Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, 13 January 2015

Tips : Cepat sembuh demam

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (97.7–99.5 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan . Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.


Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.



Demam berbeza daripada hiperthermia luar kawal, biasanya dirujuk hanya sebagai hiperthermia, dari segi hiperthermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi titik set pengawalansuhu badan, akibat penghasilan suhu melampau/ pengawalan suhu yang tidak mencukupi.


Suhu badan mempunyai julat yang besar.

Demam biasanya dikatakan jika :

Suhu pada dubur adalah atau melebihi 37.5–38.3 °C (99.5–100.9 °F)

Suhu pada mulut (oral) adalah pada atau melebihi 37.7 °C

Suhu pada ketiak (“axillary”) atau pada telinga (“otic”) adalah pada atau melebihi 37.2 °C (99.0 °F)

Pada orang dewasa yang sihat julat bagi suhu mulut adalah 33.2–38.2 °C (91.8–100.8 °F),

bagi dubur ia adalah 34.4–37.8 °C (93.9–100.0 °F),

bagi selaput tympanik ia adalah 35.4–37.8 °C (95.7–100.0 °F)

dan bagi ketiak (“axillary”) ia adalah 35.5–37.0 °C (95.9–98.6 °F).[5]

Suhu badan mungkin meningkat selepas aktiviti berat tetapi ini tidak dianggap sebagai demam kerana titik set suhu badan adalah normal. Orang tua memiliki kurang keupayaan bagi menghasilkan haba badan, dengan itu suhu tahap rendah mungkin juga mewakili penyakit asas yang serius.





Tips : Cepat sembuh demam

1. Minum air dengan banyak.

Elakkan tekak kita kering dan sakit. Ia juga boleh mengelakkan hidrasi pada badan, air boleh bantu buang toksin dalam badan.


2. Wap Air dan Mandi Air Panas

Mandi air panas dipercayai boleh membantu hilangkan demam. Cara lain adalah dengan menggunakan wap air yang dimasukkan dalam besen, dan hidu wap panas itu. Ia boleh hilangkan hidung tersumbat. Dengan suhu tinggi itu, dipercayai ia boleh membantu mematikan virus melalui saluran pernafasan.


4. Sup Panas
Dari sumber orang barat, sup panas adalah salah satu cara tradisional untuk membantu baik dari demam. Selain ia mempunyai kandungan air yang tinggi untuk elak hidrasi, ia boleh membantu mengurangkan jangkitan virus melalui wap panas. Ada juga pendapat menyatakan bahawa ia juga boleh mengatasi masalah pernafasan ketika demam.


5. Gunakan wap humidifier
Humidifier bagus untuk tambah wap dalam udara. Rongga pernafasan pun akan bertambah lancar apabila guna humidifier, dan melegakan hidung tersumbat. Perlu diingat, penggunaan humidifier pun kena dipantau supaya tiada kulat disebar bersama wap.


6. Rehat
Orang demam perlukan lebih rehat. Kena rehat, rehat dan rehat. Badan yang cukup rehat boleh lawan virus dalam badan dengan lebih berkesan dan cekap. Sekiranya demam, anda disaran duduk rumah dan matikan telefon bimbit. Cubalah untuk rehatkan mental dan fizikal.


7. Kumur-kumur dengan air garam.
Sakit tekak akan menyebabkan demam semakin teruk. Kumur dengan air garam dipercayai boleh membantu mengurangkan sakit tekak. Larutkan setengah sudu garam ke dalam segelas air dan kumur sebanyak 5-6 kali.


8. Jangan merokok
Merokok akan menyebabkan demam bertambah teruk. Simptom demam seperti sakit tekak dan sakit kepala akan lebih memudaratkan jika merokok. Cuba jauhkan diri juga dari perokok kerana ia mungkin menyebabkan kesan yang lebih teruk dari merokok.


9. Kawal pemakanan
Makan makanan yang mengandungi vitamin C seperti sayur dan buah-buahan boleh membantu badan melawan virus punca demam. Vitamin C boleh menguatkan daya tahan badan kepada penyakit. Ia juga membantu sel darah putih untuk menentang virus.

Contoh makanan adalah:


~ Bawang putih
~ Madu
~ Peppermint
~ Oren, Lemon, Anggur
~ Parsli, Kobis Bunga
~ Makanan yang mengandungi mineral Zink


Rawatan demam dengan Shaklee

Vitamin C Sustained Released
Garlic Complex

cara makan hanya kepada customer kesayangan saya ^_^


Vitamin C juga mampu menguatkan sistem imunisasi seseorang, maka dia akan jarang demam. Wallahualam..



Doa sembuh demam panas



Doa Demam Panas

Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”
(sahih al-Bukhari, no. 3023)



Thursday, 1 January 2015

TIPS : Sentiasa minum air kosong

Assalamualaikum wbt..


Pertama sekali saya nak cakap yang tips ni adalah apa yang saya sendiri buat dan praktik. Dan setakat ni alhamdulillah memang menjadi. Cumanya saya kena sangat sangat berdisiplin







Saya seorang Shaklee Independent Distributor (SID) jadinya saya sendiri banyak makan supplement. Bila kita makan supplement ni, kita kena minum banyak air kosong supaya kita nampak keberkesanan sesuatu supplement itu.



Jadi, bila saya sendiri banyak makan supplement, saya kena pastikan saya minum air kosong lebih dari 2L sehari. Saya seorang yang bekerja di pejabat dari 8.30am sehingga 5.30pm dan kadang kadang boleh menginjak ke 7pm. Separuh hari saya di pejabat, tak pun saya bekerja luar dari pejabat.



Dalam situasi itu, saya tetap kena pastikan yang saya masih minum air kosong lebih dari 2L. Jadi apa yang selalu saya buat :



1) Saya akan letak 1 botol air mineral di berdekatan dengan tempat saya solat subuh dirumah. Macam saya, saya akan bentangkan sejadah saya di bahagian kaki katil, jadi saya letakkan 1 botol air mineral di tepi katil supaya bila saya usai memberi salam saya akan nampak botol air mineral dulu. So bila dah habis berdoa saya just grab botol dan minum 2 3 teguk. Letak botol di tempat asal, untuk rutin esok hari :)



2) 30 minit selepas solat subuh, saya akan ambil 1 supplement, Zinc Complex. Jadi saya akan letak botol air mineral yang lain di sebelah tempat botol supplement saya. Saya akan minum lagi air kosong 3 4 teguk.



3) Bila dekat pejabat, saya dah jadi habit untuk selalu isi penuh botol air 600ml di atas meja saya. Saya lebih suka air suam, jadi sebelum makan pagi, saya akan cuba minum 200 ml @ 300ml ( separuh dari botol 600ml saya ) air suam.



4) Saya akan letakkan botol air saya di sebelah monitor computer, supaya bila saya sedang pandang screen, saya akan ternampak botol air tu. Hehehe :)



5) Saya install Apps untuk remind saya minum air. Saya rasa Apps ni paling best, sebab bila saya lupa, handphone saya akan keluarkan notification. Contoh bila saya terpaksa keluar dari pejabat, saya akan sentiasa dapat reminder untuk minum air kosong. Senang kan?



6) Sentiasa order air suam kalau makan di kedai. Kalau anda order air manis pun, silalah order lagi 1 air suam. Sebelum makan makanan berat, elok sangat kalau minum air kosong 1 gelas. Elok untuk perut. Elok untuk penghadaman makanan.



Okay 6 ni saja tips saya, kalau saya ada tips lain, insyaAllah saya akan kongsikan lagi. Assalamualaikum ^_^

Sunday, 2 November 2014

Tips Kuruskan Badan

Assalamualaikum..


Tiba - tiba je nak bagi tips kan. Haha tips kuruskan badan ni saya nak share sebab saya pun tengah dalam proses nak kuruskan badan. Cewah!

Jadinya banyakla menggoogle dan menggodek mana - mana tips yang wujud.

Dibawah ni kebanyakan tipsnya saya cuba cari yang mana bersesuaian dengan saya yang bekerja dalam office. Kerja saya banyaknya memerlukan saya dalam office, dan kadang - kadang kalau ada arahan mengezuts baru saya kena keluar dan berjalan kaki dibawah terik mentari T_T (pilu sikit)

1) JANGAN SKIP / LANGKAU SARAPAN PAGI


image : google.com

-- Ni tips yang semua orang pun tahu kan. Ke ada yang tak tahu? Kenapa jangan langkau breakfast? 

Ni pengalaman sendiri lah. Tfa ni kalau breakfast sangat berat ( contohnya : Nasi lemak sambal kerang dengan telur @ Nasi dagang dengan gulai ikan tongkol @ Nasi kerabu lauk daging salai dengan telur masin) amboi menu taknak kalah Haha! Ni contoh breakfast sangat berat untuk saya. Maka saya cenderung untuk lapar tengahari dalam pukul 11pagi T_T (nangis dekat bucu toilet)

Jadi apa solution saya? Breakfast saya akan makan bihun goreng @ roti putih 2 keping cicah teh susu @ nestum 3 in 1.. Kalau rasa lapar lagi, saya makan lagi biskut 2 keping dalam pukul 10 pagi. Air masak tak tinggal. Setengah jam sekali saya minum air masak @ air suam 2 3 teguk.

Then apa jadi? Bila lunch saya jadi tak gopoh nak terkam makanan. Wah gitu. Terkam. Haha.. Saya jadi lebih tenang untuk memilih mengikut diet. Alhamdulillah


2) BANYAKKAN MINUM AIR MASAK


image : google.com

-- Air masak ni suhu biasa la kalau boleh. Orang cakap kalau air sejuk berais, lemak terbakar kan. Ni saya tak pasti. Sama ada ais ni akan burn fats atau akan bekukan lemak? Haha.. Jadi nak selamat, minumla air masak yang suhu bilik. 

Nasihat saya, minum ikut berat badan. 

25kg / 1liter air

Contoh kalau berat tfa 60kg. 60kg /25kg = 2.4liter air sehari. Kalau lebih lagi bagus. Jangan risau pasal gemuk air. Sebab istilah gemuk air ni sebenarnya tak ada pun. Sebab lagi banyak minum, lagi banyak kita keluarkan ( Melalui air kencing atau peluh )

Nak tahu tak. Kalau kita banyak minum air, kita akan dapat elakkan diri kita dari lapar. Haa ni memang betul berlaku tau.

Cuma minum dengan cara yang betul. Lagi best kalau dapat minum dengan straw. Jangan bantai sekali teguk tu, terus 1 liter. Ni parah T_T. Buat jadual minum. Buat reminder pukul berapa kita nak minum. Dengan cara macam ni, kita akan sentiasa minum.


3) MINUM AIR MASAM @ BERLIMAU


image : google.com


-- Haa ni paling best. Limau ni kan masam. Benda masam ni selalunya dikaitkan dengan pembakaran lemak.

So kalau dekat rumah tu rajin - rajinkan lah perah limau dalam air suam ke air masak ke air teh o ke..

Kalau dekat kedai pun lagi bestla. Order je limau suam ke honey lemon panas ke. Pehh sedap. Lepas tu lemak pun terbakar.


4) LEBIHKAN LAUK PAUK DALAM MAKANAN SEHARIAN


image : google.com

-- Contoh kalau dekat opis ke dekat cafe tempat belajar ke, cuba ambik nasi separuh atau suku. Lepas tu direct ke hidangan sayur - sayuran. Ambik yang kebanyakannya hijau. Ambik 2 3 jenis sayur pun tak apa. Selit la tempe ke telur dadar ke.. Pastu baru ke hidangan ayam daging ikan. Bila pinggan dah penuh, nak letak protein pun sikit je. Janji ada ye dak. *Ni tips saya, sebab kalau pergi bahagian ayam ikan dulu, nanti rambang mata*

5) BANYAKKAN BERJALAN


image : google.com

Ha ni tips paling best kalau korang office / kelas dekat bangunan tinggi. Naiklah tangga. Jangan ajar diri guna lif. Guna lif bila perlu je. Contoh macam kena bawak barang sangat berat. Kalau berat sikit sikit tu takpe. Lemak lagi banyak terbakar bila naik tangga. Mula - mula memang mengah (Lagi - lagi saya ada asthma) Fuhhh penat boleh tahan.

Jantung berdegup macam nak terkeluar. Haaha. Tapi takpe.. 1st timer memang macam tu. Lepas dah biasa naik tangga, semua akan smooth. Tak naik tangga sehari rasa tak best. Haaa

Lagi satu, parking jauh dari destinasi. Lagi power kalau jalan tengahari, dengan cuaca panas. Haha.. Tak panas pun takpe. Janji jalan.

Masuk mall yang besar - besar ke.. Pusing je setiap level. Tu pun dah dikira bakar lemak. 




Pengedar Shaklee, Cara Daftar Ahli dan Cara Beli Shaklee Online

Senarai Pengedar Sah Shaklee
  1. Pengedar Shaklee Alor Setar : COD Area Jitra / Alor Setar
  2. Pengedar Shaklee Jitra : COD Area Alor Setar / Jitra
  3. Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil
  4. Pengedar Shaklee Klang : COD Area Klang / Kapar / Meru / Setia Alam
  5. Pengedar Shaklee Seremban : COD Area Seremban / Seremban 2 / Panchor
  6. Pengedar Shaklee Ampang : COD Area Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / Sri Rampai
  7. Pengedar Shaklee Temerloh : COD Area Temerloh
  8. Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : COD Area Kuala Lumpur / Cheras
  9. Pengedar Shaklee USJ : COD Area USJ / Subang Jaya / Sunway
  10. Pengedar Shaklee Puchong : COD Area Puchong / Kinrara
  11. Pengedar Shaklee Kuantan : COD Area Kuantan
  12. Pengedar Shaklee Shah Alam / Subang Jaya : COD Shah Alam / Subang Jaya
  13. Pengedar Shaklee Miri : COD Miri / Brunei
  14. Pengedar Shaklee Cheras : COD Cheras / Ampang / Hulu Langat
  15. Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam : COD Klang / Shah Alam

  16. Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

    Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2016 ada di sini.


    Cara Beli Produk Shaklee Online

    Order Produk Shaklee Online melalui link yang disertakan di bawah
    1. Buy Shaklee Online Malaysia - For english user, buy Shaklee directly from Shaklee HQ
    2. Beli Shaklee Online Malaysia - Beli Shaklee daripada Pengedar Shaklee Bertauliah
    3. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...