Hari ni baru berkesempatan nak bercerita berkenaan produk terbaru dari Shaklee.. Iaitu Phytocol - ST. Haa nama dia gempak kan? Hehehe..
DON'T MISS IT! Haa kemain kan poster Phytocol - ST ni. Phytocol - ST ni bakal dilancarkan seminggu lagi. Ya Allah teruja sangat! Produk ini akan dilancarkan pada 7hb June & 8hb June 2014. Iaitu semasa National Conference 2013/2014 yang bakal dihadiri seramai 4000 orang kalau tak salah saya.
Dari tadi teruja tapi tak cerita lagi apa bestnya Phytocol - ST ni.. Apa kebaikan dia. Berapa harga dia. Haa saya jadi teruja sebab saya dah tahu banyakkkk manfaat dan kebaikan bakal kita dapat kalau kita mengamalkan Phytocol - ST ni.
Phytocol - ST ni sangat baik untuk mereka yang ada masalah dengan kolesterol. Terutama mereka yang ada banyak kolesterol dalam badan. Seperti yang kita tahu.. kalau kolesterol berlebihan dalam badan.. ia akan effect dekat jantung manusia. Jantung nak pakai lama kan. Tanpa jantung siapalah manusia. Cewah
Malaysia negara orang gemuk. Amboi sentap mak nak. Haha saya pun kategori *batuk* GE *batuk* MUK *batuk*
HAHAHA
Bukan gemuk sangat. Tapi kalau kira BMI tu tak cantik la bacaan dia. Hahaha
AMARAN!
Lebih dari 6 JUTA? Mak aiiiiii
Adakah anda salah seorang? Adakah kita salah seorang daripada rakyat Malaysia yang tinggi kadar kolesterol?
Haa tepuk dada, fikir kembali. Haha
Phytocol - ST ni mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan sebanyak10% sehingga 15%. Banyak tu. Yela selama ni dok makan best - best tapi tak ada aktiviti keluarkan peluh. Jadinya kolesterol tu duduk je dalam badan tak pergi mana - mana. Jadi dengan adanya supplement terbaru dari Shaklee ni anda mampu menghilangkan kolesterol dalam badan tu. Siapa tak suka?
Jika kadar kolesterol tinggi dalam badan, ia akan mengakibatkan salur darah kita tersumbat. Apa jadi bila tersumbat? Darah tak mampu untuk mengalir dengan lancar. Saluran darah yang tersumbat adalah antara punca utama menyumbang kepada kerosakan organ dan boleh mengakibatkan penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi, serangan jantung, strok dan lain - lain.
Haaa takut tak. Sekadar peringatan untuk anda dan juga saya.
INFO :
Phytocol - ST Shaklee ialah rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
BAGAIMANA FITOSTEROL BERTINDAK :
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol, semakin kurang kolesterol yang akan di serap ke dalam tubuh anda dan semakin tinggi peluang untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL ( kolesterol jahat ) anda.
Retail price untuk Phytocol - ST ini adalah RM197.00 sebotol. Sebotol mengandungi 120 tablets. Cukup untuk sebulan. Harga ini murah jika hendak dibandingkan dengan kos rawatan yang anda perlu lalui jika anda lambat bertindak untuk menjaga kadar kolesterol dalam badan. Bertindaklah sebelum terlambat.
Jadi apa tunggu lagi? Jom cepat - cepat letak nama anda untuk book Phytocol - ST untuk diri sendiri, suami, ibu bapa dan keluarga.
Boleh hubungi saya seperti yang tertera dibawah :
Assalamualaikum. Teruja juga dengan produk baru ni...boleh lah grab satu pada hari raya nanti.
ReplyDeletewslm.. Sangat teruja! Jngan lupa dapatkan Phytocol - ST dengan SID yang bertnggung jawab puan :)
ReplyDelete