Thursday 1 January 2015

TIPS : Sentiasa minum air kosong

Assalamualaikum wbt..


Pertama sekali saya nak cakap yang tips ni adalah apa yang saya sendiri buat dan praktik. Dan setakat ni alhamdulillah memang menjadi. Cumanya saya kena sangat sangat berdisiplin







Saya seorang Shaklee Independent Distributor (SID) jadinya saya sendiri banyak makan supplement. Bila kita makan supplement ni, kita kena minum banyak air kosong supaya kita nampak keberkesanan sesuatu supplement itu.



Jadi, bila saya sendiri banyak makan supplement, saya kena pastikan saya minum air kosong lebih dari 2L sehari. Saya seorang yang bekerja di pejabat dari 8.30am sehingga 5.30pm dan kadang kadang boleh menginjak ke 7pm. Separuh hari saya di pejabat, tak pun saya bekerja luar dari pejabat.



Dalam situasi itu, saya tetap kena pastikan yang saya masih minum air kosong lebih dari 2L. Jadi apa yang selalu saya buat :



1) Saya akan letak 1 botol air mineral di berdekatan dengan tempat saya solat subuh dirumah. Macam saya, saya akan bentangkan sejadah saya di bahagian kaki katil, jadi saya letakkan 1 botol air mineral di tepi katil supaya bila saya usai memberi salam saya akan nampak botol air mineral dulu. So bila dah habis berdoa saya just grab botol dan minum 2 3 teguk. Letak botol di tempat asal, untuk rutin esok hari :)



2) 30 minit selepas solat subuh, saya akan ambil 1 supplement, Zinc Complex. Jadi saya akan letak botol air mineral yang lain di sebelah tempat botol supplement saya. Saya akan minum lagi air kosong 3 4 teguk.



3) Bila dekat pejabat, saya dah jadi habit untuk selalu isi penuh botol air 600ml di atas meja saya. Saya lebih suka air suam, jadi sebelum makan pagi, saya akan cuba minum 200 ml @ 300ml ( separuh dari botol 600ml saya ) air suam.



4) Saya akan letakkan botol air saya di sebelah monitor computer, supaya bila saya sedang pandang screen, saya akan ternampak botol air tu. Hehehe :)



5) Saya install Apps untuk remind saya minum air. Saya rasa Apps ni paling best, sebab bila saya lupa, handphone saya akan keluarkan notification. Contoh bila saya terpaksa keluar dari pejabat, saya akan sentiasa dapat reminder untuk minum air kosong. Senang kan?



6) Sentiasa order air suam kalau makan di kedai. Kalau anda order air manis pun, silalah order lagi 1 air suam. Sebelum makan makanan berat, elok sangat kalau minum air kosong 1 gelas. Elok untuk perut. Elok untuk penghadaman makanan.



Okay 6 ni saja tips saya, kalau saya ada tips lain, insyaAllah saya akan kongsikan lagi. Assalamualaikum ^_^

No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee, Cara Daftar Ahli dan Cara Beli Shaklee Online

Senarai Pengedar Sah Shaklee
  1. Pengedar Shaklee Alor Setar : COD Area Jitra / Alor Setar
  2. Pengedar Shaklee Jitra : COD Area Alor Setar / Jitra
  3. Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil
  4. Pengedar Shaklee Klang : COD Area Klang / Kapar / Meru / Setia Alam
  5. Pengedar Shaklee Seremban : COD Area Seremban / Seremban 2 / Panchor
  6. Pengedar Shaklee Ampang : COD Area Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / Sri Rampai
  7. Pengedar Shaklee Temerloh : COD Area Temerloh
  8. Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : COD Area Kuala Lumpur / Cheras
  9. Pengedar Shaklee USJ : COD Area USJ / Subang Jaya / Sunway
  10. Pengedar Shaklee Puchong : COD Area Puchong / Kinrara
  11. Pengedar Shaklee Kuantan : COD Area Kuantan
  12. Pengedar Shaklee Shah Alam / Subang Jaya : COD Shah Alam / Subang Jaya
  13. Pengedar Shaklee Miri : COD Miri / Brunei
  14. Pengedar Shaklee Cheras : COD Cheras / Ampang / Hulu Langat
  15. Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam : COD Klang / Shah Alam

  16. Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

    Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2016 ada di sini.


    Cara Beli Produk Shaklee Online

    Order Produk Shaklee Online melalui link yang disertakan di bawah
    1. Buy Shaklee Online Malaysia - For english user, buy Shaklee directly from Shaklee HQ
    2. Beli Shaklee Online Malaysia - Beli Shaklee daripada Pengedar Shaklee Bertauliah
    3. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...