Wednesday 23 April 2014

Set Bersalin untuk Pembedahan / Caesarean : 10 Feedback positif dan testimoni

PEMULIHAN SELEPAS BERSALIN CAESAREAN

============================

Berdasarkan statistik sejak July 2013, 67% daripada pelanggan kami adalah merupakan ibu yang bersalin secara Cesarean section atau pun dikenali sebagai C Section.

Dan 99.9% daripada mereka berpuas hati dengan keberkesanan produk Shaklee untuk membantu pemulihan selepas pembedahan. Alhamdulillah. ^_^



FEEDBACK POSITIF

===========================

Rata-rata ibu bersalin cesarean yang menggunakan produk Shaklee selepas pembedahan memberi feedback berikut :

1) Luka jahitan cepat sembuh

2) Luka tidak rasa pedih dan tidah basah

3) Mudah untuk buang air kecik dan air besar

4) Susu banyak dan flow lancar

5) Tidur berkualiti, walau sekejap tapi merehatkan

6) Rasa tenang dan tidak stress

7) Cergas dan bertenaga sepanjang hari

8) Bayi tidak kembung

9) Berat badan turun cepat, salah seorang customer kami menyatakan berat badannya turun 13kg dalam masa 15 hari berpantang.

10) Luka sembuh lebih cepat dari sebelum menggunakan Shaklee - ini pengalaman dari ibu yang pernah menjalani cesarean section sebelum mengambil Shaklee.....

Salah seorang pengguna set bersalin Shaklee yang amat berpuas hati adalah Puan Aizzah Zack. Beliau mula menjadi pelanggan Shaklee selepas kehamilan yang pertama dan kedua telah memberi sedikit tekanan kepada beliau lalu beliau berikhtiar dengan Shaklee pada kehamilan yang ketiga.

Ikuti perenggan dibawah untuk testimoni Set Bersalin Shaklee Premium Puan Aizzah: --

"Dalam pening mencari jamu yang sesuai, beberapa orang rakan mencadangkan saya mengambil vitamin Shaklee. Disebabkan baru pertama kali mendengar nama vitamin tersebut dan kurang keyakinan yang vitamin boleh digunakan ketika berpantang. Saya mula mencari info tentang vitamin tersebut dan akhirnya penerangan kak salwa tentang Shaklee berjaya meyakinkan saya untuk membeli Set Bersalin Premium Shaklee.


Ketika kehamilan mencecah 8 bulan, saya menghadapi masalah gastrik, kurang bertenaga dan kurang selera makan. Keadaan tersebut membuatkan saya risau tentang keadaan baby dalam kandungan. Akhirnya sekali lagi saya bertanyakan kak salwa pasal Set Kehamilan Shaklee. 


Apa yang membuatkan saya gembira bila mengetahui yang set kehamilan turut berada di dalam set bersalin yang telah saya beli. Hal tersebut sekurang-kurangnya telah membantu saya berjimat ;).


Walau bagaimanapun timbul keraguan tentang kesannya kepada baby dalam kandungan. Namun saya beranikan diri untuk mencuba. Apa yang menakjubkan lepas 2 hari makan vitamin mengikut cara pemakanan yang betul akhirnya tanpa saya sedari masalah gastrik saya hilang dan kembali bertenaga. 


Selera makan juga kembali pulih dan menjadi semakin berselera untuk menjamah apa jua hidangan. Apa yang lagi membuatkan saya teruja bila baby dalam kandungan semakin aktif dan apabila saya membuat pemeriksaan antenatal di klinik, Hb saya yang sebelum ini paling tinggi 11 berjaya naik hingga 13. Menakjubkan bukan terutama bagi saya yang tak pernah menjangkakannya.


Apabila kehamilan mencecah 38 minggu, sekali lagi saya terpaksa masuk wad akibat kes yang sama iaitu baby kurang gerak dan ketika itu doktor pakar terpaksa mengambil keputusan melakukan induce ke atas saya. Ketika itu Allah SWT saja yang tahu perasaan saya. Rasa takut membuak-buak lebih-lebih lagi bila teringat kata-kata rakan yang induce ni sakit daripada bersalin tanpa induce. Namun ku gagahkan juga diri berdepan situasi tersebut. Sebelum diinduce saya sempat bersarapan dengan 2 keping roti dan ESP serta vitamin Shaklee. 


Saya diinduce pukul 2.00pm dan mula merasa sakit kontraksi pukul 3.00pm. Apa yang menarik, saya rasa kesakitan kali ni lebih kuat berbanding bersalin anak ke-2 tapi saya masih mampu tenang dan tak sedikit pun menjerit. Hanya air mata yang mengalir dan melihatkan keadaan tersebut jururawat terus memberikan saya gas etonox untuk menahan kesakitan. 


Sekali lagi saya rasa menakjubkan bila saya dengan tenang mendengar penerangan jururawat bagaimana menggunakan gas tersebut dengan berkesan. Sangat terharu bila saya berjaya menggunakan gas tersebut dengan berkesan dan memang sangat-sangat membantu mengurangkan sakit saya dan saya menjadi semakin tenang.


Pukul 4.15pm, saya meminta suami disisi memanggilkan doktor bila saya rasa sudah tidak mampu bertahan dan doktor tidak menyangka bukaan sudah penuh dan dah sedia untuk keluar. Ketika itu, doktor memberi penerangan bagaimana nak meneran dengan cara yang betul dan yang menakjubkan saya masih mampu mendengar penerangan tersebut dan berjaya meneran dengan penuh bertenaga. 


Akhirnya pukul 4.30pm saya selamat melahirkan baby girl seberat 3.4kg. Walaupun kelahiran kali ini seberat 3.4kg berbanding anak sulong 2.7 dan ke-2 seberat 2.8, tapi apa yang membuatkan saya gembira dan bersyukur sangat kelahiran kali ini lancar tanpa sebarang luka dan ia memang pengalaman yang sangat menakjubkan. 


Proses kelahiran yang pantas, penuh bertenaga, melahirkan baby seberat 3.4kg tanpa sebarang luka dan jahitan sesungguhnya itu adalah hadiah yang tidak terhingga dari Allah SWT dan sesungguhnya saya sangat-sangat bersyukur kerana dipermudahkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha dan segala kejayaan hanya dengan izinNya jua.


Selesai bab bersalin, kini masuk fasa berpantang. Sekali lagi Shaklee memberikan keseronokan berpantang yang memang sangat mengujakan. Selepas sehari bersalin saya terus mengambil vitamin set bersalin dan saya ikut jadual pemakanan yang telah disarankan. Selepas 3 hari berpantang memang saya rasa bertenaga semula walaupun tidur tak cukup. Baby tidak meragam dan tak kembung perut. Air susu banyak dan pekat. 


pengurusan makan vitamin tidak rumit berbanding pengambilan jamu dan tidak meletihkan. Cuma bezanya hanya perlu minum air yang banyak kalau tak kemungkinan kita akan berdepan dengan healing crisis. Apa yang lebih menarik saya tiada masalah sembelit dan badan cepat kurus berbanding makan jamu. Rahim juga cepat kecut dan yang menariknya semasa membuat pemeriksaan postnatal Hb saya juga pekat iaitu 12.5. 


Kulit juga semakin berseri dan tidak pucat. Walaupun saya terpaksa mengurus anak-anak ketika dalam pantang tapi saya tak keletihan dan sentiasa bertenaga. Saya juga tidak mengalami tekanan dan sentiasa rasa tenang walaupun berdepan dengan pelbagai karenah anak-anak. 


Kesimpulannya Shaklee memang menakjubkan dan tidak salah saya katakan di sini yang setiap lapisan masyarakat perlu memiliki Shaklee untuk kesihatan yang optimum.

Sekian, wassalam.... "

Alhamdulillah.. Panjang lebar cerita Kak Aizzah.. sampai saya pun teruja sangat.

Betapa beliau merasai perbezaan sebelum menggunakan Shaklee dan selepas menggunakan Shaklee.



Antara kandungan produk dalam set Bersalin untuk pembedahan : --

1) Zinc Complex
- Membantu masalah keguguran rambut yang di alami ibu berpantang
- Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin ( sama ada normal atau pun pembedahan )

2) Vitamin C
- Meningkatkan sistem imun
- Mencantikkan kulit ( kebiasaannya ibu berpantang mempunyai wajah yang agak kusam )
- Membantu proses penyerapan vitamin lain
- Melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmen punca utama kejadian jeragat.

3) Vitalea
- Mengandungi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang di perlukan oleh orang dewasa.
- Ibu banyak kehilangan darah,ibu perlu makanan yang sihat serta nutrisi yang lengkap bagi menggantikan darah yang hilang.
- Mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah.
- Untuk memberi tenaga, kecergasan tubuh, kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus. - AMARAN - Vitalea tidak boleh di ambil bersama susu,sebab itu Ostematrik perlu di jarakkan pengambilannya dengan Vitalea.

4) B Complex
- Menukar makanan kepada tenaga ( menjadikan ibu berpantang kurang letih dan bertenaga ).
- Mencegah stress
- Mencegah anemia ( membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi )

5) Ostematrix
- Menguatkan tulang
- Memperbaiki kekejangan dan kebas - kebas
- Meringankan stress ( mengimbangi tekanan darah.mood,sakit kepala dan pitam )

 6) ESP ( Energizing Soy Protein )
- Paling baik untuk ibu serta anak kerana khasiat ESP mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
- Mencantik dan mencerahkan kulit ibu dan bayi

7) Alfalfa Complex
- Meningkatkan pengeluaran susu
- Menyingkirkan lemak dan kolestrol


Jika berminat dengan Set Bersalin Shaklee : --


No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee, Cara Daftar Ahli dan Cara Beli Shaklee Online

Senarai Pengedar Sah Shaklee
  1. Pengedar Shaklee Alor Setar : COD Area Jitra / Alor Setar
  2. Pengedar Shaklee Jitra : COD Area Alor Setar / Jitra
  3. Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil
  4. Pengedar Shaklee Klang : COD Area Klang / Kapar / Meru / Setia Alam
  5. Pengedar Shaklee Seremban : COD Area Seremban / Seremban 2 / Panchor
  6. Pengedar Shaklee Ampang : COD Area Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / Sri Rampai
  7. Pengedar Shaklee Temerloh : COD Area Temerloh
  8. Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : COD Area Kuala Lumpur / Cheras
  9. Pengedar Shaklee USJ : COD Area USJ / Subang Jaya / Sunway
  10. Pengedar Shaklee Puchong : COD Area Puchong / Kinrara
  11. Pengedar Shaklee Kuantan : COD Area Kuantan
  12. Pengedar Shaklee Shah Alam / Subang Jaya : COD Shah Alam / Subang Jaya
  13. Pengedar Shaklee Miri : COD Miri / Brunei
  14. Pengedar Shaklee Cheras : COD Cheras / Ampang / Hulu Langat
  15. Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam : COD Klang / Shah Alam

  16. Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

    Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2016 ada di sini.


    Cara Beli Produk Shaklee Online

    Order Produk Shaklee Online melalui link yang disertakan di bawah
    1. Buy Shaklee Online Malaysia - For english user, buy Shaklee directly from Shaklee HQ
    2. Beli Shaklee Online Malaysia - Beli Shaklee daripada Pengedar Shaklee Bertauliah
    3. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...