Showing posts with label set kesuburan bajet. Show all posts
Showing posts with label set kesuburan bajet. Show all posts

Thursday, 18 December 2014

Kelebihan Vitamin E Shaklee untuk Kesuburan

VITAMIN E SHAKLEE


Untuk Membantu Meningkatkan Kesuburan

Tocopherol : The E-Vitamin

Nama Tocopherol berasal dari perkataan Greek 'tocos' , yang bermaksud bersalin .

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kandungan selenium di dalam supplement Vitamin E mampu meningkatkan kualiti sperma dan juga meningkatkan peluang kehamilan.





For Women : Prevents ovum defects and increases overall ovum health

Untuk Kaum Wanita : Mencegah kecacatan ovum dan meningkatkan kesihatan ovum keseluruhan

Untuk Kaum Lelaki : Meningkatkan pergerakan dan kualiti sperma
                                 : Mengurangkan kecacatan sperma pada lelaki


Secara keseluruhan : Ia bertindak sebagai anti - oksidan yang paling terbaik , Vitamin E juga membantu dalam mengekalkan pelbagai aspek kesihatan , termasuk :

- Melindungi dinding arteri dari kerosakan radikal bebas
- Mencegah pembentukan plaque dalam saluran darah
- Melindungi kulit daripada kerosakan UV , radiasi dan pencemaran
- Mengekalkan kelembapan , mencegah kekeringan kulit dan mencerahkan parut dari dalam
- Menyokong sistem imun
- Meningkatkan kesihatan sistem saraf , mencegah degenerasi mental akibat penuaan




Each softgel provides :

- 400 IU (international unit) of naturally sourced vitamin E
- 10mcg of selenium to complement the activity of Vitamin E



Jika berminat dengan Vitamin E Shaklee, boleh hubungi saya :




Wednesday, 5 November 2014

Rezeki awal November. Set Kesuburan Set Menyusu Set Kurus Set Jerawat. Alhamdulillah

Satu malam tu tiba tiba je dapat PM dekat Facebook dari someone yang saya kenal.
Mula mula tanya pasal set jerawat basic. Kata dia sekarang muka teruk. Banyak jerawat batu. Sebab kerja tak menentu sekarang.


Saya suggest dekat dia Set Jerawat Basic. Iaitu Zinc Complex dan Sustained Release Vitamin C.
Lepas tu dia berniat nak tambah lagi. Untuk kurus katanya. Jadi saya tambah lagi Set Kurus Basic. Iaitu Lecithin dan Alfalfa Small. Lepas dah dekat 10 minit sesi soal jawab. Dia berminat.



Tapi dia cakap nak bincang dengan family dulu. Saya okay kan saja. Sebab kenal. Hehe. Dua tiga hari selepas tu, dia panggil saya ke rumah sebab katanya kakak dia pun berminat.
Kakak dia baru lepas operate caeser. Baby sekarang hampir 2 bulan. Katanya susu kurang. Terus saya cadangkan product mengikut bajet customer. Saya cadangkan Ostematrix dan Alfalfa. Lepas tu dia tanya ada tak untuk kurus dan sesuai dengan ibu menyusu. Eh mestilah ada saya cakap. Lecithin nama dia. Terus dia on! Hehe





Alhamdulillah urusan sangat sangat smooth dengan mereka. Masa ni masih peringkat perbincangan dengan family. Sebab katanya ada lagi family members yang berminat.


Alhamdulillah. Tak putus putus saya berzikir minta dipermudahkan segala urusan dengan mereka.


Sehari selepas tu saya di panggil lagi ke rumah mereka. Sebab abang dan kakak ipar kawan saya tu pun berminat. Ya Allah memang senyum je saya. Saya zikir lagi untuk lembutkan hati customer saya.
Kali ni mereka tanya untuk set kesuburan suami isteri pula. Terus saya cadangkan Zinc Complex dan Coq10 untuk suami dan GLA Complex dan Vitalea untuk isteri. Juga disertakan lagi dengan Set Kurus Basic.




Dengan izin Allah swt. Malam tu juga CLOSED DEAL untuk semua set dari mula perbincangan. Ya Allah happynya saya sebab dapat bantu satu keluarga untuk lebih gembira dengan perubahan yang bakal mereka alami nanti. InsyaAllah.


Alhamdulillah. Saya happy walaupun urusan nak closed deal makan masa. Lepas tu kawan saya pula nak urgent product tu semua.


Bayangkan balik kerja pukul 6 petang dan nak berkejar ke Shaklee Sri Rampai yang tutup pukul 7. Dengan jemnya.





Walaupun saya terkejar kejar ke Branch Sri Rampai lepas kerja. Dengan banyak halangan dari petang nak pergi beli tu. Tapi saya tak pernah rasa Shaklee ni membebankan saya.
Saya cakap dekat diri sendiri. Takpelah. Kalau tak ada rezeki aku hari ni aku redha. Yang penting aku dah bergantung kepada Allah SWT.


Memang sepanjang perjalanan tu ada je halangan. Jalan jem. Traffic light semua merah time saya lalu. Asyik tengok jam je. Mulut terkumat kamit zikir. Dalam hati tak payah cakap la apa doa semua saya ucap. Akhirnya alhamdulillah saya sampai juga ke branch pukul 6.40pm.
Kalau nak seribu daya. Kalau mahu seribu cara. Hehehe tiru ayat Master.



So kalau korang berminat dengan Set Set dekat atas ni atau ada pertanyaan pasal shaklee, boleh terus contact saya :



Saturday, 20 September 2014

Testimoni Customer Saya : Set Basic Kesuburan

Syukur Alhamdulillah..

Harini dapat feedback best dari kawan saya sendiri berkenaan Set Basic Kesuburan . Kawan saya ni dah berkahwin hampir 1 tahun tapi belum dikurniakan baby. Jadi dia tanya saya kalau ada vitamin Shaklee yang sesuai untuk dia dan isteri. Sebab wife dia sedih belum ada rezeki untuk dapat baby walau hampir setahun berkahwin.

Mula - mula dia segan juga nak cerita berkenaan masalah dia, tapi bila saya minta dia refer doctor, pun dia tak nak.. jadi dia terpaksa lah cerita. Dia segan sebab saya belum kahwin kot.. hehe.. tapi saya cuba bantu dia..

Saya cadangkan dia ambil Set Basic Kesuburan. Sebab dia cakap masalah dia ialah air mani cair dan isteri dia ada sedikit masalah dengan kitaran period. Period datang setiap bulan cuma kitaran period tak berapa normal.


Harini genap dua minggu dia consume Zinc Complex dan isteri dia consume GLA Complex. Alhamdulillah positif feedback. Dia pun happy dengan perubahan yang dia alami. Saya pun lagilah bertambah happy. 




Alhamdulillah tiada healing crisis seperti sesetengah customer saya yang lain. 


Masalah kawan saya ni ialah air mani yang kurang pekat dan ada sedikit ketulan.

Alhamdulillah setelah 2 minggu, dia nampak perubahan. Air mani bertambah pekat. Perubahan positif yang sangat cepat.


Sekarang cuma tunggu rezeki dari Allah swt. InsyaAllah dengan ikhtiar Shaklee.. Manalah tahu kan.. Ni adalah salah satu usaha.

----------------------------------------------------------------------

Kawan saya consume product ni untuk Set Basic Kesuburan dia dan wife : -


Zinc Complex ( Suami )




Kebaikan Zinc untuk kesuburan lelaki :

-- meningkatkan fungsi organ seksual
-- menghasilkan sperma yang lebih berkualiti dan sihat
-- membantu memekatkan air mani
-- meningkatkan keaktifan sperma (motility sperm)
-- membantu melindungi sperma dalam menentang bakteria dalam vigina
-- mencegah kemandulan


Kebaikan Zinc untuk kesuburan wanita :

-- melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


GLA Complex ( Isteri )


Kebaikan GLA Complex untuk kesuburan wanita:

-- membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, 
-- memperbaiki simptom PMS seperti mood swing,retensi air,senggugut dan sakit payudara
-- ia juga memastikan kitaran haid teratur
-- membantu dalam penghasilan lendir serviks yang subur & berkualiti
-- membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub fallopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.
-- cecair serviks ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari.
-- ia juga meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. 
-- membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)


----------------------------------------------------------------------


Jadi jika anda seorang yang mempunyai masalah seperti kawan saya, boleh hubungi saya seperti yang tertera dibawah. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai produk Shaklee, jangan segan untuk bertanyakan kepada saya. InsyaAllah saya akan cuba bantu anda



Friday, 9 May 2014

Set Kesuburan Lelaki untuk yang bermasalah Sperma

Assalamualaikum wbt..


Hari ni nak cerita mengenai..


AZOOSPERMIA

=========

Apa itu Azoospermia? Siapa yang selalu dikaitkan dengan Azoospermia ? Bolehkan Azoospermia dirawat? Okay jom baca penerangan dibawah..


Azoospermia adalah keadaan perubatan seorang lelaki yang tidak mempunyai apa-apa aras untuk diukur kadar sperma di dalam air mani. Ia dikaitkan dengan tahap yang sangat rendah untuk proses kesuburan atau kemandulan. Tetapi dikatakan ia boleh diubati dengan rawatan perubatan. Pada manusia, azoospermia menjejaskan kira-kira 1% daripada penduduk lelaki dan boleh dilihat dalam sehingga 20% daripada keadaan ketidaksuburan lelaki.





Tanda - tanda Azoospermia :

- Ada masalah dengan pengeluaran sperma

- Pengeluaran sperma tersumbat, air mani kelihatan biasa tetapi sebenarnya tiada sperma yang keluar.


Macam mana tahu Azoospermia atau tak ??

- Perlu diambil sampel air mani, dan akan dilakukan sedikit ujian dibawah mikroskop. Untuk melihat sama ada sperma aktif atau pun sperma kurang ataupun tiada langsung sperma.


Golongan Azoospermia selalunya dikaitkan dengan mandul.


Bolehkah Azoospermia dirawat? Apa kaedahnya? Berapa pula kos rawatan dan pemulihan?



Salah satu kepakaran yang ada dalam group kami adalah untuk membantu menyelesaikan masalah kesuburan lelaki yang ada masalah sperma, samada dari segi kualiti (vitality) sperma tersebut, atau kuantiti (bilangan) sperma.

Alhamdulillah telah banyak kejayaan pengguna yang berikhtiar melalui approach Shaklee..

Semuanya dengan izin ALLAH

Perihal nyawa ini sememangnya kita langsung tiada kuasa....namun dengan ikhtiar yang betul, inshaaALLAH semua situasi boleh dipulihkan dan kembali kepada keadaan optimum..

walau bagaimanapun ingin sekali lagi diingatkan

apa-apa saja perihal kesuburan

tolong rujuk kepada doktor dulu

MUSTAHIL KAMI DAPAT BANTU ANDA TANPA ANDA RUJUK DOKTOR TERLEBIH DAHULU

kerana semua masalah kesuburan adalah unik

ia memerlukan approach yang berbeza

untuk meningkatkan keberkesanan ikhtiar, anda perlu rujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk mengetahui apakah masalah kesuburan yang anda hadapi.




Sekiranya anda adalah mempunyai masalah kesuburan atau pun mengenali sesiapa yang ingin mengubah kehidupan kepada yang lebih sihat dan ingin mendapatkan kepakaran kami.

Boleh hubungi saya di inbox fb ataupun 017 3466 579 untuk sms / whatsapp / telegram.

Saturday, 5 April 2014

Kenali masalah kesuburan

Assalamualaikum wbt.

Hari ni saya nak kongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang saya telah kumpulkan melalui pelbagai medium tentang masalah kesuburan. Masalah kesuburan ni sering kita kaitkan dengan pasangan suami isteri yang telah berkahwin lebih dari dua tahun tetapi belum berjaya memperolehi cahaya mata.

Pelbagai cara dan usaha yang telah dilakukan namun masih tiada apa - apa perubahan. Ditambah pula tidak pernah mengambil pil pencegah kehamilan sebelumnya.


Usah khuatir dan risau, kerana inilah masanya untuk kita tahu dengan lebih mendalam apa puncanya. Apa penyebabnya. Bagaimana untuk mengatasi masalah kesuburan. Pasangan yang telah berkahwin tentu tujuannya adalah untuk menambah zuriat bukan?


Antara masalah kesuburan yang selalu dihadapi antaranya ialah :-

1) Obesiti


sumber : google

~ Masalah kegemukan atau berlebihan berat badan boleh mengganggu dan menjejaskan kitaran haid kaum wanita. Oleh itu, sebaiknya amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

2) Kitaran haid yang tidak teratur

~ Untuk mempercepatkan proses kehamilan, seseorang individu haruslah mempunyai kitaran haid yang normal untuk mengalami proses ovulasi

3) Lanjut usia

~ Usia wanita yang sesuai untuk mengandung adalah dianggarkan dibawah umur 42 tahun.

4) PCOS ( Polycystic Ovary Syndrome )



~ PCOS ialah satu keadaan dimana hormon wanita tidak seimbang. Contoh tanda - tanda penghidap PCOS akan mengalami pertumbuhan bulu - bulu berlebihan di badan dan muka, haid tidak teratur dan lain - lain lagi.



Insyaallah setiap penyakit ada penyembuhnya. Kita hanya perlu berusaha sehabis mungkin dan bertawakal kepadaNya.


Ingin tahu bagaimana untuk mengatasi masalah kesuburan diatas? Hubungi saya di :-

Facebook : Atifah Khmrrzmn
Whatsapp / Telegram / SMS : 017 3466 579
Email : tfa.shak88@gmail.com

Sebarang pertanyaan juga dialukan. Namun ingin di ingatkan bahawa setiap pembelian dengan saya, para pelanggan akan memperolehi cara makan exclusive. Terhad kepada pelanggan saya sahaja. Terima kasih.

Pengedar Shaklee, Cara Daftar Ahli dan Cara Beli Shaklee Online

Senarai Pengedar Sah Shaklee
  1. Pengedar Shaklee Alor Setar : COD Area Jitra / Alor Setar
  2. Pengedar Shaklee Jitra : COD Area Alor Setar / Jitra
  3. Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil
  4. Pengedar Shaklee Klang : COD Area Klang / Kapar / Meru / Setia Alam
  5. Pengedar Shaklee Seremban : COD Area Seremban / Seremban 2 / Panchor
  6. Pengedar Shaklee Ampang : COD Area Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / Sri Rampai
  7. Pengedar Shaklee Temerloh : COD Area Temerloh
  8. Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : COD Area Kuala Lumpur / Cheras
  9. Pengedar Shaklee USJ : COD Area USJ / Subang Jaya / Sunway
  10. Pengedar Shaklee Puchong : COD Area Puchong / Kinrara
  11. Pengedar Shaklee Kuantan : COD Area Kuantan
  12. Pengedar Shaklee Shah Alam / Subang Jaya : COD Shah Alam / Subang Jaya
  13. Pengedar Shaklee Miri : COD Miri / Brunei
  14. Pengedar Shaklee Cheras : COD Cheras / Ampang / Hulu Langat
  15. Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam : COD Klang / Shah Alam

  16. Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

    Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2016 ada di sini.


    Cara Beli Produk Shaklee Online

    Order Produk Shaklee Online melalui link yang disertakan di bawah
    1. Buy Shaklee Online Malaysia - For english user, buy Shaklee directly from Shaklee HQ
    2. Beli Shaklee Online Malaysia - Beli Shaklee daripada Pengedar Shaklee Bertauliah
    3. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...