Showing posts with label tfa makan. Show all posts
Showing posts with label tfa makan. Show all posts

Monday, 24 August 2015

A La Carte Buffet Dinner at China Treasure Sime Darby Convention Centre

Assalamualaikum wbt

After so many months. I am back people!! Busy tahap gaban!

So we shall start new entry after 5 months (?) with food entry. Hahaha


Kali ni dinner di China Treasure, Sime Darby Convention Centre. 

Kebetulan memang tengah cari tempat makan untuk celebrate anniversary yang ke-9 perkenalan. Cewah. So carila yang agak agak luar biasa tapi masih under budget. 

Saya buka Groupon.com untuk cari deal yang berbaloi baloi. Knowing me, I really loves groupon because for me it is worth it. For food deal especially. Ngehehe. So I found this voucher from rm120 jadi rm58 je. Siapa taknak! Lagipun halal fine dining. 

So I take a look at the menu. It is really really really worth it! Looks like all the menu are my fav food!! Hahaha

Terus rakus rakus click 'buy' ! Hahaha


Call for booking and I was really excited for the dinner.


The Sime Darby Convention Centre building was really easy to find. Just a little confusion for the restaurant it self. Luckily there's a few waiter are preparing for the tomorrow event i guess. So I ask one of them to guide us to China Treasure. It is on the 1st floor of the Convention Centre. Can easily access by lift or escalator.
Once we arrived, the manager I think guide us to our table and gave us the menu sheet. I already had in my mind what I want to eat since my partner gave 100% decision to me as he will eat anything that I order. 

Even he ask me to choose the drink either. Small matter. Done with the ticking. And now we wait.
Since we arrived around 8.20pm, the place already pack with 3 families I think. I love the decorations of the restaurant. There is a big aquarium for their fresh fish. Soon to be catch for our steamed tilapia . Muehehe

The food arrived after 15minutes. Cepatkan? Mungkin sebab kami je yang baru order. Orang lain dah tengah makan pun. Hehe

Mind you, the kitchen closed at 9pm everyday. So sila datang awal untuk puaskan hati dan puaskan perut.

Sila tatap gambar makanan kami di bawah. Restoran tu penuh dengan lampu kuning dan deco pun banyak warna gold, so gambar pun jadi kuning. Hahaha ( don't blame the camera )

Ni favourite saya. Suka salutan dari kuning telur masin tu. Addicted 

Ni pun sedap! udang fresh. cuma leceh nak kena kopek kulit je hehe

Ya ampun. Ni lembut sangat! first time makan daging rusa. Recommended

Sebagai penggemar ikan, saya recommend dish ni! isi dia fresh. kan saya cakap dia ada aquarium dalam restaurant tu

untuk ini, saya rasa biasa biasa je. mungkin sebab saya bukan penggemar itik. Hehe tapi sos dia not bad. rasa manis manis. Daging dia tebal dan padat!

Ni sup dia pekat. isi tak kedekut. banyak isi ketam dan scallop. untuk 2 orang makan memang banyak

hidangan ni dia bagi free. sebab kami makan menggunakan voucher groupon. udang dia fresh dan besar gilaa.. walaupun penat nak kupas kulit tapi saya puas hati. hehe. sos dia pedas manis macam tu.

This is how my plate looks like all the time.
Dari atas ikut arah jam, prawn cereal and oat, salted fish fillet, itik, daging rusa, ikan tilapia!


Kami order Jasmine Green Tea in a teapot. cukup untuk 2 orang. dapat 2 cawan sorang. RM9.60 including GST.


Jadi jumlah kami makan haritu RM58 + RM58 + RM9.60 = RM125.60


Overall, puas hati sebab kenyang sangat. cuma sedih sikit tak sempat merasa signature dish dia. Egg yolk bun. Ramai orang cakap best. Takpe takpe. Next time ada lagi groupon untuk dinner atau dimsum, pasti kami beli lagi. Hahaha



China Treasures , 
Address: Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Phone:+60 3-2089 3788




Thursday, 5 February 2015

BFF TRIP : Langkawi Island, Malaysia - Part 2

Nak baca episod sebelum ni tekan sini - Part 1


Flight kami dari KLIA 2 pukul 6.25ptg 15 November 2014 dan landed di Langkawi International Airport pukul 7.15pm. Cuaca dari KL hujan renyai renyai. Sampai sana pun dah Maghrib dan tak nampak laut pun. Nampak lampu je dari atas. Sedihhh T_T .. 


Dah sampai dalam kawasan airport tu, banyak kaunter perlancongan yang bukak. Sekali pandang macam tempat beli tiket bas pun ada. Banyak promotion yang bersesuaian untuk sesiapa yang jadi pelancong di Langkawi.


Kami sempat ambik banyak pamplets dan catalogue. Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan rupanya di Langkawi ni. Saya ingat Mahsuri dan Tasik Dayang Bunting semata - mata. Maafkan daku T_T


Sampai di pintu hadapan airport pulak kami disapa oleh ramai orang yang memberi khidmat kereta sewa. Memang banyak! Dan bising sikit. Haha



Nasib baik kawan kitorang memang dah ada book dengan sorang brader ni, so keluar je dari main door airport tu, terus je la cari brader tu. Sebab dia memang dah tunggu kitorang. Dia sediakan Myvi Putih untuk kami berempat, mula mula ingat muat la kan Myvi sebab kitorang 4 orang je kot! Rupanya lupaaaaa.. Luggage kami. Hahaha ni memang lawak T_T


Myvi Putih / Auto / 1 hari RM90


2 beg je muat dekat bonet Myvi tu, lagi 2 kena pangku. Terus dah imagine nanti last day macam mana? Chocolate? Souvenir? Hahahaha takpelah kami pasrah hahaha


Kitorang sewa Myvi tu 3 hari .. Sebab kitorang sampai pun dah lepas Maghrib. Lepas ni flight balik KL nanti pkul 7 lebih juga. So total RM270 la kitorang bayar. Tak ada deposit sebab kawan kitorang dah memang kenal lama dengan company tu. Hehe


Keluar je dari Airport kitorang terus ke Hotel yang telah di booked. Kitorang pilih Simfoni Resort. Nama je Resort ye, tapi dia jauh dari pantai, hehehe dekat dengan Pekan Kuah. Rasanya dalam 10 minutes drive ke Pekan Kuah yang famous tu.

Simfoni Resort
Lot 1-13, Bandar Kuah,
Jalan Taman Pelangi,
07000 Kuah,
04 - 969 8989
(Landmark : Belakang Langkawi Parade Megamall)

Kalau korang dari jalan besar, InsyaAllah tak terlepas simpang dia, sebab ada signboard besaaarr dengan lampu lagi. Cuma kalau siang mungkin tak perasan. Hehehe


Masuk bilik je terkejut sebab not as expected sebab masa kitorang usha hotel ni through online, kitorang imagine biasa - biasa je sebab serious murah weh. Ni pun ambil dari Groupon. Kebetulan sangat!

Kitorang stay dekat Simfoni Resort ni 15 November 2014 - 17 November 2014. Check in pukul 8malam, check out pukul 10 pagi sebab nak ke motel seterusnya!


Simfoni Resort 2 hari tu RM300 je untuk 4 orang ( 3 hari 2 malam). Bilik dia MasyaAllah sangat selesa. Mini apartment concept. Plus, it is very comfortable, very cosy, very clean and neat. Cuma jauh sikit nak menapak sebab bilik kami hujunggggg sekali. Tingkat 3 boleh naik lif. Hehe Interior hotel dari Lobby ke Lift ke bilik pun just nice and pretty.


Banyaknya cerita pasal Hotel. Padahal Part 1 dah ada gambar gambar kan.


Okay lepas dah letak beg dan rehat sekejap, kitorang keluar balik sebab nak ternak lemak. Padahal dekat Putrajaya Central siang tu pun dah makan dah.


Disebabkan kawan kitorang sorang tu memang kerap ke Langkawi , so dia suggest untuk makan malam di Veena Restoren. Saya tak pasti lokasi dekat mana, tapi area Pekan Kuah jugak la.


Kitorang order nasi putih 4, sotong goreng tepung untuk 2 orang makan, tomyam campur untuk 2 orang makan, telur dadar, sayur campur. Sotong dengan tomyam dia memang banyak! memang macam order untuk 4 orang makan. Fuhh kenyang gila kami malam tu. Total makan malam tu RM71.20. Divide by 4 cuma RM 17.80. Berbaloi sebab sedap dan kenyanggggg!

Veena Restaurant, 
Jalan Persiaran Mutiara atau lebih dikenali dengan nama Trimula.
credit : here





Lepas tu kami terus balik hotel untuk rehat dan merilekskan perut yang kekenyangan. Hehehehe

Saturday, 24 January 2015

Mee Tarik Warisan Asli : Danau Kota PV128 Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt


Dua minggu lepas saya berkesempatan berkunjung ke Mee Tarik Warisan Asli ni. Saya first time pergi Mee Tarik yang dekat PV128 Danau Kota ni. Sebab sebelum ni saya selalu pergi branch Sungai Besi lama tu.

Mula mula try Mee Tarik dekat Sungai Besi tu mungkin 2 tahun lepas. Kebetulan kena jumpa consultant area Sungai Besi lama, cari parking tak jumpa so pusing pusing laa area tu. Tetiba ternampak banner besar Mee Tarik Warisan Asli.


Excited betul! Hehehehe


Lepas jumpa consultant terus jalan kaki pergi makan situ. Perut dah bernyanyi nyanyi :p


Memang sukaaaa sangat. Jatuh cinta dengan Mee Tarik ni sebab mee dia tu memang dah ada flavor yang cukup. Bagi saya laa. Hehehe


Jadi bila dengar Mee Tarik Warisan Asli ni ada buka cawangan baru dekat Danau Kota, lagilah excited. Sebab agak dekat la kalau banding dengan cawangan Sungai Besi tu.



Gambar tak boleh rotate T_T


Interior inside


Tu dapor diaaa ehehehehe



Ni menu adik saya. Kuey teow asing, dengan lauk daging.


Potato beef mee tarik. Portion dia banyakkk! Nyummm.


Nasi with Chicken and mushroom. Banyak juga portion dia..


Gerenti tak menyesal. Dengan harga yang murah anda dapat portion banyak dan sangat mengenyangkan.

Next time saya nak cuba Toothpick Lamb!!



gambar from google hehe tq akak sherrina. pinjam gambar ^_^

Tuesday, 6 January 2015

Foodilicious Kitchen, Shah Alam

Assalamualaikum wbt..


Akhirnya setelah berbulan bulan mengidam nak makan dekat Foodilicious Kitchen, saya dapat juga pergi semalam.


Kewujudan Foodilicious ni saya tahu melalui Instagram. Suka main click click, follow sana sini, tiba tiba terjumpa Instagram Foodilicous ni.


Gambar makanan makanan dalam Instagram Foodilicious ni tak payah cakapla. Memang nampak sedap! Lepas tu diorang rajin Re-post gambar gambar yang customer diorang tag. Hm lagilah saya tak sabar nak cuba.




Grilled Chicken Cajun RM13.90


7 Spices Lamb RM14.90



Ni Instagram Foodilicious Kitchen


Ada macam macam makanan wehhh!!


InsyaAllah lepas ni kalau berkesempatan ke Shah Alam saya akan pergi lagi untuk cuba menu lain


Foodilicious Kitchen, Shah Alam
Kompleks Anjung 7,
Seksyen 7, Shah Alam
Open Daily : Isnin - Ahad ( 6pm - 11pm )
Landmark : Belakang Unisel Shah Alam

Sunday, 4 January 2015

Fish n Co , One Utama

Minggu lepas, hari yang super pack, super sibuk dan super penat. Allah je yang tahu perasaan penat saya macam mana. Tapi saya tak merungut, sebaliknya saya pergi jalan jalan! Hahahaha


Ala tak jalan jauh pun. Masih di dalam Kuala Lumpur darul jem. Hehehe


Hari Khamis cuti Sultan Selangor baru ni, saya kena hantar dokumen ke office consultant, diorang Damansara, KL so kena kerja, saya lepas hantar dokumen tu dah boleh pergi makan! So pagi sebelum ke Damansara saya message kawan untuk teman kan saya.


Kena drop kan document je. 2 minit pun tak sampai. 


Lepas dropkan document kitorang terus ke One Utama, sebab dekat sangat dengan office consultant tu tadi. Elok parking jam dah pkul 12 tengahari. Perut masing masing dah lapar. Pusing pusing turun naik escalator dalam One Utama tu, lepas tu decide nak makan dekat Fish n Co.






Bila sampai depan kedai tu, rasa macam Manhattan Fish Market, sebab maincourse dekat Fish n Co ni seafood jugak. Cuma kawan saya cakap dia lagi sedap dari Manhattan fish Market. So just give it a try la. Since saya pun penggemar ikan.


RANGE OF MENU. PINJAM DARI WEBSITE FISH N CO



STARTER



FISH AND CHIPS



SEAFOOD





Ni rupa Starter Platter. Rupa tak semenggah sebab dah kena baham baru teringat nak snap. Ada Fried fish nuggets, fried calamari, fried prawn and french fries with Mayo and another one is their own sauce I think.



Atas tu kawan saya punya Seasonal Catch with Spicy Teriyaki. Bawah tu saya punya Baked White Fish with Mozza Cheese. Since I am not a spicy fan, so I just stick with my mozza cheese and mash potatoes. Hehehe

Those 2 dishes comes with 2 side dish. I ordered rice and mash potato and my friend ordered rice with coleslaw. Dua dua sedap! Ikan pun sedap! My friend punya Spicy Teriyaki sauce pun dia cakap sedap!!

Semua sedap!!! Dan mengenyangkan T_T




So I shall pay a visit again next time!! Love your food Fish n Co!! :*

Saturday, 29 November 2014

Me'nate Steak Hub, Jalan Genting Klang, Setapak

Assalamualaikumm..

Untung badan sendiri.. dapat adik yang banyak duit.

Muehehehe.. Tujuan nak makan makan sebab nak celebrate Anniversary Parents yang ke 27.. and to celebrate My Birthday yang ke 26.. hihi

So we decided to gather at Menate Steak Hub.  Me'nate Steak Hub ni adalah branch Me'nate Steakhouse, Jalan Kolam Ayer, Ampang.. Me'nate Steak Hub ni baru di buka pada November 2014.


Me'nate Steakhub Menu






Ni pula makanan yang kami order


Pepperoni with Mashed Potatoes ( RM 9.00 )


Grain Fed Ribeye ( RM 44.50 ) Medium Well
RM 19.00 / 100gm


Grain Fed T- Bone ( RM41.70 ) Medium Well
RM13.90 / 100gm


Lamb Rack ( RM69.10 ) Well Done
RM16.00 / 100gm


Beef Carbonara ( RM 22.00 )


Beef Meatball Bolognese ( RM 16.00 )


Steak dia Ya ampun sedapnyaaaaa.. Lembut and very juicy inside. Cuma my sister punya T Bone agak kenyal. Kitorang agak mungkin sebab product date dia 2 minggu sebelum. Tapi still not bad. Very huge portion of T Bone.

Every steak yang dipilih memang akan dicombo kan dengan Mashed Potato dan Coleslaw. Dan setiap steak yang kita beli juga akan diberi percuma 1 air. Free flow drink. Maknanya air berapa kali refill pun tak apa. Janji kena habis. 

Kalau tak habis bersedialah RM8 / per glass. Wahahaha. Nasihat saya.. makan dulu steak anda sampai habis baru fikir nak refill air ke tak. Takut kenyang.

Untuk main course selain dari Steak.. tak akan ada free air. Anda kena order air lain.. dan air tu juga akan jadi free flow. 

Jenis air yang saya perasan ialah - 

Cold :: White Coffee.. Hazelnut White Coffee.. Ice Tea with Milk..Ice Lemon Tea

Hot :: Plain water.. White Coffee




the five of us


the siblings ^_^


Bila makan memang semua puas hati. 

Thank you Me'Nate Steakhub. InsyaAllah kami akan datang lagi. 

Tuesday, 25 November 2014

Istana Bambu, Kuala Lumpur

Malam birthday haritu dapat invitation dinner dekat Istana Bambu, Kuala Lumpur. Katanya nak belanja sebab birthday. Kita layankan aje. Rezeki jangan ditolak ye dak. Musuh jangan dicari haha..



Lampu malap malap gitu. Macam exclusive sikit. Bila masuk tu dah macam masuk istana zaman lama. Interior dengan building dia semua natural.

Kayu dan buluh. Cantik!

So ni pintu depan dia..



Lepas tu ada macam titi..kena lalu atas titi kayu berbumbung gittew..

Neves takut tembus sebab gemuk en. Hahaa

Kitorang duduk dalam sebuah pangkin. Sesuai untuk 4 orang.. jangan risau pasal cuaca.. even malam panas pun dia ada sediakan kipas dalam each pangkin.. berbumbung juga.. kena duduk bersila atau bersimpuh..




So tengok tengok menu. Boleh tahan la harga dia. Ada dua size..small and big.. pilihlaa nak yang mana.. kita ni sebab orang belanja kan. So dapat pilih air je. Haha tak kisah sangat menu sebab semua sedap diorang cakap..

Banyak sembang pasal kerja dengan masa sekolah je. Rindu sangat!

Lama tak jumpa so banyak benda nak kena catch up.. banyak benda nak kena update.

Makanan sampai dalam 10 minit lepas order.. Kira laju jugak la.. Ke sebab tak ramai sangat malam tu..

So ni menu yang kami order.

Ikan siakap stim



Ayam lemon



Sotong cili



Kailan ikan masin


Semua sedap!! Serius!

Bukan sedap sebab orang belanja.. tapi kalau ada duit memang nak repeat. Sebab mahal. Haha!


Istana Bambu Restaurant
Address: Lot 841-842 Jalan Ulu Kelang - Ampang, 68000, Ampang, Selangor, 68000, Malaysia
Phone:+60 3-4251 4717

Cara nak pergi senang sangat. Boleh guna waze and search for Istana Bambu.


Enjoyyy

Tuesday, 11 November 2014

Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Klang

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Makanan semalam masih terngiang ngiang lagi.

Dalam keadaan macam ni laa yang tak sabar nak share dengan korang pasal Restoran Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Klang.

Ni sebenarnya plan makan makan dengan officemates. 7 orang dewasa. Staff sahaja. Boss takde. Haha lama jugak kami plan ni. Dari bulan Oktober 2014. Sebab duk tunggu gaji, lama sangat. Haha

Akhirnya tarikh 8 November 2014 dipilih. Kami ter-confuse sama ada nak makan di Bagan Lalang atau pun Tanjung Harapan. Sebab dua dua terkenal dengan Seafood.

Memandangkan hari sabtu adalah hari bekerja bagi sesetengah staff, maka kami pilih Klang sebab lebih dekat dan kurang penat kalau nak drive.

Perjalanan dari Ampang makan masa hampir 2 jam sebab kami sesat haha

Kami sampai dekat nak pukul 10pm. Time ni meja banyak dah kosong so kami bertujuh duduk je di tengah kedai. Nak pilih tepi muara, semua dah penuh. Tak apa lah.




Yang tak bestnya bila sampai lambat ni, banyak  seafood yang dah tak fresh. Lebih malang, kalau habis T_T

Ketam dah habis. Sekian :(

Jadi kami pilih

^^^^^^^

Ikan Siakap Masak Sweet and Sour



Ikan pari bakar



Sotong celup tepung




Udang masak pedas



Lala masak pedas




Rojak



Telur dadar
Menu yang tak ada dalam gambar : 
Tomyam ayam

Kangkung belacan

Udang celup tepung

^^^^^^^

Meja untuk 10 orang tu terus penuh hahaha padahal makan untuk 7 dewasa dan 3 kanak kanak
Banyak sangat laukkan. 

Air order asing asing.

Paling saya suka sotong dia.. tak kenyal sangat tak lembik sangat. Batter dia rangup. Puas hati. 

Makan sikit sikit slow slow sebab takut ending dia saya kekenyangan sampai tak boleh jalan.

So alhamdulillah taktik menjadi. Saya kenyang sangat tapi masih boleh kontrol jalan. Hahaha officemates lain semua dah sebu.

Makanan kitorang memang siap boleh tapau okay. Yelah pesen tamak haloba. Sotong 8 ekor, udang nearly 40 ekor atau lebih, ikan siakap seekor, ikan pari 2 potongan besar, lala 2 plastik, telur dadar, sayur dan rojak untuk 4 orang makan.

Alhamdulilah.. overall semua rasanya dalam rm454.00. Memang berbaloiiiiii!!!

Cubalah korang try pulak nanti. Hehehe. Kitorang tak book pun. Dan sebab sampai lambat..jadinya memang ada meja lebih.



Ni ada lagi makanan tak sampai lagi. Udang celup tepung, sotong celup tepung, sayur kangkung belacan,

So macam mana cara nak ke Muara Ikan Bakar ni?

Kami haritu waze je, taip Muara Ikan Bakar, insyaAllah jumpa. Tak jumpa juga cuba waze Northport (Malaysia) Bhd.

Bila dah sampai simpang 3 yang nampak Village Seafood tu, masuk kanan, dan terus je sampai nampak signboard MUARA IKAN BAKAR, lepas tu cari je parking, memang susah!! Hahaha Good luck!




Sekian, terima kasih


Pengedar Shaklee, Cara Daftar Ahli dan Cara Beli Shaklee Online

Senarai Pengedar Sah Shaklee
  1. Pengedar Shaklee Alor Setar : COD Area Jitra / Alor Setar
  2. Pengedar Shaklee Jitra : COD Area Alor Setar / Jitra
  3. Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil
  4. Pengedar Shaklee Klang : COD Area Klang / Kapar / Meru / Setia Alam
  5. Pengedar Shaklee Seremban : COD Area Seremban / Seremban 2 / Panchor
  6. Pengedar Shaklee Ampang : COD Area Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / Sri Rampai
  7. Pengedar Shaklee Temerloh : COD Area Temerloh
  8. Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : COD Area Kuala Lumpur / Cheras
  9. Pengedar Shaklee USJ : COD Area USJ / Subang Jaya / Sunway
  10. Pengedar Shaklee Puchong : COD Area Puchong / Kinrara
  11. Pengedar Shaklee Kuantan : COD Area Kuantan
  12. Pengedar Shaklee Shah Alam / Subang Jaya : COD Shah Alam / Subang Jaya
  13. Pengedar Shaklee Miri : COD Miri / Brunei
  14. Pengedar Shaklee Cheras : COD Cheras / Ampang / Hulu Langat
  15. Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam : COD Klang / Shah Alam

  16. Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

    Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2016 ada di sini.


    Cara Beli Produk Shaklee Online

    Order Produk Shaklee Online melalui link yang disertakan di bawah
    1. Buy Shaklee Online Malaysia - For english user, buy Shaklee directly from Shaklee HQ
    2. Beli Shaklee Online Malaysia - Beli Shaklee daripada Pengedar Shaklee Bertauliah
    3. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...