Badan yang cukup rehat boleh lawan virus dalam badan dengan lebih berkesan dan cekap. Sekiranya demam, anda disaran duduk rumah dan matikan telefon bimbit. Cubalah untuk rehatkan mental dan fizikal.


7. Kumur-kumur dengan air garam.
Sakit tekak akan menyebabkan demam semakin teruk. Kumur dengan air garam dipercayai boleh membantu mengurangkan sakit tekak. Larutkan setengah sudu garam ke dalam segelas air dan kumur sebanyak 5-6 kali.


8. Jangan merokok
Merokok akan menyebabkan demam bertambah teruk. Simptom demam seperti sakit tekak dan sakit kepala akan lebih memudaratkan jika merokok. Cuba jauhkan diri juga dari perokok kerana ia mungkin menyebabkan kesan yang lebih teruk dari merokok.


9. Kawal pemakanan
Makan makanan yang mengandungi vitamin C seperti sayur dan buah-buahan boleh membantu badan melawan virus punca demam. Vitamin C boleh menguatkan daya tahan badan kepada penyakit. Ia juga membantu sel darah putih untuk menentang virus.

Contoh makanan adalah:


~ Bawang putih
~ Madu
~ Peppermint
~ Oren, Lemon, Anggur
~ Parsli, Kobis Bunga
~ Makanan yang mengandungi mineral Zink


Rawatan demam dengan Shaklee

Vitamin C Sustained Released
Garlic Complex

cara makan hanya kepada customer kesayangan saya ^_^


Vitamin C juga mampu menguatkan sistem imunisasi seseorang, maka dia akan jarang demam. Wallahualam..



Doa sembuh demam panas



Doa Demam Panas

Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”
(sahih al-Bukhari, no. 3023)



Tuesday 6 January 2015

Khasiat buah anggur muscadine dalam Vivix Shaklee

Assalamualaikum wbt..


Buah pisang, buah delima, kurma, buah anggur yang selalu disebut dalam Al Quran adalah buah-buahan syurga.


Tetapi harini saya nak fokus kepada buah anggur. Hehe


Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika.


Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman. Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia. Penanaman anggur di Malaysia cuma dimulakan sekitar tahun 1980'an.


Negeri Perlis adalah antara negeri yang maju dalam penanaman anggur. Ini kerana sifat semulajadi pokok anggur yang perlukan musim kemarau 3-4 bulan untuk menggalakan ia berbunga dan berbuah. Tanaman anggur perlukan cahaya matahari yang banyak dan curahan hujan yang kurang dari 800 mm setahun. Penyiraman atau hujan akan mengganggu kadar pengeluaran buah. Suhu yang sesuai antara 31 celsius dan suhu minima tidak kurang 21 celcius dengan kelembapan diperlukan lingkungan 75-80%.


Daun anggur itu sendiri boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangan dolma. Pokok anggur seringkali digunakan sebagai pokok makanan untuk sesetengah larva dari order Lepidoptera. Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Anggur



Anggur adalah sejenis tumbuhan yang hebat dan istimewa. Malah di dalam al-Quran ada disebut 6 kali tentang buah anggur. Anggur dikatakan antara buah yang dibawa dalam bahtera Nabi Nuh.


Ada pelbagai jenis anggur di dunia, dan salah satunya ialah anggur muscadine atau dikenali sebagai anggur muskat, yang dikatakan anggur paling istimewa. Wow bestnya.


Muscadine ,  adalah spesies yang berasal dari selatan Amerika Utara yang telah banyak ditanam sejak dari abad ke -16 . -Wikipedia-


Berry Muscadine muda kebiasaannya berwarna tembaga, dan perlahan lahan ia akan bertukar kepada warna ungu gelap kepada warna hitam pekat apabila masak . Anggur muscadine mempunyai kulit yang cukup keras jadi ianya susah untuk dimakan begitu sahaja. Anggur Muscadines bukan hanya boleh dimakan segar , tetapi ia juga boleh digunakan dalam membuat wain , jus , dan jeli .


Anggur Muscadine adalah sumber yang kaya dengan polifenol dan nutrien lain yang dikaji untuk manfaat kesihatan.


Dalam habitat semulajadi , anggur muscadine adalah tumbuhan yang penting untuk meningkatkan habitat hidupan liar. Ini kerana ia berfungsi dengan menyediakan perlindungan dan buah anggur muscadine boleh dimakan untuk pelbagai jenis haiwan.



Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom. Anggur hebat ini adalah satu satunya anggur di alam semulajadi yg mempunyai lebih satu kromosom, yg mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan ia berpotensi untuk memanfaatkn kesihatan, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan sumber antioksidan terbaik.


Anggur muscadine mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan ia hidup di kawasan ekstrem. Menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol.


Ia juga mengandung asid ellagik, sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.


Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial di zaman Mesopotamia (di antara negara Turki dan Iran).


Kini kita dapat nikmati kebaikan anggur muscadine atau muscat ini di dalam satu botol yang mudah dan penuh kebaikan.



VIVIX SHAKLEE




Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.


Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Penghasilan Vivix adalah berdasarkan kajian selama lebih 3 tahun dan Shaklee melaburkan jutaan Dollar US untuk tujuan kajiannya.



Tersenarai di atas adalah kebaikan, khasiat dan manfaat Vivix. Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.


Vivix bertindak dalam 4 cara :

1) Mempertahankan sel (cell defence)
2) Memberi tenaga kepada sel (cell energy)
3) Memperbaiki sel (cell repair)
4) Meningkatkan prestasi sel (cell performance)


Bulan January 2015 Shaklee buat BUY 6 FREE 1 VIVIX SHAKLEE


Memang murah!!


Kalau tak nak beli 6, beli 2 pun boleh


Buy 2 and get 5% OFF VIVIX SHAKLEE


Bestkannnnnn




Lagi Khasiat dan Kelebihan Buah Delima

Khasiat Dan Kelebihan Buah Delima 


Menurut kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh bahawa buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut.




Delima membantu untuk menghilangkan obesiti lemak, dan mengurangkan kebarangkalian pertumbuhan sel-sel adipos di perut mereka. Delima juga dikatakan dapat membantu mengurangkan asid lemak dalam darah, yang dikenali sebagai yang “Neva”. Selain itu, delima juga berupaya merendahkan tekanan darah dan juga membantu menghalang strok, serangan jantung dan penyakit buah pinggang. Banyak betul khasiat buah delima ni.


Para penyelidik pula menunjukkan terdapat faedah lain. Antaranya rawatan delima untuk demam bersuhu tinggi, sakit kepala, membantu penglihatan.


Jus delima digunakan pada kadar dua cawan sehari, dan akan membantu masalah hidung, mengaktifkan saraf , membantu keletihan dan menahan kesakitan.



Kelebihan Jus Delima Asli

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.


Delima Mengurangkan Berat Badan

Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan, Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan meningkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.


Delima Memberi dan Merangsang Tenaga Batin

Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima” kata penyelidik


Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Jus Buah Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”


Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung

Meminum Jus BuahDelima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda waktu malam. Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asi folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.


Delima Melawan Kanser Payudara

Kajian Penyelidik mendapati Jus Buah Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.


Delima Melawan Penyakit Jantung

Jus Buah Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.


Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.


Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolesterol

Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.


Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah

Jus Buah Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.



Foodilicious Kitchen, Shah Alam

Assalamualaikum wbt..


Akhirnya setelah berbulan bulan mengidam nak makan dekat Foodilicious Kitchen, saya dapat juga pergi semalam.


Kewujudan Foodilicious ni saya tahu melalui Instagram. Suka main click click, follow sana sini, tiba tiba terjumpa Instagram Foodilicous ni.


Gambar makanan makanan dalam Instagram Foodilicious ni tak payah cakapla. Memang nampak sedap! Lepas tu diorang rajin Re-post gambar gambar yang customer diorang tag. Hm lagilah saya tak sabar nak cuba.




Grilled Chicken Cajun RM13.90


7 Spices Lamb RM14.90



Ni Instagram Foodilicious Kitchen


Ada macam macam makanan wehhh!!


InsyaAllah lepas ni kalau berkesempatan ke Shah Alam saya akan pergi lagi untuk cuba menu lain


Foodilicious Kitchen, Shah Alam
Kompleks Anjung 7,
Seksyen 7, Shah Alam
Open Daily : Isnin - Ahad ( 6pm - 11pm )
Landmark : Belakang Unisel Shah Alam

Monday 5 January 2015

ProSanté Hair Care System by Shaklee

Assalamualaikum wbt..


Harini saya rasa saya nak share pasal Set Penjagaan Rambut dari Shaklee (ProSanté Hair Care System by Shaklee ). Mesti ada yang terkejutkan bila tahu Shaklee ada jual produk luaran untuk rambut. Shaklee bukan sahaja pentingkan penjagaan dalaman, malah penjagaan dari luar pun Shaklee ambil tahu tau.


Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat.


- Rambut Normal

Ciri-ciri :

Mempunyai tekstur yang lembut tetapi kuat dan bersinar. Ini disebabkan oleh hormon yang seimbang dan penghasilan bahan kimia dalaman yang ideal.
Mudah didandan dan senang diuruskan. Ini kerana rambut normal selalunya beralun cantik dan tidak mudah kusut ataupun berserabut.


- Rambut Kering

Ciri-ciri:

Terjadi disebabkan oleh kekurangan kandungan air dan minyak di kulit kepala.
Rambut kering nampak kasar dan kusam.
Teksturnya juga kasar dan mudah patah.
Aktiviti menyikat perlu dilakukan dengan lembut supaya rambut tidak rosak.


- Rambut Berminyak

Ciri-ciri:

Penghasilan minyak berlebihan pada kulit kepala menyebabkan rambut berminyak dan bentuknya leper.
Rambut berminyak mengundang kotoran dan debu dengan mudah.
Rambut berminyak tampak lebih berkilat walaupun tanpa menggunakan pelembap.
Rambut jenis ini kelihatan lebih berat disebabkan strukturnya.


- Rambut Kombinasi  

Ciri-ciri:

Rambut jenis ini mempunyai akar rambut dan kulit kepala yang berminyak, tetapi hujung rambut yang kering dan kasar.
Kesan pendedahan cahaya matahari yang melampau dan rambut yang lama tidak dipotong boleh menjadi penyebab rambut campuran.


- Rambut Rosak

Ciri-ciri:

Keseluruhan rambut kelihatan tidak bermaya, kering, kusam dan kasar hasil daripada pencemaran dan kerosakan seperti penggunaan bahan kimia yang melampau.
Faktor genetik.
Persekitaran (habuk, debu).
Diet yang salah.
Tekanan juga boleh menyumbang kepada masalah rambut.




ProSanté Hair Care System by Shaklee



1) Nourishing Scalp Treatment (Rawatan untuk kelemumur)



At the heart of ProSanté Hair Care System is Nourishing Scalp Treatment with the highest concentration of our exclusive Scalp Health Complex.

Nourishing Scalp Treatment gets to the root of hair problems with a highly derma-available serum that stimulates circulation, protects against environmental assaults and provides nourishing ingredients to the scalp

Antioxidant vitamins A and E, and co-enzyme Q10 protect against free radical damage and environmental stresses

Works to provide the optimal environment for your hair

No-rinse formula lets you apply, style and go

Does not leave hair sticky or oily

The Shaklee Difference

ProSanté Nourishing Scalp Treatment is an exclusive formula, proven to reduce hair loss during combing and naturally thicken and strengthen hair when used as part of the ProSanté Hair Care system.



2) Revitalizing Shampoo (Shampoo untuk kulit kepala kering)




Humectants smooth hair cuticles and with volumes
Gentle patented cleansing system
Invigorates and balances scalp and hair without overhydrating or dying



3) Replenishing Conditioner




Concentrated moisture for intense shine and silky softness
Repairs surface damage and mends split ends
Strengthens hair with nature-based protein and humectant



4) Purifying Shampoo (Shampoo untuk kulit kepala berminyak)




Deeply cleanses, removing residue of styling products, mineral build up and other environmental pollutants
Maintains natural lipid and moisture balance and does not strip away color
Ideal for healthy oil control, hair stays flake free




5) Long Lasting Finishing Spray




 "Medium hold" keeps style in place
 Provides UV protection
 Manage frizz and fly-away



Jika anda berminat untuk mencuba ProSanté Hair Care System by Shaklee. Jangan segan segan untuk hubungi saya seperti yang tertera dibawah :



Khasiat Buah Delima

KHASIAT BUAH DELIMA UNTUK KESIHATAN


.Antioksidan.

Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi.

Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzeimer(berkait dengan ingatan dan memori).


.Melindungi jantung.

Kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan strok.

Buah delima membantu mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri.


.Menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).


.Mencegah dan mengubati kanser.

Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser.

- Dikatakan jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sihat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.

- Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.

- Buah delima juga dikatakan dapat membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

.Mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer.

Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 % pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.


.Sumber nutrisi.

Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.


.Untuk kecantikan kulit.

Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit secara semula jadi.

Kandungan gula didalam buah delima juga dikatakan mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan awet muda selalu.


.Untuk ibu mengandung.

Melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama 9 bulan kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

Jus buah delima juga dapat membantu melahirkan anak yang sihat dan cerdas.

Bagi ibu yang mengandung, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dan tingg idengan kandungan asid folik yang dapat mencegah dan mengelakkan kecacatan tiub saraf yang boleh menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.


Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.





Sunday 4 January 2015

Eat Clean : Scramble egg with chicken and cauliflower

Assalamualaikum wbt..


Dua hari lepas saja je timbang berat. Berat maintain je. Dah risau berat naik sebab last 2 months memang suka makan nasi banyak kali.


Lepas tu banyak guna inhaler sebab asthma. Saya memang lemah sikit kalau kerap sedut inhaler. Berat cepat naik. Cepat gemuk!


Nasib baik dah start consume Lecithin, Omega Guard dan Alfalfa untuk slim down dan kurangkan asthma.


Tapi tetap rasa nak diet.


So terus godek godek fridge dan jumpa telur 3 biji, kobis bunga dan ayam.


Konon nak buat macam scrambled eggs with cauliflower and chicken.


Kobis bunga dengan ayam tu potong kecik kecik. Supaya senang nak gaul sekali dengan telur. Telur 3 biji ni cukup la kalau nak sharing dengan ahli keluarga 4 orang.


Campak je ayam dalam kuali. Goreng atas api sederhana sampai ayam masak, masukkan kobis bunga yang dah di potong kecil kecil. Letakkan sos tiram 1 sudu kecil untuk perasa. Agak agak kobis dah lembut, masukkan telur dan sedikit garam. Kacau macam nak buat telur hancur. Siappp.


Adik saya makan dengan roti 2 keping. Dia buat macam sandwich. Sedap juga.


Fish n Co , One Utama

Minggu lepas, hari yang super pack, super sibuk dan super penat. Allah je yang tahu perasaan penat saya macam mana. Tapi saya tak merungut, sebaliknya saya pergi jalan jalan! Hahahaha


Ala tak jalan jauh pun. Masih di dalam Kuala Lumpur darul jem. Hehehe


Hari Khamis cuti Sultan Selangor baru ni, saya kena hantar dokumen ke office consultant, diorang Damansara, KL so kena kerja, saya lepas hantar dokumen tu dah boleh pergi makan! So pagi sebelum ke Damansara saya message kawan untuk teman kan saya.


Kena drop kan document je. 2 minit pun tak sampai. 


Lepas dropkan document kitorang terus ke One Utama, sebab dekat sangat dengan office consultant tu tadi. Elok parking jam dah pkul 12 tengahari. Perut masing masing dah lapar. Pusing pusing turun naik escalator dalam One Utama tu, lepas tu decide nak makan dekat Fish n Co.






Bila sampai depan kedai tu, rasa macam Manhattan Fish Market, sebab maincourse dekat Fish n Co ni seafood jugak. Cuma kawan saya cakap dia lagi sedap dari Manhattan fish Market. So just give it a try la. Since saya pun penggemar ikan.


RANGE OF MENU. PINJAM DARI WEBSITE FISH N CO



STARTER



FISH AND CHIPS



SEAFOOD





Ni rupa Starter Platter. Rupa tak semenggah sebab dah kena baham baru teringat nak snap. Ada Fried fish nuggets, fried calamari, fried prawn and french fries with Mayo and another one is their own sauce I think.



Atas tu kawan saya punya Seasonal Catch with Spicy Teriyaki. Bawah tu saya punya Baked White Fish with Mozza Cheese. Since I am not a spicy fan, so I just stick with my mozza cheese and mash potatoes. Hehehe

Those 2 dishes comes with 2 side dish. I ordered rice and mash potato and my friend ordered rice with coleslaw. Dua dua sedap! Ikan pun sedap! My friend punya Spicy Teriyaki sauce pun dia cakap sedap!!

Semua sedap!!! Dan mengenyangkan T_T




So I shall pay a visit again next time!! Love your food Fish n Co!! :*

Friday 2 January 2015

PROMOSI SHAKLEE JANUARI 2015 : Vivix, Alfalfa, Vita Lea for Children

Assalamualaikum..


Tahun baru 2015. Hari pertama dalam tahun baru 2015. Kami diberikan berita gembira. Saya nak share, kami ada 7 berita gembira untuk anda!! Oh Mai Goat!

Meh nak share satu persatu :

1) VIVIX SHAKLEE PROMO BUY 6 FREE 1!!!

2) VIVIX SHAKLEE PROMO BUY 2 AND GET 5% OFF!!!

3) ALFALFA COMPLEX SHAKLEE PROMO BUY 6 FREE 1!!! * untuk kedua dua size SMALL & LARGE *

4) ALFALFA COMPLEX SHAKLEE PROMO BUY 2 AND GET 5% OFF!!! * untuk kedua dua size SMALL & LARGE *

5) VITALEA FOR CHILDREN KINI KEMBALI BERAKSI!!!

6) VITALEA FOR CHILDREN PROMO BUY 3 FREE 1!!!

7) CINCH TEA MIX SHAKLEE KINI KEMBALI!!!



Fuhhhhhhhh.. Excited!!!


Suka saya nak cerita, kalau anda rasa sekarang tengah terasa semakin kesempitan wang, semakin banyak duit tapi semakin banyak berbelanja, atau saja nak tambah pendapatan sampingan, marilah mula sekarang!


Join saya dan kawan kawan yang baik hati, bersama sama dalam bisnes Shaklee yang sangat menguntungkan InsyaAllah..


Okay sekarang nak cerita pasal Promo JANUARY 2015 Shaklee Malaysia.



1) VIVIX SHAKLEE PROMO BUY 6 FREE 1!!!

~ Harga sebotol Vivix Shaklee ialah RM475. Kalau anda share dengan kawan kawan atau saudara mara atau ibu ayah, memang sangat untung. Sebab beli 6 botol dan anda dapat PERCUMA 1 BOTOL VIVIX SHAKLEE. Boleh jadi jatuh sebotol harga RM408 je. Anda JIMAT RM67 sebotol. Ya Allah murah sangat!!

~ Dahla akan dapat keahlian percuma berjumlah RM75 seumur hidup. Lepas tu, nanti bulan February 2015 anda akan dapat rebate lagi. YaAllah tak ke seronok??

~ Vivix Shaklee ni nama lain dia Supplement All in One. Sebab dia boleh bantu banyak masalah. Dari muka kusam, dari yang ada penyakit kulit, bantu untuk bakar lemak, bantu elak kanser, bantu perokok tegar untuk berhenti merokok, bantu mereka yang ada kencing manis dan banyak lagi!

~ Kalau nak tahu lebih lanjut pasal VIVIX SHAKLEE anda boleh klik sini http://vitaminibu.com/vivix-shaklee/

LAGI TENTANG VIVIX SHAKLEE

Vivix bantu pesakit darah tinggi

Vivix bantu pesakit jantung

Vivix bantu pesakit gout

Vivix bantu tingkatkan tahap kesihatan


2) VIVIX SHAKLEE PROMO BUY 2 AND GET 5% OFF!!!

~ Tadi saya cakap sebotol Vivix Shaklee RM475 kan. Ha ni kalau rasa rasa nak beli 2 botol je pun boleh. Sebab akan dapat 5% diskaun!! Sebelum ni Shaklee tak pernah buat lagi Buy 2 get 5% untuk Vivix Shaklee.

~ Ha yang ni anda akan JIMAT RM47.50! Wowwww. Jumlah belian akan jadi RM902.50 je. Kalau tak RM950 tau. Haaaa. Yang ni pun anda akan dapat FREE MEMBERSHIP. Lagi akan dapat Rebate jugak bulan February 2015 nanti. Berbondong bondong keuntungan!!



3) ALFALFA COMPLEX SHAKLEE PROMO BUY 6 FREE 1!!! * untuk kedua dua size SMALL & LARGE *

~ Alfalfa Complex Small berharga RM53.75 sebotol. Manakala Alfalfa Complex Large berharga RM97.50 sebotol.

~ Buy 6 Free 1 Alfalfa Complex akan membuatkan anda jimat RM7.65 sebotol! Bestnya Alfalfa ni, dia sangat sangat membantu proses untuk detox toksin dalam badan. Akan membantu pesakit kencing manis. Juga akan bantu mereka yang berperut buncit. Hehehe InsyaAllah dengan cara makan yang betul, akan kelihatan ramping! Wahhh

LAGI TENTANG ALFALFA SHAKLEE

Kebaikan dan manfaat Alfalfa

Alfalfa untuk kurus, resdung, penyusuan

4) ALFALFA COMPLEX SHAKLEE PROMO BUY 2 AND GET 5% OFF!!! * untuk kedua dua size SMALL & LARGE *

~ Yes lagi sekali, kalau tak ada orang sudi nak share buy 6 free 1 promo untuk Alfalfa Complex dengan anda, anda jangan sedih jangan nangis. Boleh beli 2 botol dan cuba dahulu untuk diri sendiri. Mesti puas hati. Dapat 5% juga tau! Kena bayar RM102.20 je. Kalau tak anda kena bayar RM107.50. Jimat RM5.30.Ni kalau SMALL. Kalau LARGE kena bayarRM185.25 sepatutnya kena bayar RM195. Jimat RM9.75.



5) VITALEA FOR CHILDREN KINI KEMBALI BERAKSI!!!

~ Haa kemana hilangnya Vitalea for Children sebelum ni? Mereka telah ditambah baik, dinaik taraf dan diperbaharui!

~ VITALEA FOR CHILDREN dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Ia diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian.

~ Berharga RM111 sebotol yang mengandungi 60 tablets. Senang dikunyah atau dihisap. Nyumnyum!



6) VITALEA FOR CHILDREN PROMO BUY 3 FREE 1!!!

~ Anda takkan menyesal kalau beli 3 botol Vitalea for children ni. Sebab kanak - kanak pasti akan suka. Dan mereka insyaAllah lebih sihat, lebih bertenaga, jarang sakit sebab Multivitamin ni penuh dengan Vitamin dengan Mineral yang diperlukan oleh kanak kanak berumur 4 tahun dan keatas.

~ RM111 sebotol dan jika anda beli 3 botol dengan harga RM333 anda akan dapat PERCUMA lagi 1 botol Vitalea for Children!



7) CINCH TEA MIX SHAKLEE KINI KEMBALI!!!

~ Dekat setengah tahun Cinch Tea Mix ni tak ada dipasaran tau. Sebab ianya telah diperbaharui. Mesti sangat sangat best lepas ni! Tak sabar nak beli!

~ Energy booster untuk para pelajar yang selalu stay up untuk study. Energy booster untuk pekerja yang gigih dan rajin bekerja. Energy booster untuk ibu atau suri rumah yang selalu sibuk dengan urusan rumah dan lain lain kerja.


Fuhhhh.. saya harap sedikit penjelasan saya diatas ni membantu. Kalau tak faham atau rasa rasa macam saya kurang bagi info, jangan segan jangan malu untuk contact saya ya. InsyaAllah saya bantu.



SELAMAT TAHUN BARU! SEMOGA ANDA YANG MEMBACA CORETAN SAYA NI SEMAKIN KAYA, SEMAKIN BAHAGIA DAN SELALU BERADA DIDALAM RAHMAT ALLAH SWT. AMINNNNNN




Resepi Cheese cake simple dan mudah

Assalamualaikum wbt


Hari ni saya nak share resepi cheese cake simple dan mudah


Saya taip dalam blog ni sebab nak memudahkan diri sendiri buat rujukan je. Hehehe

Resepi :

Crust ♡♡

150gm Digestive cookies
70gm butter
*boleh diubah suai mengikut saiz dulang kek*


Cake ♡♡

2 blocks of Philadelphia Cream Cheese
150gm gula kastor (bila dah combine dengan cream cheese nanti, boleh rasa adunan kalau nak tambah lagi)
2 biji telur gred A

Caramel sauce ♡♡

200g gula 
2tbs air 
200ml whipping cream 
1/4tsp garam

Tambahan ♡♡

Hirisan Toblerone / Snickers / Hersyes Kisses (potong kepada kepingan kecil)
Jus lemon 1 @ 2 sudu kecil

Cara - cara : 

1) Mula mula sediakan crust dahulu. Ramas digestive cookies dengan tangan. Tahap hancur biskut tu nanti ikut diri sendiri sama ada nak hancur betul atau separa hancur. Masukkan butter. Gaul lagi. Biar adunan macam melekat. Jadikan base pada dulang kek. Sejukkan di dalam fridge selama 30 minit.

2) Gaul telur bersama cream cheese sehingga sebati. Masukkan gula kastor. Masukkan jus lemon kalau suka. Boleh rasa. Kalau rasa tak cukup manis dan masam. Boleh tambah lagi gula dan jus lemon.

3) Tuang sedikit adunan cream cheese tadi ke dalam dulang kek sehingga menutupi crust base. Susun chocolate toblerone / snickers / hersyes kisses di dalam adunan cream cheese. Mampatkan sedikit (Kalau ada chocolate) Kalau boleh, tutup hampir kesemua adunan cream cheese yang mula mula tadi. (Rasa kek akan lagi lebih sedap! ^_^ )



4) Tuang baki cream cheese.

5) Bakar kek pada suhu 150 celcius selama 20 - 40 minit. *ikut oven* Selalu jenguk, jangan sampai kek merekah 

6) Boleh hias dengan caramel sauce atau buah buahan masam dan dihidang.

7) Lebih sedap kalau sejukkan dahulu kek baru makan.


Kek saya merekah sebab overbaked. Tapi tak kisahlah sebab sedapppppp. Rugi saya letak toblerone sikit sangat. Adik adik puji cakap lagi best dari Resepi Rahsia. Hehehe

Caramel Sauce : 

1) Satukan gula dan air. Kacau rata. Lepas dah kacau rata baru buka api. Bila dah buka api, jangan kacau, biarkan je. Bila gula mula mencair dan nampak kepulan asap kecil, baru kacau balik sampai nampak caramel. Kecilkan api. Tunggu sehingga gula mula kelihatan brown-ish dan betul - betul mencair, tutup api. Biarkan sejuk.

2) Dalam kuali lain, masukkan whipping cream dan garam. Kacau dulu, bagi serata baru buka api. Bila whipping cream sudah berbuih, sudukan sedikit whipping cream tadi kedalam gula caramel. kacau sebati. Kemudian tuang kan semua lebihan whipping cream tadi. Kacau lagi. Tutup api. Boleh terus guna bila dah sejuk.


SELAMAT MENCUBA!

Thursday 1 January 2015

TIPS : Sentiasa minum air kosong

Assalamualaikum wbt..


Pertama sekali saya nak cakap yang tips ni adalah apa yang saya sendiri buat dan praktik. Dan setakat ni alhamdulillah memang menjadi. Cumanya saya kena sangat sangat berdisiplin







Saya seorang Shaklee Independent Distributor (SID) jadinya saya sendiri banyak makan supplement. Bila kita makan supplement ni, kita kena minum banyak air kosong supaya kita nampak keberkesanan sesuatu supplement itu.



Jadi, bila saya sendiri banyak makan supplement, saya kena pastikan saya minum air kosong lebih dari 2L sehari. Saya seorang yang bekerja di pejabat dari 8.30am sehingga 5.30pm dan kadang kadang boleh menginjak ke 7pm. Separuh hari saya di pejabat, tak pun saya bekerja luar dari pejabat.



Dalam situasi itu, saya tetap kena pastikan yang saya masih minum air kosong lebih dari 2L. Jadi apa yang selalu saya buat :



1) Saya akan letak 1 botol air mineral di berdekatan dengan tempat saya solat subuh dirumah. Macam saya, saya akan bentangkan sejadah saya di bahagian kaki katil, jadi saya letakkan 1 botol air mineral di tepi katil supaya bila saya usai memberi salam saya akan nampak botol air mineral dulu. So bila dah habis berdoa saya just grab botol dan minum 2 3 teguk. Letak botol di tempat asal, untuk rutin esok hari :)



2) 30 minit selepas solat subuh, saya akan ambil 1 supplement, Zinc Complex. Jadi saya akan letak botol air mineral yang lain di sebelah tempat botol supplement saya. Saya akan minum lagi air kosong 3 4 teguk.



3) Bila dekat pejabat, saya dah jadi habit untuk selalu isi penuh botol air 600ml di atas meja saya. Saya lebih suka air suam, jadi sebelum makan pagi, saya akan cuba minum 200 ml @ 300ml ( separuh dari botol 600ml saya ) air suam.



4) Saya akan letakkan botol air saya di sebelah monitor computer, supaya bila saya sedang pandang screen, saya akan ternampak botol air tu. Hehehe :)



5) Saya install Apps untuk remind saya minum air. Saya rasa Apps ni paling best, sebab bila saya lupa, handphone saya akan keluarkan notification. Contoh bila saya terpaksa keluar dari pejabat, saya akan sentiasa dapat reminder untuk minum air kosong. Senang kan?



6) Sentiasa order air suam kalau makan di kedai. Kalau anda order air manis pun, silalah order lagi 1 air suam. Sebelum makan makanan berat, elok sangat kalau minum air kosong 1 gelas. Elok untuk perut. Elok untuk penghadaman makanan.



Okay 6 ni saja tips saya, kalau saya ada tips lain, insyaAllah saya akan kongsikan lagi. Assalamualaikum ^_^

Pengedar Shaklee, Cara Daftar Ahli dan Cara Beli Shaklee Online

Senarai Pengedar Sah Shaklee
  1. Pengedar Shaklee Alor Setar : COD Area Jitra / Alor Setar
  2. Pengedar Shaklee Jitra : COD Area Alor Setar / Jitra
  3. Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil
  4. Pengedar Shaklee Klang : COD Area Klang / Kapar / Meru / Setia Alam
  5. Pengedar Shaklee Seremban : COD Area Seremban / Seremban 2 / Panchor
  6. Pengedar Shaklee Ampang : COD Area Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / Sri Rampai
  7. Pengedar Shaklee Temerloh : COD Area Temerloh
  8. Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : COD Area Kuala Lumpur / Cheras
  9. Pengedar Shaklee USJ : COD Area USJ / Subang Jaya / Sunway
  10. Pengedar Shaklee Puchong : COD Area Puchong / Kinrara
  11. Pengedar Shaklee Kuantan : COD Area Kuantan
  12. Pengedar Shaklee Shah Alam / Subang Jaya : COD Shah Alam / Subang Jaya
  13. Pengedar Shaklee Miri : COD Miri / Brunei
  14. Pengedar Shaklee Cheras : COD Cheras / Ampang / Hulu Langat
  15. Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam : COD Klang / Shah Alam

  16. Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

    Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2016 ada di sini.


    Cara Beli Produk Shaklee Online

    Order Produk Shaklee Online melalui link yang disertakan di bawah
    1. Buy Shaklee Online Malaysia - For english user, buy Shaklee directly from Shaklee HQ
    2. Beli Shaklee Online Malaysia - Beli Shaklee daripada Pengedar Shaklee Bertauliah
    3. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...