Harini mood rajin nak update entri. Hehehe
Apa dia kelebihan Vitamin B Complex Shaklee ?
So bercerita tentang Vitamin B Complex. B Complex ni adalah kombinasi semua Vitamin B yang diperlukan oleh badan dan paling penting Vitamin B Complex Shaklee mengandungi Asid Folik atau dikenali sebagai Folic Acid dalam bahasa inggeris.
Asid folik yang digunakan oleh Shaklee adalah semulajadi dan dicipta oleh saintis Shaklee yang pertama seumpamanya di dunia. Ianya dihasilkan dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.
Asid folik semulajadi biasa tidak mudah diserap oleh tubuh kita dan 99% asid folik di pasaran terkini bersifat sintetik, dan bukannya semulajadi seperti yang ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee.
Risiko dan kesan kekurangan asid folik ( terutama untuk ibu hamil )
~ Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
~ Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
~ Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.
~ Sebenarnyaa pengambilan asid folik disarankan diambil 3 bulan sebelum kita merancang untuk mengandung. Dan diteruskan lagi sehingga habis trimester pertama.
B Complex Shaklee ini juga dipanggil dengan nama Vitamin Anti - Stress. Kenapa anti - stress?
Dengan mengamalkan pengambilan supplement B complex Shaklee anda ia akan membantu dalam peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur. B Complex Shaklee juga mengurangkan stres dan risiko penyakit-penyakit kronik.
Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stress
B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.
- Vitamin B1 ~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma
- Vitamin B2 ~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.
- Vitamin B3 ~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.
- Vitamin B5 ~ mengurangkan stress fizikal dan mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang
- Vitamin B6 ~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya
- Vitamin B12 ~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual
- Biotin ~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit
- Asid Folik ~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya
Keistimewaan Vitamin B Complex Shaklee
Vitamin B adalah vitamin larut-air; oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan Vitamin B.
Tetapi, harus diingat bahawa pengambilan berlebihan pun tidak bagus sebab ia akan memberi bebanan lebih kepada buah pinggang kita. Itu sebabnya Shaklee memastikan produk-produk mereka adalah seimbang dengan melakukan 83,000 ujian kualiti (QC test) setahun.
Apakah Kesan Utama Akibat Kekurangan Vitamin B ?
1) Keletihan.
2) Perleche - keradangan belah bibir (atau sudut-sudut mulut) berikutan kulat atau jangkitan bakteria.
3) Lemah Ingatan
4) Sakit Lidah
5) Hilang Berat Badan Secara Tidak Sihat
6) Anemia - keadaan perubatan di mana kiraan sel darah merah atau hemoglobin adalah kurang daripada biasa.
7) Masalah Kulit (Skin Lesions)
8) Insomnia - gangguan tidur atau ketidakupayaan untuk tidur.
9) Jantung Membesar
No comments:
Post a Comment