Thursday 5 February 2015

BFF TRIP : Langkawi Island, Malaysia - Part 2

Nak baca episod sebelum ni tekan sini - Part 1


Flight kami dari KLIA 2 pukul 6.25ptg 15 November 2014 dan landed di Langkawi International Airport pukul 7.15pm. Cuaca dari KL hujan renyai renyai. Sampai sana pun dah Maghrib dan tak nampak laut pun. Nampak lampu je dari atas. Sedihhh T_T .. 


Dah sampai dalam kawasan airport tu, banyak kaunter perlancongan yang bukak. Sekali pandang macam tempat beli tiket bas pun ada. Banyak promotion yang bersesuaian untuk sesiapa yang jadi pelancong di Langkawi.


Kami sempat ambik banyak pamplets dan catalogue. Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan rupanya di Langkawi ni. Saya ingat Mahsuri dan Tasik Dayang Bunting semata - mata. Maafkan daku T_T


Sampai di pintu hadapan airport pulak kami disapa oleh ramai orang yang memberi khidmat kereta sewa. Memang banyak! Dan bising sikit. Haha



Nasib baik kawan kitorang memang dah ada book dengan sorang brader ni, so keluar je dari main door airport tu, terus je la cari brader tu. Sebab dia memang dah tunggu kitorang. Dia sediakan Myvi Putih untuk kami berempat, mula mula ingat muat la kan Myvi sebab kitorang 4 orang je kot! Rupanya lupaaaaa.. Luggage kami. Hahaha ni memang lawak T_T


Myvi Putih / Auto / 1 hari RM90


2 beg je muat dekat bonet Myvi tu, lagi 2 kena pangku. Terus dah imagine nanti last day macam mana? Chocolate? Souvenir? Hahahaha takpelah kami pasrah hahaha


Kitorang sewa Myvi tu 3 hari .. Sebab kitorang sampai pun dah lepas Maghrib. Lepas ni flight balik KL nanti pkul 7 lebih juga. So total RM270 la kitorang bayar. Tak ada deposit sebab kawan kitorang dah memang kenal lama dengan company tu. Hehe


Keluar je dari Airport kitorang terus ke Hotel yang telah di booked. Kitorang pilih Simfoni Resort. Nama je Resort ye, tapi dia jauh dari pantai, hehehe dekat dengan Pekan Kuah. Rasanya dalam 10 minutes drive ke Pekan Kuah yang famous tu.

Simfoni Resort
Lot 1-13, Bandar Kuah,
Jalan Taman Pelangi,
07000 Kuah,
04 - 969 8989
(Landmark : Belakang Langkawi Parade Megamall)

Kalau korang dari jalan besar, InsyaAllah tak terlepas simpang dia, sebab ada signboard besaaarr dengan lampu lagi. Cuma kalau siang mungkin tak perasan. Hehehe


Masuk bilik je terkejut sebab not as expected sebab masa kitorang usha hotel ni through online, kitorang imagine biasa - biasa je sebab serious murah weh. Ni pun ambil dari Groupon. Kebetulan sangat!

Kitorang stay dekat Simfoni Resort ni 15 November 2014 - 17 November 2014. Check in pukul 8malam, check out pukul 10 pagi sebab nak ke motel seterusnya!


Simfoni Resort 2 hari tu RM300 je untuk 4 orang ( 3 hari 2 malam). Bilik dia MasyaAllah sangat selesa. Mini apartment concept. Plus, it is very comfortable, very cosy, very clean and neat. Cuma jauh sikit nak menapak sebab bilik kami hujunggggg sekali. Tingkat 3 boleh naik lif. Hehe Interior hotel dari Lobby ke Lift ke bilik pun just nice and pretty.


Banyaknya cerita pasal Hotel. Padahal Part 1 dah ada gambar gambar kan.


Okay lepas dah letak beg dan rehat sekejap, kitorang keluar balik sebab nak ternak lemak. Padahal dekat Putrajaya Central siang tu pun dah makan dah.


Disebabkan kawan kitorang sorang tu memang kerap ke Langkawi , so dia suggest untuk makan malam di Veena Restoren. Saya tak pasti lokasi dekat mana, tapi area Pekan Kuah jugak la.


Kitorang order nasi putih 4, sotong goreng tepung untuk 2 orang makan, tomyam campur untuk 2 orang makan, telur dadar, sayur campur. Sotong dengan tomyam dia memang banyak! memang macam order untuk 4 orang makan. Fuhh kenyang gila kami malam tu. Total makan malam tu RM71.20. Divide by 4 cuma RM 17.80. Berbaloi sebab sedap dan kenyanggggg!

Veena Restaurant, 
Jalan Persiaran Mutiara atau lebih dikenali dengan nama Trimula.
credit : here





Lepas tu kami terus balik hotel untuk rehat dan merilekskan perut yang kekenyangan. Hehehehe

No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee, Cara Daftar Ahli dan Cara Beli Shaklee Online

Senarai Pengedar Sah Shaklee
  1. Pengedar Shaklee Alor Setar : COD Area Jitra / Alor Setar
  2. Pengedar Shaklee Jitra : COD Area Alor Setar / Jitra
  3. Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil
  4. Pengedar Shaklee Klang : COD Area Klang / Kapar / Meru / Setia Alam
  5. Pengedar Shaklee Seremban : COD Area Seremban / Seremban 2 / Panchor
  6. Pengedar Shaklee Ampang : COD Area Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / Sri Rampai
  7. Pengedar Shaklee Temerloh : COD Area Temerloh
  8. Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : COD Area Kuala Lumpur / Cheras
  9. Pengedar Shaklee USJ : COD Area USJ / Subang Jaya / Sunway
  10. Pengedar Shaklee Puchong : COD Area Puchong / Kinrara
  11. Pengedar Shaklee Kuantan : COD Area Kuantan
  12. Pengedar Shaklee Shah Alam / Subang Jaya : COD Shah Alam / Subang Jaya
  13. Pengedar Shaklee Miri : COD Miri / Brunei
  14. Pengedar Shaklee Cheras : COD Cheras / Ampang / Hulu Langat
  15. Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam : COD Klang / Shah Alam

  16. Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

    Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2016 ada di sini.


    Cara Beli Produk Shaklee Online

    Order Produk Shaklee Online melalui link yang disertakan di bawah
    1. Buy Shaklee Online Malaysia - For english user, buy Shaklee directly from Shaklee HQ
    2. Beli Shaklee Online Malaysia - Beli Shaklee daripada Pengedar Shaklee Bertauliah
    3. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...